Huraian Algoritma Google (Aktiviti) : Bahagian 2

Baiklah. Setelah panjang lebar Mr.Hac terangkan mengenai peranan besar yang dimainkan oleh algoritma ketiga Google iaitu Aktiviti Manusia, dapatlah kita simpulkan secara mudah teori yang ingin dibangkitkan di sini oleh Mr.Hac iaitu:

'Semakin banyak aktiviti manusia pada sesebuah laman, semakin cepat kedudukannya diletakkan di muka depan Google'

Ok. Biar Mr.Hac cuba jelaskan satu persatu bagaimana matlamat kita dapat dicapai. Anda mempunyai sebuah blog, dan anda sukakannya. Lalu anda menulis pelbagai artikel/entri yang menarik. Namun bagaimana caranya untuk anda kerap mendapat kedudukan yang baik pada muka depan Google?

Begini. Sebelum menulis, sila anggap anda sedang dan akan menulis post pada sebuah laman web, dan bukan sebuah blog. Oleh itu KUALITI setiap artikel perlu dijaga rapi. Di sini, algoritma pertama telah pun kita selesaikan, iaitu ISI KANDUNGAN. Kenapa perlu menganggap ia sebagai sebuah laman web? Hmm..Bagi Mr.Hac ini hanyalah strategi psikologi, untuk menjaga kualiti pada setiap penulisan yang kita buat. Bukan bermaksud penulisan pada blog (terutamanya blogspot) tidak berkualiti. Tidak. Tetapi kebanyakkannya begitu! Terimalah hakikat yang pedih lagi menyakitkan ini! Ringkasnya, hargai setiap penulisan anda, dan tulislah dengan baik, jika mahu kekal dalam top ranking muka depan Google! Orang baca pun puas hati kan?

Ingat. Sila jangan biarkan blog anda 'bersawang' dengan entri lama kerana setiap post baharu itu juga adalah aktiviti manusia, iaitu datangnya dari anda!


Kemudian, setelah selesai menulis, anda perlu mencari blog atau laman web yang membenarkan backlink dengan 'dofollow'. Bagaimana caranya? Sila Google. Setelah menjumpai laman-laman berkenaan (Sebaik-baiknya dalam niche yang sama dengan blog anda), berikanlah komen. Pastikan komen anda juga BERKUALITI dan bukan hanya ayat-ayat 'klise' semata-mata seperti "wah..hebatlah entri awak ni!" atau "Hmm..boleh tahan jugak ayat ko".

Kalau anda mahukan hasil yang baik, komenlah panjang sikit! Yang penting ikhlas. Setelah mendapat senarai blog-blog tersebut, sila bookmark dan langgan RSS Feed mereka supaya anda tidak ketinggalan artikel-artikel TERBARU. Untuk apa? Untuk menjadi pengomen yang PERTAMA sebaik-baiknya! Sebab? Sebabnya tidak lain tidak bukan, kebanyakan pembaca dan pelawat akan KLIK pada URL pengomen pertama, hingga ketiga. Tetapi seterusnya hanya ikut nasib. Tak lupa juga pelawat akan klik pada URL pengomen TERAKHIR kerana ia merupakan komen terakhir yang dibaca!


Di sini pula, algoritma kedua kita sudah selesai, iaitu PAUTAN. Dah nampak ke belum?
Ok. Macam ni. Dah selesai menulis (ISI KANDUNGAN), cari blog/laman web dofollow dan berikan komen, jadi anda akan mendapat BACKLINK ke entri TERKINI itu tadi (PAUTAN). Faham? Inilah matlamatnya. Kalau boleh, dapatkan sebanyak mungkin backlink dari blog-blog ber-PR tinggi dari 3 hingga 5. Kalau dapat 8 hingga 10 lagi baguslah kan!

Perhatikan di sini. Jika anda menerima Referral Link dari Google, bermakna anda telah mendapat inbound links yang baik, kerana bukankah Google itu sendiri ber-PR 10??
Satu lagi laman ber-PR tinggi yang boleh anda manipulasi ialah Facebook (PR 10), dan tak lupa juga Google Plus! (PR 8). Sebab itulah matlamat utama kita adalah untuk mendapatkan tempat/kedudukan yang baik pada muka depan Google, kerana selain mahukan trafik organik yang banyak dan konsisten, anda juga perlu tahu tabiat orang kita yang tidak akan menyemak/mencari lebih dari laman pertama (muka depan) Google! Pedih kan hakikat ini? Dunia memang sadis!

Setelah itu, lengkapkanlah algoritma terakhir Google iaitu AKTIVITI MANUSIA dengan mendapatkan sebanyak mungkin pelawat ke blog anda. Pelawat mungkin akan datang dari backlink itu tadi, tetapi tidaklah sebanyak mana. Jadi caranya bagaimana pula untuk menambah bilangan aktiviti manusia seperti trafik, komen, pelanggan RSS, dan lain-lain lagi?

Kita akan bincangkan hal ini dalam bahagian yang seterusnya!
Powered by Blogger.