Huraian Algoritma Google (Aktiviti) : Bahagian 3

Baiklah..Kita sudah masuk bahagian ketiga dalam siri penerangan algoritma Google untuk memenangi kedudukan teratas dalam hasil carian di Google. Sebelum tu, Mr.Hac nak tanya, berat sangat ke topik ni? Sampai takde sape nak komen pada entri sebelum ni (Bahagian 2).

Kali ini, biar Mr.Hac terangkan dengan lebih terperinci bagaimana kita mampu memenangi kedudukan di muka depan Google dengan formula yang Mr.Hac olah-cipta ini. Bawah ini ialah statistik trafik yang masuk ke dalam blog ini dan lihat sendiri ia paling banyak datang dari mana:


Plan Strategi Pertama:

Dapatkan Sebanyak Mungkin AKTIVITI MANUSIA

Seperti yang pernah Mr.Hac beritahu sebelum ini, blog yang menerima lebih ramai pelanggan suapan RSS (RSS Feed), menerima lebih banyak komen, dan lebih banyak trafik adalah blog yang lebih cepat memenangi kedudukan teratas carta carian Google di muka depan (Tanpa mengabaikan kaedah SEO pada entri).

Oleh itu, cara yang terbaik untuk blog anda juga mampu memenanginya adalah dengan:

1. Mendapatkan seramai mungkin PEMBACA TETAP blog anda. Cuba dapatkan sekurang-kurangnya 1000 pembaca tetap yang menghasilkan 1000 pelawat unik (Unique Visitors) setiap hari. Jika artikel yang anda hasilkan berkualiti dan menarik, ini adalah tidak mustahil untuk direalisasikan. Tetapi macam mana pula nak dapatkan pembaca tetap Mr.Hac? Hmm..Baca tips seterusnya.

2. Perkenalkan blog anda kepada 'dunia'. Caranya?

i) Ping entri blog setiap kali ada entri baru diterbitkan. Tidak kisahlah di apesal.com, ohblog.com, geng blogger. Ah! Tidak kisah lah dimana-mana saja asalkan matlamat anda untuk memperkenalkan blog anda kepada orang ramai terutamanya blogger-blogger yang lain tercapai.

ii) Hasilkan entri yang universal. Ini bermaksud kesemua lapisan masyarakat mampu untuk 'menghadamkannya', dari yang celik IT sehingga yang tidak, dari Melayu hingga Cina dan India, dari muda hingga ke tua semuanya mampu untuk memahami artikel anda. Jika anda tulis tajuk seperti contohnya, 'The Google Algorithm Changes In 2011', agak-agak berapa peratus yang akan klik pada entri itu ya? JANGAN RUMITKAN tajuk sehingga golongan pemula pun tiada hati untuk membaca keseluruhan isi! Rugi tu! Mr.Hac faham anda PAKAR, tetapi jika tiada yang mahu membaca, kejadahnya nak dapatkan aktiviti manusia dalam entri tu?? Berapa peratus pula golongan yang PAKAR seperti anda akan datang membaca entri anda itu lalu memberikan komen pula?? Ingat..Manusia ini ramai yang tinggi EGONYA.

iii) Buat tajuk yang mesra enjin carian, dengan erti kata bagaimana yang 'diminta' oleh orang dalam enjin carian tersebut, begitu jugalah dengan tajuk entri anda. Ambil tips Mr.Hac ini, kalau dalam bahasa inggeris, carian yang paling popular adalah 'HOW TO...', jadi dalam bahasa melayunya 'Bagaimana Cara...' atau kependekannya 'Cara...Membuat...' (Contoh). Boleh juga gunakan perkataan 'Apa Itu...' seperti contoh hasil carian di bawah:


Boleh faham tu kan?

iv) Dapatkan seramai mungkin pelanggan suapan RSS anda. Contoh suapan RSS, yang anda juga boleh melanggannya ialah seperti ini -> MyHackersAreHere RSS Feed Powered by FeedBurner

Macam mana nak buat RSS Feed? Itu nanti Mr.Hac akan tulis dalam entri akan datang pula. Ikut logik, jika blog anda sudah semakin ramai pengunjung melalui tips-tips di atas, maka secara automatik pelanggan suapan RSS anda juga akan bertambah dengan sendirinya, bukan?

v) Dapatkan seramai mungkin pengikut blog. Kerana apa? Kerana pengikut blog, meskipun tidak memberi trafik yang hebat, tetapi sekurang-kurangnya mereka inilah yang akan membaca entri anda ketika melihat tajuk yang menarik perhatian mereka. Kenapa pula trafik dari mereka tidak hebat Mr.Hac? Kerana kebanyakkan pengikut adalah dari kalangan blogger sendiri, dan majoriti dari mereka adalah merupakan pemula. Kebiasaannya golongan pemula ini akan mengikut lebih dari 1000 blog! Jadi agak-agak bagaimana mereka hendak menumpukan kepada blog anda seorang sahaja dari 'Blogger Buzz Update'? Logik kan?

Plan Strategi Kedua

Tulis Entri Berkualiti

Untuk plan stategi kedua ini, rasanya tak perlu Mr.Hac tulis panjang-panjang. Cukup anda dengar tips ini, jika cara percakapan anda terang lagi jelas, jika cara pemikiran anda penuh dengan idea-idea kreatif dan kritis, maka begitu jualah dengan hasil penulisan anda, InsyaAllah.

Plan Strategi Ketiga

Dapatkan Sebanyak Mungkin Pautan Berkualiti

Selepas anda siap menaip entri dan menerbitkannya (post) di blog anda, apa yang perlu anda lakukan selepas itu ialah mencari sebanyak mungkin blog-blog/laman-laman web yang membenarkan Backlink dengan dofollow. Sebaik-baiknya dalam niche yang sama. Kemudian anda berikan komen yang bernas pada blog-blog tersebut sambil tinggalkan Backlink yang menghalakan kepada entri baru anda itu tadi. Terus lakukan perkara yang sama setiap kali entri baru dihasilkan. Itulah kepentingannya anda mengikut atau melanggan suapan RSS blog-blog itu tadi, supaya apabila mereka pula menghasilkan entri yang baru, anda menjadi pengomen yang pertama! Kenapa? Sila baca dalam entri Huraian Algoritma Google (Aktiviti) : Bahagian 2

Sekarang sila perhatikan carta alir di bawah yang menghasilkan trafik organik kepada blog anda:

Aktiviti -> Entri Baru -> Pautan Kembali Kepada Entri Baru Tersebut -> Aktiviti -> Tersenarai Di Muka Depan Google -> Trafik Organik!

Inilah dia formula yang Mr.Hac olah-cipta tersebut! Bagaimana sekarang? Sudah bersedia untuk mengadaptasikannya pada blog anda? Silakan! Silakan mencuba!

Mr.Hac akan menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan dengan formula ini. Jika anda berminat, sila tolong namakan ia mengikut idea anda!
Powered by Blogger.