Kenyataan Dangkal dan Salah Mengenai Linux

1. Mengatakan Linux Sukar Dikuasai
J: Ye ke? Setakat yang Mr.Hac tahu, selain Mr.Hac sendiri sebagai seorang yang bukan dari kalangan 'orang IT', terdapat seorang lagi blogger yang menceritakan dan membuat tutorial mengenai Ubuntu (Linux) iaitu Deensokmo. Beliau mengakui, bahawa beliau bukanlah orang yang pernah menduduki kelas komputer apatah lagi belajar di institusi pengajian awam dalam bidang komputer. Tetapi beliau sekarang sudah boleh dikatakan 'berjaya' apabila mampu menceritakan hal 'luar dan dalam' mengenai Ubuntu. Soalnya di sini, susah ke kalau macam tu?
Ini baru contoh umum. Kalau nak diikutkan, Linux jauh lebih mudah difahami kerana segala di dalamnya adalah 'straight forward'.

2. Mengatakan Linux Memaksa Pengguna Menggunakan Command Line
J: Kebanyakan mereka yang berkata begini adalah dari pengguna Windows yang TAKUT untuk mencuba sesuatu yang baru dan enggan untuk berubah. Apa yang sukar sangat mengenai Terminal? Di bawah ialah paparan Terminal dalam Pinguy OS. Cantik bukan?


Segala baris perintah sudah tersedia dalam pelbagai blog. Hanya tinggal anda sahaja untuk melakukan langkah mulaan. Baris perintah itu pula tidak perlu untuk anda menghafalnya. Hanya salin dan tampal. Semudah itu.

3. Linux Tidak Menyokong Gaming
J: Ini sama sekali tidak benar. Jika dahulu mungkin. Tetapi sekarang situasi sudah berbeza. Pelbagai platform yang membolehkan anda mencuba permainan baru sama ada dari Windows seperti Cedega dan PlayOnLinux atau untuk Linux itu sendiri seperti PlayDeb. Mr.Hac sendiri dah jenuh cuba macam-macam permainan. Nasib baik bukan 'kaki' gaming. Kalau tidak...

4. Linux Tidak Menyokong Perisian Windows
J: Sistem Operasi Linux mempunyai platform untuk perisian Windows 'beraksi' iaitu Wine (Windows Emulator). Sememangnya tidak semua perisian disokong oleh Wine, tetapi anda perlu ingat, anda sudah menggunakan sistem operasi yang baru. Oleh itu tidak perlu lagi mencari 'pakej' yang lama. Jika anda sudah beralih kepada Linux, tolong jangan cari lagi pemasang dengan extension EXE. Beralihlah kepada DEB.

5. Mengatakan Linux Ketinggalan Zaman
J: Dari sumber mana anda berani mengatakan seperti itu? Adakah anda sendiri pernah mencuba Linux?
Bukan mahu mengata, tetapi Windows dari dulu sampai sekarang tak henti kerisauan dan kerunsingan mengenai virus. Tak payah nak tipu, semua orang tahu. Sedangkan Linux sudah bertahun-tahun ada 'di sini' tiada sebarang virus yang perlu dirunsingkan. Siapa yang ketinggalan dari segi teknologi?

Banyak lagi sebenarnya yang Mr.Hac mahu tulis. Belum puas lagi! Tapi memandangkan tak sempat nak taip panjang-panjang (baru habis bengkel, esok pun ada lagi..aduh!), kita sambung lagi nanti!
Powered by Blogger.