Penjenamaan Semula Blog Lama

Bagi yang belum tahu, blog pertama Mr.Hac adalah mengenai alam ghaib. Ya. Alam ghaib.
Namun ketika itu, Mr.Hac hanya mensasarkan ia sebagai medium untuk menjual e-book yang telah ditulis oleh Mr.Hac berjudul 'Penjelajahan Astral : Suatu Pengalaman Yang Luar Biasa Hebat!'.

Penjelajahan Astral atau Astral Projection ialah sebuah pengalaman paranormal seseorang manusia, ketika beliau berada di luar tubuh fizikalnya.

Teruja? Teruskan membaca..

Mr.Hac merupakan seorang pengamal spiritual dan aktif dengan forum Astral Projection satu ketika dahulu, sehingga diberi kepercayaan untuk menterjemahkan e-book yang telah ditulis oleh pengasas forum tersebut (forum luar negara). Namun atas sebab-sebab tertentu, Mr.Hac tidak dapat meneruskan lagi hobi itu dan ia terhenti di situ sahaja.

Selepas itu, Mr.Hac mula menulis e-book sendiri dan berniat untuk memasarkannya. Tetapi atas sebab-sebab market yang sangat kecil, Mr.Hac membatalkan hasrat tersebut lalu projek e-book Astral Projection dalam bahasa Melayu terbengkalai begitu sahaja.


Atas dasar cintakan ilmu, Mr.Hac buat keputusan untuk melakukan penjenamaan semula blog lama yang dinamakan Penjelajahan Astral kepada SIMFONI ASTRAL.

Anda boleh lihat blog tersebut melalui URL di sebelah -> Simfoni Astral
Hajat Mr.Hac mahu menjadikan ia sebagai blog yang menceritakan mengenai rahsia alam melayu dan kehebatan orang melayu dahulukala, serta menyentuh serba sedikit mengenai alam ghaib (setakat yang Mr.Hac tahu).

P/S: Jangan gelak tengok blog lama tu. Memang kelakar sebab masa tu Mr.Hac baru 'bermain' dengan blog. Haha!

Jika anda mahu membaca previu e-book Penjelajahan Astral : Suatu Pengalaman Yang Luar Biasa Hebat!', anda boleh muat turun di sini -> Penjelajahan Astral

Kata Laluan:
simfoniastral

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan versi penuh boleh e-melkan kepada Mr.Hac ok!

Selamat membaca! Terima kasih kepada semua!

RSS Feed Simfoni Astral:
Simfoni Astral Powered by FeedBurner
Powered by Blogger.