Perpetual Traffic Formula : Reupload, Reborn, Reality

Ramai antara sahabat-sahabat blog Mr.Hac yang mahu Mr.Hac menulis mengenai kaedah memanipulasi algoritma Google yang satu ini, iaitu Perpetual Traffic Formula. Namun atas sebab-sebab hak cipta, Mr.Hac tidak mahu mengulas lanjut berkenaan formula trafik organik (Organic Traffic) ini. Akan tetapi, Mr.Hac akan menulis mengenai kaedah trafik organik yang Mr.Hac olah-cipta sendiri.
Nama formula ini? YOU GIVE THE NAME. Can you?

Kaedah ini tidak jauh berbeza dengan Perpetual Traffic, namun anda perlu tahu algoritma Google bukanlah mainan anak-anak. Jadi sebelum Mr.Hac menulis entri lanjutan dari entri ini, Mr.Hac mahu anda fikirkan bahawa untuk mendapatkan trafik YANG SEPATUTNYA mengikut niche blog masing-masing ialah tidak begitu sesusah yang disangka. Jika mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan bloggers, Mr.Hac mungkin akan menulis e-book lagi untuk anda.

Mr.Hac akui, pada mulanya memang agak kecewa bila mengenangkan trafik blog ini yang hanya mampu mencecah 1000-2000 Unique Visitors (UV) sehari, berbanding blog hiburan, politik atau blog peribadi yang dapat mencecah rekod sehingga 50,000-100,000 UV sehari. Jika 'bernasib baik' barulah MyHackersAreHere boleh mencecah sehingga 4000 UV. Namun apabila dikenangkan kembali, dengan Hacking Tutorial Niche sebagai nadi utama blog, Mr.Hac kembali berpuas hati kerana itulah jumlah yang SEPATUTNYA. Kenapa? Kerana bila dikaji semula tabiat membaca dikalangan rakyat Malaysia khususnya Melayu untuk niche blog sebegini sememangnya berada dalam jumlah yang agak mengecewakan boleh berpuas hati.


Untuk entri-entri yang akan datang, jika berkesempatan untuk berkongsi, Mr.Hac akan memberikan tips-tips mendapatkan trafik organik yang berterusan dan dalam jumlah yang SEPATUTNYA bagi blog anda. Tidak kisahlah anda menggunakan platform blogger atau wordpress sebagai platform, ia sesuai untuk semua.

Hari ini, muat turun terlebih dahulu kesemua pra-tonton teknik/kaedah Perpetual Traffic Formula yang diasaskan oleh Ryan Deiss. Apa yang pasti, anda tidak perlu membayar lagi untuk trafik masuk secara 'sukarela' ke blog anda. Tiada teknik KOTOR lagi MURAHAN yang digunakan. Cukup sekadar Google sebagai rakan blog anda. Terima kasih kerana membaca.

Klik untuk muat turun:


1. Perpetual Traffic Formula

2. Traffic Formula (Video 1)

3. Traffic Formula (Video 2)

4. Cherry Picker Software (Video)

5. Authority Codes (Video)

Tips: Klik pada 'Direct download' untuk kelajuan muat turun yang stabil, tinggi dan tanpa waktu menunggu.
Powered by Blogger.