Selamat Datang Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot!

Akhirnya yang ditunggu sudah tiba! Setelah selesai menguji cuba versi beta, Mr.Hac mahu mencuba rilisan akhir (final release) dari siri sistem operasi Linux yang paling mesra pengguna, iaitu UBUNTU.

Imej dari ubuntumanual.org

Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot dijadual untuk dilepaskan kepada pengguna pada 13hb Oktober 2011. Dengan beberapa pembaharuan drastik dari segi paparan antaramuka sehinggalah kepada fungsi dalaman dan pembaikan bug.

Berikut Mr.Hac senaraikan distro Ubuntu yang pernah dikeluarkan:

  1. 8.04 LTS - Hardy Heron
  2. 8.10 - Intrepid Ibex
  3. 9.04 - Jaunty Jackalope
  4. 9.10 - Karmic Koala
  5. 10.04 LTS - Lucid Lynx
  6. 10.10 - Maverick Meerkat
  7. 11.04 - Natty Narwhal
  8. 11.10 - Oneiric Ocelot

Untuk pengetahuan semua, versi akan datang dengan kod 12.04 (Long Term Support @ LTS) diberi nama sebagai Ubuntu Precise Pangolin, bersempena nama sejenis tenggiling. Jika anda ingin tahu lagi, kod nama untuk setiap keluaran akan dipilih berdasarkan susunan abjad dengan dua patah perkataan, berdasarkan kepada nama haiwan (yang hampir pupus, mungkin?).

Semoga dengan kehadiran versi baru Ubuntu ini, diharapkan agar lebih ramai lagi individu kreatif dan GENIUS lahir dari eksperimentasinya bersama dengan sistem operasi Linux ini yang mampu menjana idea-idea kreatif lagi kritis. All the best Ubuntu!
Powered by Blogger.