Seorang Lagi Penulis Akan Menyumbangkan Karya!

Yeah! Masa Kiren mula-mula menulis artikel terawal beliau di blog ini, Mr.Hac terlupa untuk buat entri alu-aluan seperti yang biasa Mr.Hac buat. Jadi Kiren, entri ni kira dua dalam satu lah ya! Halalan Thoyyiban la heh! Namun tengoklah hasilnya. Entri beliau mendapat komen yang paling banyak setakat ini. Alhamdulillah..

Malam ni, hanya nak bagi tahu pada semua pembaca bahawa selain Kiren (TheKayrane), seorang lagi penulis baru akan mula menulis dan menyumbangkan akal fikiran, idea mahupun ilmu dalam bentuk penulisan. Mr.Hac tak tahu nak panggil apa, tapi rasanya nama beliau ialah Firdaus. Nak panggil P-DoS atau P-DDoS boleh? Hehehe Hetrik Rosyan!


Mr.Hac berharap dengan ramainya penulis jemputan di blog ini, maka setiap artikel yang dihasilkan akan mejadi lebih berkualiti dan mampu menarik hati anak-anak muda khususnya Melayu untuk tertarik hati dengan dunia IT dan yang berkaitan dengannya.

Pada mereka yang mahu menyumbangkan artikel, mahu menulis di sini, tidak kiralah entri itu berbentuk cerpen seram sekalipun, asalkan ada kena mengena dengan IT, Mr.Hac tak kisah. Kalau anda mahu, berikan e-mel anda kepada Mr.Hac. Dengan pantas Mr.Hac akan tambah ke dalam senarai penulis jemputan, ok?


Klik pada ruangan Hubungi Admin di atas tu, isi borang yang ada di situ dengan tajuk 'Saya Nak Menulis'. Lepas tu tunggu Mr.Hac terima permintaan anda dan menambah anda ke dalam senarai penulis jemputan. Anda kena periksa e-mel untuk mengesahkan jemputan dan selepas itu anda boleh terus log masuk ke blog ini dan mula menulis. As simple as that.

Jangan malu, jangan segan. Kalau rasa ada bakat, ada ilmu untuk dikongsi, cepat-cepat 'apply'!
Hahaha hasta pronto evelybody!
Powered by Blogger.