Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot : Rilisan Yang Semakin Canggih

Tidak dapat dinafikan lagi. Tidak dapat disangkal lagi. Siri keluarga Ubuntu rilisan stabil versi terbaru iaitu Ubuntu 11.10 dengan kod nama Oneiric Ocelot sudah semakin canggih. Masih mengekalkan Unity Desktop sebagai ciri utama, beberapa perubahan menarik dapat dilihat pada beberapa perisian yang sedia ada padanya dari versi yang terdahulu.

Mr.Hac hanya sempat mencubanya melalui Live DVD. Meskipun begitu, masih dapat dirasakan akan kepantasannya menguruskan setiap tetingkap baru yang dibuka, biarpun RAM komputer ini cuma 1GB sahaja. Ya. Mr.Hac semakin puas dalam menerokai sistem operasi sumber terbuka Linux ini kerana sudahlah percuma, semakin lama semakin canggih pula. Jom kita lihat beberapa paparan skrin yang sempat Mr.Hac tangkap semasa mencuba.


1. Firefox 7.0.1 sebagai pelayar web lalai (default web browser)


2. Ubuntu One sebagai ruang storan awan. Diberikan ruang sebanyak 5GB secara percuma kepada para pengguna Ubuntu mahupun Windows!


3. Ubuntu Software Center tampil dengan paparan antaramuka baharu. Lebih cantik, lebih canggih, lebih kemas. Merupakan 'gudang' simpanan kesemua perisian yang berguna untuk melengkapkan lagi Ubuntu.


4. Workspace Switcher. Pengurusan tetingkap yang lebih efisyen dengan 'membahagikan' desktop kepada 4 bahagian. Setiap satunya boleh diuruskan dengan tetingkap berbeza.


5. System Settings : Bahagian yang menempatkan tetapan-tetapan untuk Ubuntu. Kini lebih 'segar' dan ringkas, mudah untuk difahami meskipun oleh pemula.


6. Nautilus 3.2.0. Pengurusan fail kini menjadi lebih kemas.


7. Libre Office 3.4.3. Perisian kerja-kerja pejabat percuma yang hampir menyamai taraf dengan Microsoft Office. Harapannya agar pada versi-versi yang akan datang, perisian ini menjadi setanding dengan Microsoft Office supaya anda tida lagi perlu dual boot.



8. Dash Home : Anda boleh mencari kesemua program dan perisian di sini. Ibaratkan ia sebagai 'Start' Menu pada Windows.


9. Ambil paparan skrin (screenshot)? Sekarang jika anda ambil paparan skrin, sudah ada bunyi klik kamera. Ini menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Sekurang-kurangnya ada 'perasaan' anda sedang mengambil gambar.

10. Mengekalkan Banshee sebagai pemain muzik. Pemain kegemaran Mr.Hac selain Clementine dan Amarok.


11. Mengekalkan Totem Movie Player sebagai pemain video. Ianya adalah terpantas dan pelbagai ciri setakat ini, merupakan pemain video lalai dalam OS Linux Mint yang digunakan oleh Mr.Hac dan UM Player di tempat kedua.


Sekarang bagaimana? Tergerak hati mahu mencuba Ubuntu? Muat turun versi 11.10 rilisan stabil sekarang dan rasai perbezaannya!

Anda boleh tengok pelbagai lagi ciri menarik pada Ubuntu 11.10 di sini -> Webupd8
Powered by Blogger.