Ultimate Windows Context Menu Customizer: Aplikasi Klik Kanan Terbaik

Salam..semuanya.

Spekulasi bajet 2012 sudahpun reda..damm! Bajet yang tak terkata..Macam mana? Puas hati semua..?

Hidup mesti diteruskan..Kembali kepada entri . Hari ini kita hendak memperkenalkan satu aplikasi yang akan menyenangkan kerja semua orang. Satu kerja yang mudah akan menjadi bertambah mudah hanya dengan beberapa langkah mudah.

Ultimate Windows Context Menu Customizer nama yang agak berjela tetapi sebenarnya ringkas untuk di adaptasikan. Terlalu mudah untuk digunakan termasuk kaum pemula. Dan yang penting sekali ianya percuma, mudah alih, bebas virus dan selamat digunakan.


Ianya adalah aplikasi yang membenarkan anda untuk menambah, mengubah, mematikan dan membuang menu di klik kanan mengikut keperluan anda. Anda boleh melancarkan program rutin tanpa perlu meraba kat start menu yang sudah sedia sesak itu. Anda juga boleh membuka fail atau folder hanya dengan 2 klik sahaja. Tambah menarik lagi anda juga boleh melancarkan laman sesawang kesukaan anda dengan lebih pantas.Terlalu mudahkan?


Terlalu banyak fungsi dalam satu aplikasi. Kerana itu kita anggap ini adalah aplikasi klik kanan yang terbaik kita temui. Hakikatnya terlalu banyak yang seumpamanya di luar sana..namun bagaikan ada yang tiada setelah kita ujicuba. Rajin-rajinlah menggodek pasti tambah lebih menarik. Jangan takut mencuba kerna ianya takkan mendatangkan impak yang tak munasabah ke atas komputer anda.

OS: Windows XP, Vista and 7

Klik sini-> UMCMC ©pr67am™201110

Kata laluan: pr67am
Powered by Blogger.