Wifislax : Wireless Hacking Live CD

Seperti biasa Mr.Hac rajin berjalan-jalan di dunia siber dan pada masa berjalan-jalan itulah Mr.Hac akan selalu berjumpa dengan benda-benda yang menarik untuk dikongsikan bersama dengan para pembaca semua. Boring nak dengar intro? Haha! Ok-ok..Jom kita teruskan dengan isi entri..

Apa Itu Wifislax?

Perkara pertama yang Mr.Hac nak anda tahu, Mr.Hac bukanlah peminat distro Linux yang bernama Slax, kerana bagi Mr.Hac, itulah distro yang paling tak boleh 'blah' sekali. A lot of epic phail!
Tapi lepas kenal dengan Wifislax, Mr.Hac mula suka dengan sistem operasi Linux yang boleh dimasukkan ke dalam poket ni. Err.. Ye lah.. poket! Teruskan membaca..
Wifislax ialah sebuah sistem operasi Linux (Linux Operating System) berasaskan Slax, sebuah sistem operasi Linux yang digelar 'sistem operasi poket' kerana saiznya yang kecil dan boleh dibuat Live Boot dari USB Pendrive atau CD sahaja. Cuma Wifislax dibuat dengan tujuan untuk melakukan ujian-ujian penembusan (penetration distribution distro) dan penggodaman WEP Wireless.

Beberapa paparan skrin yang diperolehi dari wifislax.com:




Cara menggunakannya amat senang.

1. Anda hanya perlu rakam (burn) imej ISO yang telah dimuat turun melalui laman web rasmi distro ini dengan menggunakan Unetbootin ke dalam Pendrive.

2. Tukarkan Boot Order yang pertama melalui BIOS Settings kepada USB

3. Reboot

4. Sebelum keluar lambang Windows (atau GRUB Linux, jika anda menggunakan Linux), tekan kekunci esc, atau F12, F10, atau mana-mana kekunci yang akan membawa anda kepada pilihan tetapan boot.

5. Pilih Pendrive anda (Kingston ke, Winston ke, Dunhill ke..Haha! Jenama Pendrive sendiri, sendiri mau ingat la!)

6. Anda akan di bawa ke dalam alam barzakh sistem operasi Wifislax.

7. Tahniah. Anda sudah boleh mula menggunakannya. Terdapat banyak WiFi Hacking Tools di dalam yang boleh dicuba satu demi satu. Kalau dah berjaya menggodam kata laluan WEP yang anda kehendaki, sila reboot semula ke dalam sistem operasi lalai (default) anda sama ada Windows, Linux, Mac OS X..ahhh..tak kisah lah.. Dah reboot apa lagi..Guna la WEP key tu! Pastikan salin dulu ok!

Untuk pengetahuan anda, distro ini telah dibuat oleh para penulis-penulis distro dari Sepanyol, oleh itu bahasa dalam tu memang tunggang dengan cermat langgang dengan bahasa Sepanyol. Jika anda mahu menukarkannya kepada bahasa Inggeris, silalah terokai sendiri. Sebab Mr.Hac sendiri pun tak sempat nak teroka habis! Hahah! Maaflah ya!

Apapun Mr.Hac boleh mengesyorkan kepada anda untuk mencuba Wifislax. Tak rugi sebab boleh bawa ke mana-mana dalam pendrive bersaiz minima 1GB kalau tak silap, dan yang paling penting ianya bersifat 'ringan' dan pantas. Tidak banyak menggunakan RAM, menjimatkan bateri...ahhh..Cuba sendiri la! Cakap banyak tak guna kan?
Blaze it bro! Blaze it up and good luck!

Anda boleh muat turun dan membaca mengenai Wifislax
melalui laman web rasminya di sini -> Wifislax

Versi terjemahan Google -> Wifislax Translated to English
Powered by Blogger.