30 November 2011

MacMintosh? Mint-Tosh??


Mr.Hac sebenarnya sedang menunggu DVD Mac OS X Snow Leopard dan Lion dari Ashraf a.k.a Katakmalaya, salah seorang penulis jemputan blog ini. Niat di hati mahu mulakan Hackintosh pada komputer pejabat komputer di rumah ini secepat mungkin. Namun mengenangkan beliau sedang mengulangkaji untuk peperiksaan, Mr.Hac yang mula resah gelisah ini cepat-cepat cari jalan lain.

Lihatlah pada tampilan Linux Mint 11 yang telah Mr.Hac pasangkan dengan Macbuntu - Mac OS X Transformation Pack untuk Ubuntu. Dengan mengubahsuai beberapa kod dari fail pemasangnya, Macbuntu 10.10 berjaya dipasangkan kepada Linux Mint 11, yang mana kita sedia maklum ia adalah dari kod sumber Ubuntu 11.04. Mari kita lihat beberapa paparan skrin yang sempat Mr.Hac ambil sebentar tadi.




Cantik? Sangat serupa dengan Mac OS X bukan? Teruja mahu mencuba? ^^

Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu/Linux Mint


Berikan Mr.Hac senaraikan KOMPILASI perkara-perkara yang perlu atau seronok dilakukan selepas selesai pemasangan Ubuntu atau lain-lain sistem operasi berasaskan Ubuntu seperti Linux Mint, Zorin OS atau Pinguy OS. Cuma kebiasaannya kebanyakan perkara tidak perlu lagi dilakukan jika anda menggunakan Pinguy OS, my favorite distro! Semua telah tersedia, tinggal godek kasi letup je!




Tampilan Desktop Pinguy OS 11.10 Mr.Hac


Ok.. Apa lagi.. Jom mulakan 'penggodekkan' tahap KL Hamster impak maksima!

1. Pasang Firefox Versi Baru

2. Cuba Permainan Hedgewars

3. Pasang Minitube

4. Tukar Unity Desktop Kepada Gnome Classic (Jika Anda Suka)

5. Pasang Musique (Pemain Muzik)

6. Tukar Server Untuk Melajukan Muat Turun

7. Pasang XBMC (Hab Hiburan)

8. Pasang PlayOnLinux

9. Aktifkan 3D Desktop Environment

10. Pasang Wine

11. Pasang Boot-Repair-Disk

12. Baiki Banshee Missing Plugin (Ubuntu 11.10)

13. Pasang Tuxcut (Network Security)

14. Pasang Clementine (Pemain Muzik)

15. Pasang JDownloader (Pemuat Turun)

16. Pasang Audacious

17. Cuba SKDownloader (Pemuat Turun)

18. Bermain Dengan Supertuxkart

19. Melajukan DownThemAll

20. Pasang XBMC Pada Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot

21. Bermain Dengan Open Arena!

22. Membuat Latar Belakang Animasi (Animated Wallpaper)

23. Mencuba Keylogger Untuk Linux

24. Pemain Video Terbaik Untuk Ubuntu/Linux Mint

25. Membuat Tranparent Terminal

26. Download Manager Terbaik Untuk Ubuntu/Linux Mint

27. Melajukan Firefox

28. Pasang Kernel Baru

29. Mencuba Pemain Video UMPlayer

30. Pasang Fern WiFi Cracker

Faedah-Faedah Menggunakan Linux


Salam semua.. Seriously blur. Takde idea nak update apa hari ni. Semalam macam-macam draf ditulis dalam telefon. Laaa.. Rupa-rupanya tajuk-tajuk lagu yang nak dicari kemudian. Adeh..Fikir punya fikir, akhir sekali tergerak hati untuk cari balik entri yang berada dalam draf. Jumpa pula dengan tajuk ini, terus taip. Jadi kepada anda semua yang bercadang hendak menggunakan distro Linux seperti Ubuntu, Linux Mint, Pinguy OS, Zorin OS dan lain-lain lagi, sila teliti beberapa fakta di bawah. Harapan Mr.Hac agar lebih ramai lagi yang akan menggunakan Linux sebagai sistem operasi lalai (default) dalam kehidupan mereka selepas mendapat pelbagai panduan dari blog ini.

Sebelum ini Mr.Hac pernah menulis 'Kenapa Linux Jauh Lebih Bagus?'. Entri ini adalah entri susulan atau 'nasik tambah' kepadanya. Jadi.. Haa tambah nasik! Tambah!

Antara faedah-faedah menggunakan Linux ialah:

1. Bebas Virus: Ok.. Melihat kepada fakta, Linux bukanlah imun kepada virus 100%. Ingat tu! Cuma setakat ini masih belum ada lagi virus yang dapat menapak dan menyebar dengan kukuh. Mr.Hac ada melihat video dari Youtube yang menunjukkan beliau terkena jangkitan virus dari sebuah laman web. Tetapi eksploitasi yang ditunjuk menunjukkan beliau agak cuai dalam mengendalikan setiap laman web yang dilawati. Fakta: Keylogger bukan virus! Sebelum anda berkata apa-apa yang mampu membuat darah manis Mr.Hac tersirap, lebih baik pergi baca di Wikipedia dahulu tentang keylogger! Ya. Keylogger mampu menyelinap ke dalam Linux. Namun anda perlu ingat, keylogger untuk Linux yang paling hebat pun masih tidak menyeluruh dan tidak 'semenggah' seperti keylogger untuk Windows. Contohnya logkeys. Tambahan, anda perlu tahu, Linux adalah sistem operasi sumber terbuka, dan ini bermakna sesiapa sahaja boleh melihat kepada kod sumbernya. Jika hari ini eksploitasi atau virus dilepaskan, InsyaAllah esok lusa tampalan (patch) sudah siap dibuat. Apa yang anda perlu buat ialah kemaskini sistem operasi anda setiap hari.

2. 100% Percuma: Ada yang berkata sesuatu yang percuma itu tidak bagus. Namun bagi kes Linux, percuma adalah sesuatu yang hebat! Lagipun, siapa yang tak suka benda percuma kan??

3. Pemacu Terbina Dalam: Kebiasaannya jika anda memasang semula Windows, anda perlukan masa untuk mencari pemacu. Apa? Gunakan Driver Pack Solution? Untuk Linux tak perlu semua tu. InsyaAllah, hampir kesemua pemacu sudah terbina dalam kernel. Tinggal plug and play sahaja! Yes 4G tak dikesan oleh Linux? Gunakan pemasang dari fikri.my ini!

4. Tak Perlu Antivirus: Disebabkan ia menghampiri kepada kesempurnaan bebas virus, maka biasanya antivirus itu tidak perlu. Tiadalah pula salahnya jika anda tetap mahu memasangnya! Lagi pula terdapat beberapa antivirus percuma untuk Linux. Tetapi bagi Mr.Hac, tak payahlah!

5. Tiada lagi Blue Screen of Death Doom!: Maaf cakap, tapi melainkan anda benar-benar noob, masalah ini memang tak akan berlaku. Linux adalah sangat stabil. Memang tiada sesuatu yang benar-benar sempurna di dunia ini. Tetapi hakikatnya anda tidak perlu mulai semula komputer anda apabila sistem anda crash, atau mengalami 'kekejangan misteri' seperti Windows.


6. Restart = Tak Perlu: Lepas pasang sesuatu perisian pada Windows, anda perlu mulai semula (restart) komputer anda. Jika anda melakukan kemaskini kepada sistem anda, anda perlu mulai semula juga. Ketika sistem anda kelihatan mula goyah, pening, mual, atau menunjukkan tanda-tanda 'hang', silalah mulai semula untuk menjadikan keadaan 'segar' semula. Situasi ini tidak akan berlaku kepada Linux. Titik noktah.

7. Perisian Windows Tanpa Windows: Ini satu lagi persoalan yang kerap ditanyakan. "Bolehkah saya menjalankan perisian Windows pada Linux?". Jawapannya boleh. Kita ada WINE (Wine Is Not Emulator), Crossover (Pro), dan Playonlinux untuk memasang permainan Windows yang dijalankan melalui Wine juga. Cuma nasihat Mr.Hac satu sahaja, dah gunakan Linux, tak salah untuk kita embrace teknologi dengan menggunakan kesemua sumber teknologi yang ada, termasuklah perisian-perisian Windows. Tetapi lebih baik jika anda kuasai perisian-perisian yang diciptakan khas untuk Linux. Dengan cara ini anda tidak akan mudah panik apabila memerlukan sesuatu perisian yang ada pada Windows untuk menyiapkan kerja. Sekali-sekala guna ok la!

8. Ratusan Perisian dan Permainan Percuma: Anda bosan dengan apa yang ada? Mahu memasang perisian baru? Tak perlu lagi susah payah mencari. Ambil contoh Ubuntu yang mempunyai Ubuntu Software Center (USC). Sangat mudah. Anda cuma perlu membuka USC, lakukan sedikit klik dan siap! Perisian yang anda mahu sudah pun dipasangkan pada komputer anda.

9. Perisian-perisian Terbina Dalam: Apabila anda memasang semula Windows, perkara kedua setelah memasang pemacu ialah memasang pula perisian-perisian asas dan penting, contohnya perisian pejabat, pelayar web, pengurus arkib dan sebagainya. Ini sekali lagi tidak perlu dilakukan dalam Linux, kerana semuanya sudah cukup, lengkap, dan tersedia. Kita ada Libre Office untuk perisian pejabat menggantikan Microsoft Office, Firefox untuk pelayar web, Totem Movie Player untuk memainkan video, Banshee atau Rhythmbox untuk memainkan muzik dan pelbagai lagi!

10. Hidupkan Komputer Lama!: Komputer dengan spesifikasi lama memang 'menyedihkan' apabila ia dilengkapi dengan Windows. Jika anda mahu kemaskini kepada yang lebih baru contohnya migrasi dari Windows XP kepada Windows 7, anda boleh ucapkan kirim salam sayang lagi sedih kepada Windows 7 kerana spesifikasi yang tidak mencukupi. Dengan Linux, untuk tampilan desktop yang kelihatan lebih moden sekalipun anda boleh pasangkannya kerana keperluan minimum untuk Linux adalah benar-benar minimum dalam erti kata yang sebenar!

11. 3D Desktop: Mungkin ada perisian yang mampu menjadikan desktop Windows kepada suasana 3D contohnya Deskspace, tetapi ia masih terdapat kekurangan, iaitu masih perlu dibeli, dan tidak secantik kesan visual COMPIZ pada Linux! Oh ya. Compiz itu percuma pula! Kesan visual yang boleh dibuat menggunakan Compiz juga adalah lebih banyak dan boleh diubahsuai mengikut kemahuan pengguna.

Jadi sekarang bagaimana? Masih takut untuk mencuba Linux? Ahh.. Alasan!

29 November 2011

Android Network Tool Kit - Anti


Mungkin anda yang biasa menggunakan telefon bimbit Android sudah bosan bermain dengan Angry Birds, dan teringin melakukan sesuatu yang lebih menarik. Ok. Jika itu yang anda fikirkan, kini telah ada sebuah app khas untuk melakukan pentest yang dipanggil sebagai Android Network Tool Kit atau Anti.

Anti mempunyai pelbagai tool untuk menggodam yang biasa digunakan di komputer atau laptop, tetapi kali ini kesemua tool seperti itu terdapat pada Anti dan ini bermakna telefon Android anda boleh digunakan untuk tujuan menggodam.


Sila lihat paparan video dari pembangun Anti:



Berikut adalah quote dari laman pembangun:

ZImperium "Anti" LTD is proud to annonce Android Network Toolkit - Anti.
Anti consists of 2 parts: The Anti version itself and extendable plugins. Upcoming updates will add functionality, plugins or vulnerabilities/exploits to Anti

Using Anti is very intuitive - on each run, Anti will map your network, scan for active devices and vulnerabilities, and will display the information accordingly: Green led signals an 'Active device', Yellow led signals "Available ports", and Red led signals "Vulnerability found". Also, each device will have an icon representing the type of the device. When finished scanning, Anti will produce an automatic report specifying which vulnerabilities you have or bad practices used, and how to fix each one of them.

What is AntiCredit?
AntiCredit is the app to purchase status and credits for Anti usage.
Once you buy Silver, Gold or Platinum(for corporate users and power users), your status is saved forever. You can use MITM,DOS,SPY,REPLACE IMAGES and other features like PASSWORD CRACKER, but you also get N amount of credits, these credits can be used for attacks and reports.

Once Anti has mapped your network, it is time to choose the attack method:

[+] Scan - This will scan the selected target for open ports and vulnerabilities, also allowing the user to select a specific scanning script for a more advanced/targeted scan.

[+] Spy - This will 'sniff' images transferred to/from the selected device and display them on your phone in a nice gallery layout. If you choose a network subnet/range as target, then all images transferred on that network - for all connected devices - will be shown. Another feature of the Spy plugin is to sniff URLs (web sites) and non-secured (ie, not HTTPS) username/passwords logins, shown on the bottom drawer.

[+] D.O.S - This will cause a Denial Of Service (D.O.S) for the selected target, ie. it will deny them any further access to the internet until you exit the attack.

[+] Replace images - This will replace all images transferred to/from the target with an Anti logo, thus preventing from attacked used seeing any images on their browsers while the browse the internet, except for a nice looking Anti logo...

[+] M.I.T.M - The Man In The Middle attack (M.I.T.M) is an advanced attack used mainly in combination with other attack. It allows invoking specific filters to manipulate the network data. Users can also add their own mitm filters to create more mitm attacks.

[+] Attack - This will initiate a vulnerability attack using our Cloud service against a specific target. Once executed successfully, it will allow the attack to control the device remotely from your phone.

[+] Report - This will generate a vulnerability report with findings, recommendations and tips on how to fix found vulnerabilities or bad practices used.

Daftar dan muat turun di sini -> zImperium

Jom Berlagak Seperti Hacker atau Programmer


Dalam dunia ini anda kena akui, tak semua bos atau pegawai itu betul-betul 'pandai'! Hehe! Kadang-kadang bila sedang tidak sibuk, anda teringin juga nak 'berlakon' atau buat-buat sibuk kan? Ahaaa.. Itu memang boleh dilakukan dan tampilannya iras seperti anda seorang penggodam beretika yang kachak sedang melakukan tugas penting.

Lihat paparan skrin di bawah. Cool..

Anda cuma perlu klik pada 'Hack' untuk memulakan 'tugas' anda dan kemudian taiplah apa saja di keyboard komputer anda itu. Ia akan memaparkan seolah-olah anda sedang menulis bahasa pengaturcaraan untuk sesuatu tugas yang hebat. (Ha.. ha..)



Pedulikan apa orang nak kata. Lain kali kalau anda ada rezeki, maka belajarlah bahasa pengaturcaraan yang sebenar. Ini setakat nak main-main atau suka-suka kenakan kawan, boleh lah!

Pergi sini -> HackerTyper

28 November 2011

Hack a Friend AIO Tool 2011


Dulu pernah Mr.Hac kenalkan kepada anda sebuah tool KONONNYA mampu untuk menggodam akaun Facebook yang dinamakan Facebook Pro Hacker v.2011. Sekarang muncul lagi satu tool yang dikatakan mampu melakukan perkara yang sama iaitu menggodam tetapi lebih menyeluruh iaitu bukan sahaja facebook malah Yahoomail, Gmail, dan bla bla bla.


Ye ke ia boleh buat begitu? Hahah! Ntah! Mr.Hac sendiri belum pernah mencubanya. Tapi kamu semua kan ke lebih 'advance'? Cuba la sendiri. Tengok video demo di bawah:



Nak cuba? Risiko tanggung sendiri ok! Jangan bising pasal virus atau apa-apa pun!
Klik -> HaF-AIO.exe Download

Menaiktaraf Linux Mint 11 Kepada Versi 12


Seperti yang kita tahu, Linux Mint 12 Lisa telah pun dilepaskan. Para pengguna dinasihatkan untuk memasangnya secara clean/fresh installation jika anda bercadang untuk menaiktaraf daripada versi 11 (Katya) kepada versi 12 (Lisa) tersebut, kerana meskipun anda boleh menaiktaraf melalui APT, tetapi pelbagai masalah dan risiko bakal anda hadapi. Oleh itu lebih baik anda pasang dengan cara clean installation (format HDD dan pasang sistem operasi baru).

Apapun adalah digalakkan untuk membuat salinan (backup) kepada fail-fail dan perisian-perisian yang pernah anda pasang pada sistem anda menggunakan mintBackup (Backup Tool) yang tersedia dalam Linux Mint 9, 10, atau 11. Jika anda menggunakan versi lama, anda boleh muat turun pakej deb Backup Tool di sini:

Versi 8 -> http://packages.linuxmint.com/pool/main/m/mintbackup/mintbackup_2.0.6_all.deb

Versi 7 ke bawah -> http://packages.linuxmint.com/pool/romeo/m/mintbackup/mintbackup_2.0.2-mint5-1_all.deb

1. Ok. Pertama sekali buka mintBackup melalui Menu -> Administration -> Backup Tool


2. Klik pada 'Backup Files' untuk membuat salinan sandaran kepada fail-fail anda. pastikan anda mempunyai saiz storan cakera keras luaran (External Hard Disk) yang mencukupi kerana disebabkan kita mahu format cakera keras pada komputer, salinan akan dibuat pada cakera keras luaran atau USB Pendrive.


1. Source : Direktori 'Home' anda
2. Destination : Cakera keras luaran anda (Sebaik-baiknya)
3. Description : Deskripsi fail salinan anda
4. Output: Sama ada anda mahu memilih fail salinan anda disimpan sebagai direktori atau arkib.
5. Overwrite: Anda boleh abaikan pilihan ini

Kemudian klik pada 'Forward'.

3. Anda boleh pilih mana-mana fail atau direktori untuk disingkirkan dari salinan. Setelah selesai, klik 'Forward'.


4. Berikut adalah contoh maklumat fail salinan sandaran anda. Klik pada 'Apply'.


5. Proses salinan sandaran sedang berjalan.


6. Buat salinan sandaran kepada perisian-perisian anda pula. Klik pada 'Backup software selection'. Pilih cakera keras luaran anda sebagai destinasi. Jangan pilih Home Directory seperti gambar di bawah.


7. Ok. Cun. Cakera keras luaran telah dipilih. Klik pada 'Forward' untuk meneruskan.


8. Di sini anda boleh pilih mana-mana perisian yang anda mahu dan tidak. Anda cuma perlu tandakan padanya dan klik pada 'Apply'.


9. Selesai. Anda boleh format dan pasang semula Linux Mint 12 pada komputer anda. Setelah selesai pemasangan, untuk mengembalikan semula kesemua fail-fail dan perisian-perisian itu tadi, anda cuma perlu lancarkan Backup Tool, dan pilih 'Restore files' atau 'Restore software selection'.

Diharapkan dengan sedikit panduan ini, anda akan lebih yakin untuk mencuba versi terbaru Linux Mint tersebut dan jika tidak keberatan, berikan pendapat anda mengenainya!

27 November 2011

Linux Mint 12 Lisa Dilepaskan! Dua Ciri Desktop Baru Diperkenal


Hurrey! Akhirnya Linux Mint 12 Lisa dilepaskan kepada para pengguna untuk dimuat turun! Penantian sekian lama akhirnya berbaloi juga. Linux Mint 12 membawakan pelbagai ciri-ciri baru untuk ditatapi dan digunakan seperti MATE dan Mint Gnome Shell Extension.



Mr.Hac menggalakkan anda untuk memasangnya secara 'clean installation'. Tetapi sebelum itu anda perlu tahu bahawa anda boleh membuat backup kepada semua fail atau perisian yang telah anda pasang pada komputer menggunakan Backup Tool. Sebuah tool yang sangat berguna untuk 'mengurangkan' kerja anda selepas pemasangan Linux Mint 12 Lisa.


Anda boleh memuat turun Linux Mint 12 Lisa di sini -> Download

Berikan pendapat anda mengenai Mint 12 ini selepas siap mencubanya. Mr.Hac sudah pun menggantikan Mint 11 dengan Mint 12 Lisa dan satu perkataan pendek sahaja yang mampu menggambarkannya iaitu, TERBAIK!

26 November 2011

The Best Keylogger For Linux


THC-vlogger

THC-vlogger, an advanced linux kernel based keylogger, enables the capability to log keystrokes of all administrator/user's sessions via console, serial and remote sessions (telnet, ssh), switching logging mode by using magic password, stealthily sending logged data to centralized remote server. Its smart mode can automatically detect password prompts to log only sensitive user and password information.

Download

LKL Linux Keylogger

LKL is a userspace keylogger that runs under Linux on the x86 arch. LKL sniffs and logs everything that passes through the hardware keyboard port (0x60). It translates keycodes to ASCII with a keymap file.

Download


logkeys

logkeys is a linux keylogger (GNU/Linux systems only). It is no more advanced than other available linux keyloggers, but is a bit more up to date, it doesn't unreliably repeat keys and it should never crash your X. All in all, it just seems to work. It relies on event interface of the Linux input subsystem. Once set, it logs all common character and function keys, while also being fully aware of Shift and AltGr key modifiers. It works with serial as well as USB keyboards.

Download

Mr.Hac: Saja je malas nak translate kepada BM. Heheh.. Apapun setakat ni yang terbaik boleh kata logkeys. Ada la lagi keylogger untuk Linux yang lain, tapi faham-faham la. Nak cari yang betul-betul stabil dan solid untuk Linux memang susah. Apatah lagi yang percuma macam kat atas ni. Tapi kebanyakannya memang percuma la. Jadi pandai-pandai la eksperimen ok. Mr.Hac dah bagi jalan dah tu. Tinggal lagi nak jalan kaki atau naik kereta, itu ikut kepada kemampuan dan kemahuan anda sendiri! Pai pai! Em koi sai haaa!

25 November 2011

Yet Another Annoying Notepad Tricks and Prank 'Virus'


1. Menggunakan Notepad sebagai diari anda

- Taipkan .LOG
- Simpan sebagai LOG.txt
- Tuliskan apa sahaja dalamnya dan ia akan disimpan dengan masa apabila anda menyuntingnya (edit) semula.

2. Matrix Notepad

@echo off
color 2
:start
echo %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random% %random%
goto start

Simpan sebagai Matrix.bat dan klik padanya.


3. Membuka DVD Drive

Set oWMP = CreateObject(“WMPlayer.OCX.7?)

Set colCDROMs = oWMP.cdromCollection

do

if colCDROMs.Count >= 1 then

For i = 0 to colCDROMs.Count – 1

colCDROMs.Item(i).Eject

Next

For i = 0 to colCDROMs.Count – 1

colCDROMs.Item(i).Eject

Next

End If

wscript.sleep 5000

loop

Salin kod di atas dan simpan sebagai 'namayangandasuka.vbs'.

4. Prank Hacked Virus

@ECHO off

:Begin

msg * Hell-O..

msg * Kenal aku?

msg * Oh.. Kenal?

msg * Baguslah begitu, ok?

msg * Sebab kau dah kena hack! LOL!

GOTO BEGIN

Salin kod diatas ke dalam notepad dan simpankannya sebagai 'namayangandasuka.bat'.

5. Infinite Notepad

@ECHO off

:top

START %SystemRoot%system32notepad.exe

GOTO top

Simpan sebagai 'namayangandasuka.bat'.

Hah. Cukup la tu ya? Nak lebih lagi Google lah sendiri ok! ^^

Malaysia : Hiburan vs Pembangunan Akhlak, Ilmu & IT


Semalam Mr.Hac menghadiri bengkel pengurusan fail dan ia dikendalikan oleh 'bos besar' Jabatan Arkib Negara. Macam-macam yang beliau cerita sampai terkedu dibuatnya. Beliau ceritakan pengalaman beliau semasa berada di luar negara (kursus rasanya, lupa dah) iaitu di UK, US, dan Korea.

Yang paling menarik ialah semasa di Korea. Ya. Biarpun K-Pop menguasai 'pentas', tetapi dalam masa yang sama pembangunan IT dilihat rancak dan hebat. Bayangkan, jika anda masuk ke dalam perpustakaan mereka, tiada buku yang boleh dicari. Yang ada hanyalah KOMPUTER. Di sana internet adalah laju seperti bullet train dan ia PERCUMA. Di mana-mana sahaja ada WiFi untuk digunakan, walaupun anda sedang duduk di perhentian bas sekalipun.

Kelajuan internet di sana adalah 1GBps. Sudahlah begitu, percuma pula. Teknologi di sana sudah jauh melangkau kemajuan pada era kita di sini. Pengurusan mereka lebih banyak menggunakan awan, daripada dokumen fizikal.


Kita di sini masih lagi bergantung harap kepada servis Unifi dari TM. Ya. Mr.Hac pernah menonton dokumentari semasa 'pembinaan' Unifi di Malaysia. Memang banyak rintangan yang harus dilalui. Syabas dan tabik spring kepada juruteranya, tak ingat nama tapi yang pastinya beliau adalah seorang wanita.

Mr.Hac yakin dan pasti, memang kita akan lambat lagi barulah dapat merasa kelajuan 1GBps di rumah sendiri. Dan memanglah hampir mustahil pula nak dapat internet kelajuan begitu dengan percuma pula! Mr.Hac faham jerih payah krew-krew Unifi. Sangat sukar untuk menjayakannya di Malaysia yang terkenal dengan kesesakan jalan raya. Tidak tidur malam perkara biasa. Tetapi sampai bila kita harus bersandar kepada 'jerih payah' ini untuk menentukan kadar harga servis internet yang mahal berbanding negara-negara maju lain?

Berikut adalah fakta 'kelakar' lagi 'remeh-temeh' yang tidak diambil berat oleh 'orang kita':

1. Tahukah anda MAJORITI dari kita tidak tahu menggunakan komputer seperti sepatutnya? Ramai antara kita yang hanya tahu membuka Microsoft Office, Internet Explorer dan sebagainya, tetapi sampai di situ sahajalah kemahiran kita.

2. Tahukah anda MAJORITI dari kita yang tidak tahu kewujudan PELAYAR WEB ALTERNATIF, seperti Firefox, Google Chrome, dan Opera? Apatah lagi yang bernama pelik seperti Luna Maya Lunascape!


3. Tahukah anda terlalu ramai yang tidak tahu apa itu Outlook Express? Kalau tidak tahu mengenainya, nak menggunakannya apatah lagi! Nampak remeh kan?

4. Masih ramai dari kita yang tidak tahu pun akan kewujudan sistem operasi alternatif selain Windows seperti Linux, Mac OS X dan lain-lain lagi!

5. Terlalu ramai yang hanya tahu muat turun perisian, memasangnya pada komputer, tetapi nak kekalkan prestasi komputer adalah jauh sekali. Desktop dibiarkan bersepah-sepah dengan pelbagai shortcut dan dokumen. Sedangkan sepatutnya Desktop dihias dengan kemas dan dokumen disusun dengan baik dalam folder khas seperti Videos, Music, Documents dan lain-lain.


Ini baru sikit. Kalau nak disebutkan semua mahu muntah nak baca! Jika dilihat dari perspektif lain, Malaysia dipenuhi dengan pelbagai rancangan hiburan, dari sekecil-kecil umur, sehinggalah kepada setua-tuanya. Untuk kanak-kanak kita ada IDOLA KECIL, untuk remaja kita ada VOKAL BUKAN SEKADAR BENTUK TUBUH RUPA, dan untuk yang 'veteran' pula kita ada KILAUAN EMAS. Lengkap! Tahniah kepada para pencinta hiburan semua!! Hiburan untuk penghuni alam barzakh takde ke? Tak cukup dengan rancangan realiti tv, artis dari Youtube pun nak cipta nama juga!


Mana perginya pencinta ilmu? Ada. Juga ramai. Tetapi pendedahan dalam media adalah seperti habis di celah gigi. Rasanya ada nampaknya tiada. Sampai bila rakyat Malaysia harus begini??

Mr.Hac pulang ke kampung halaman dan melihat senarionya masih sama. Ramai anak muda melayu yang terjebak dengan lumba haram, perempuan pula sibuk membonceng dibelakang. Buat 'projek' harampit di dalam rumah tanpa rasa takut, sibuk nak jadi samseng dengan merekrut seramai mungkin ke dalam kumpulan 'kongsi' dan banyak lagi yang kita nampak tetapi tak mampu nak buat apa-apa!

Bukan salah siapa, tetapi yang menjadi soalnya, dalam hal pembangunan ilmu serta syakhsiah diri dan akhlak, kita berada pada tahap di mana?? Pembangunan IT? Hanya yang mampu sahajakah yang layak untuk belajar? Yang tak mampu pula bagaimana?

Sebab itu Mr.Hac kekalkan konsep blog ini kepada 'simple'. Kerana yang Mr.Hac perasan apabila Mr.Hac bawakan tajuk yang agak 'berat' sedikit, sambutannya sangat hambar! Ia dapat dilihat dari segi jumlah komen dan page views!

Macam tu ada hati ke nak suruh Mr.Hac tulis artikel atau tutorial yang 'berat'? Ntah lah!

Mr.Hac: So you think you can dance hack?

Kepentingan Driver (Pemacu) Kepada Komputer


Salam semua. Hari ni update entri agak lambat sedikit kerana Mr.Hac menghadiri bengkel. Selepas dari bengkel itu baru Mr.Hac sedar, betapa mundurnya kita dalam bidang pembangunan dan kemajuan IT. Ok, itu nanti kemudian baru Mr.Hac akan ceritakan.

Mr.Hac nak bawakan sedikit 'kisah' Mr.Hac bersama dengan Admin Penasihat MHAH, juaratempur (JT) yang membaiki (format) laptop atlit lumba basikal trek kebangsaan, Fauzan Ahmad Lutfi.


Beliau membawa laptopnya (Jenama Toshiba, tapi dah lupa modelnya) kepada kami untuk diformat, daripada Windows 7 (sedia ada dalam tu) kepada Windows XP, siap bawa DVD Windows XP asli lagi! Lepas berbincang, beliau setuju untuk memasang semula (re-install) Windows 7 yang ada pada kami. Namun, bila diminta CD driver, beliau katakan ianya tiada dalam simpanan. Bukan apa. Beliau beli laptop 2nd hand dari kawan, tetapi dalam kondisi yang kurang memuaskan, kerana pemacunya tidak cukup! Dah begitu, Windows pula macam-macam masalah katanya. Adeh..

Tak mengapalah. Kemudian selepas proses format selesai (lebih kurang 15 minit sahaja) yang kami lakukan di restoran mamak, masalah sebenar baru bermula. Seperti biasa bro JT akan memeriksa terlebih dahulu jika ada kekurangan pemacu dan seperti yang dijangka, memang ada. Puas kami berfikir caranya, sampai sejam jugalah!

Mr.Hac yang buntu dengan keadaan itu keluar dengan satu idea, iaitu kenapa tidak kita menggunakan OS Linux melalui Live USB untuk memuat turun pemacu kerana kita semua sedia maklum biasanya kesemua pemacu sudah tersedia dalam kernel Linux. Ok. Idea sudah datang, kami pun godeklah laptop.

OS pertama yang kami cuba ialah Slax. Malangnya, Slax gagal mengesan WiFi (Unifi) di restoran mamak itu. Kemudian, Mr.Hac hulurkan pula OS-OS dari USB pendrive Mr.Hac sendiri yang di pasang menggunakan Multisystem. OS kedua yang di boot ialah Linux Mint. Cantik! WiFi berjaya dihubungkan. Namun disebabkan trafik tinggi yang dikongsi secara beramai-ramai oleh para pengguna yang duduk di restoran dan di apartment bersebelahan dengannya, proses muat turun gagal dilakukan. Disebabkan kami sangka ada masalah dengan Linux Mint, kami boot pula OS lain dari pendrive itu. Sehinggalah kami menemui jalan buntu, barulah Mr.Hac dapat agak, ini berpunca dari sambungan internet yang perlahan.

Akhirnya setelah restoran mamak itu 'melabuhkan tirainya' (Haha, bukan restoran 24 jam tu!), kami mengambil keputusan untuk melakukannya di rumah. Aduh..

Cukup setakat itu ceritanya di sini. Tetapi apa yang ingin Mr.Hac tekankan ialah peri penting pemacu kepada komputer yang kita gunakan seharian. Tanpa pemacu,tampilan jadi tidak kena, bunyi tiada, sambungan internet tidak dapat dilakukan dan macam-macam masalah lagi!

Oleh itu, jika anda mahu format komputer anda, carilah terlebih dahulu CD pemacu yang dibekalkan oleh pengilangnya. Jika tiada, muat turunlah dahulu di mana-mana dan simpankannya dalam pendrive. Anda pasti memerlukannya satu hari nanti!

23 November 2011

Anonymous - Operation Blackout!




EMERGENCY ACTION AUTHORIZED. ORGANIZATION OF LOCAL PROTESTS IS NEEDED. CONVERGE AT FREEWAYS AND HIGHWAYS. LIBRARIES, MALLS, GOVERNMENT BUILDINGS, SCHOOLS...ALL ARE ACCEPTABLE AREAS! STARTING TODAY!

This is the most important operation in the history of Anonymous. No operation will be executed until we make sure this operation is successful. Any videos uploaded will be updates on this operation.

SPREAD THIS FLYER! http://www.scribd.com/doc/73211990/Operation-Blackout

JOIN THE ATTACK
Type in your browser: webchat.anonops.com
copypaste: /join #opblackout

TRANSCRIPT

Citizens of the United States, We are Anonymous.

This is an urgent emergency alert to all people of the United States. The day we've all been waiting for has unfortunately arrived. The United States is censoring the internet. Our blatant response is that we will not sit while our rights are taken away by the government we trusted them to preserve. This is not a call to arms, but a call to recognition and action!

The United States government has mastered this corrupt way of giving us a false sense of freedom. We think we are free and can do what we want, but in reality we are very limited and restricted as to what we can do, how we can think, and even how our education is obtained. We have been so distracted by this mirage of freedom, that we have just become what we were trying to escape from.

For too long, we have been idle as our brothers and sisters were arrested. During this time, the government has been scheming, plotting ways to increase censorship through means of I S P block aides, D N S blockings, search engine censorship, website censorship, and a variety of other methods that directly oppose the values and ideas of both Anonymous as well as the founding fathers of this country, who believed in free speech and press!


The United States has often been used as an example of the ideal free country. When the one nation that is known for its freedom and rights start to abuse its own people, this is when you must fight back, because others are soon to follow. Do not think that just because you are not a United States citizen, that this does not apply to you. You cannot wait for your country to decide to do the same. You must stop it before it grows, before it becomes acceptable. You must destroy its foundation before it becomes too powerful.

Has the U.S. government not learned from the past? Has it not seen the 2011 revolutions? Has it not seen that we oppose this wherever we find it and that we will continue to oppose it? Obviously the United States Government thinks they are exempt. This is not only an Anonymous collective call to action. What will a Distributed Denial of Service attack do? What's a website de face ment against the corrupted powers of the government? No. This is a call for a worldwide internet and physical protest against the powers that be. Spread this message everywhere. We will not stand for this! Tell your parents, your neighbors, your fellow workers, your school teachers, and anyone else you come in contact with. This affects anyone that desires the freedom to browse anonymously, speak freely without fear of retribution, or protest without fear of arrest.

Go to every I R C network, every social network, every online community, and tell them of the atrocity that is about to be committed. If protest is not enough, the United States government shall see that we are truly legion and we shall come together as one force opposing this attempt to censor the internet once again, and in the process discourage any other government from continuing or trying.

We are Anonymous.
We are Legion.
We do not forgive censorship.
We do not forget the denial of our free rights as human beings.
To the United States government, you should've expected us.

PHASE I: Operation Blackout...Until April.

PHASE II: Operation V....April-Late June

PHASE III: Operation Revolt 2.0....JULY

Joli OS 1.2 : Lebih Maju Dari Chrome OS


Ok. Sebelum buat apa-apa konklusi, Mr.Hac nak beritahu ini adalah pendapat peribadi sahaja. Sebelum ini Mr.Hac pernah mencuba Chromium OS Vanilla yang menggunakan hampir 100% kod sumber Chrome OS. Boleh dikatakan bagus, namun masih belum menyeluruh.

Terbaru, Mr.Hac mencuba Joli OS 1.2! Keputusannya memang menarik dan menyeronokkan! Menggunakan teknologi Joli Cloud (Beta) terkini yang mana anda perlu mendaftar terlebih dahulu, Joli OS memang sangat memuaskan hati. Kebanyakan dari kita apabila menyebut sistem operasi dengan teknologi pengkomputeran awan, ramai yang takut untuk mencuba apatah lagi menggunakannya. Namun bagi Mr.Hac Joli OS tidak begitu, kerana jika anda mahu menggunakan aplikasi-aplikasi, perisian-perisian, ia masih lagi dapat digunakan, contohnya pelayar web Firefox, Transmission (Bit Torrent Client) dan pemain muzik Banshee!

Ok. Cukup dengan intro. Jom tengok sikit paparan skrin yang Mr.Hac dah ambil:




Direktori-direktori fail anda disimpan, sama seperti OS-OS Linux yang lain:


Aplikasi-aplikasi dan perisian yang tersimpan di awan (paparan skrin dari blog Joli OS):


Anda boleh memuat turun Joli OS di sini -> Joli OS 1.2

Oh.. Lupa hendak beritahu. Joli OS menggunakan pelayar web Chromium sebagai pelayar web lalai (default)! Hahah! (Chromium akan dibuka dalam Incognito Window setiap kali tetingkap baru dibuka)

Jika Chrome OS ada Chromebook, Mac OS X ada Macbook, jangan tak tahu yang Joli OS juga ada Jolibook!



Gempak seh! Selain itu, anda tidak perlu memasang apa-apa plugin untuk menggunakan OpenVPN. Semuanya sudah tersedia. Anda tinggal muat turun fail konfigurasi dan lengkapkan tetapan sahaja.

22 November 2011

Panduan Memilih dan Membeli Keylogger


Sepertimana yang kita ketahui, keylogger ialah sejenis perisian/perkakasan yang digunakan untuk memantau aktiviti komputer lain dari jauh (Remote). Terdapat juga sesetengah keylogger yang hanya boleh dipasang untuk memantau komputer sendiri sahaja. Oleh itu, sebelum anda membeli mana-mana keylogger, berikut merupakan sedikit panduan kepada anda. Anda perlu ingat terdapat 5 perkara yang anda perlu tetiti iaitu:

1. Integriti syarikat pengedar dan keylogger itu sendiri
2. Sistem sokongan selepas pembelian (e-mel, chat)
3. Fungsi-fungsi dan penggunaan (Remote spying, stealth mode, Webcam capture)
4. Prestasi dan keserasian dengan sistem operasi
5. Harga (Mestilah kena tengok harga kan!)

Keylogger dari jenis perkakas


Keylogger dari jenis perisian


Seperti yang telah disebutkan, 5 perkara utama tadi perlulah anda titik beratkan sebelum memilih apatah lagi membeli keylogger. Memang terdapat pelbagai Home/Free/Public keylogger yang tersedia untuk anda muat turun di dalam banyak blog-blog. Namun anda perlu tahu, INTEGRITI adalah penting. Jika anda mahu menggunakan sesuatu yang murah apatah lagi percuma, adalah disarankan anda kaji terlebih dahulu akan perisian tersebut. Dikhuatiri anda pula yang menjadi mangsa pencipta keylogger percuma itu.

Selain itu, sila ambil berat mengenai sistem sokongan selepas pembelian. Jika ada sudah membeli tetapi apabila anda mengalami waktu-waktu yang sukar tetapi tidak mendapat sokongan (support) dari pembuat/pembekal, mungkin anda telah terbeli keylogger yang salah. Kerana itu dari awal lagi disebut mengenai integriti.

Kemudian lihat pula pada fungsinya. Jika ia hanya mampu merekodkan apa yang ditaip pada papan kekunci (keystroke), maka peluang untuk anda gagal adalah sangat cerah. Ini kerana keylogger dari jenis perisian bukan hanya sekadar merekodkan keystroke tetapi sepatutnya lebih dari itu seperti Stealth Mode (Invisible Mode/Fully Undetectable), merekodkan penggunaan webcam, desktop capture dan lain-lain.

Ok. Seterusnya kita pergi pula kepada prestasi, keserasian dengan sistem operasi dan juga harga. Anda perlu mengkaji dahulu akan prestasinya (lihat pada blog atau forum-forum) dan juga keserasian (compatibility) dengan sistem operasi yang anda gunakan. Jangan pula anda teruja membeli sehingga mengabaikan perkara ini, takut-takut anda terbeli untuk Mac OS X atau Linux. Harga pula perlu berpatutan dengan fungsi-fungsinya. Jika fungsinya tidak melebihi 3 hingga 5, harganya pula patut tidak lebih dari 50 USD.

Baiklah. Cukup setakat ini dahulu. Jika ada apa-apa penambahan, Mr.Hac akan kemaskini entri ini dari semasa ke semasa.

Membuat Latar Belakang Animasi Pada Ubuntu/Linux Mint


Berminat menjadikan video sebagai kertas dinding (wallpaper) pada desktop anda? Kini anda boleh melakukannya dengan mudah menggunakan skrip dari noobsonubuntu (Kredit kepada beliau). Skrip ini boleh digunakan untuk sistem operasi Ubuntu 11.04/11.10, Linux Mint 11, Pinguy OS 11.04/11.10 dan Zorin OS 5.

Muat turun skrip pada pautan di bawah:

http://www.datafilehost.com/download-a7044d45.html (32bit)

http://www.datafilehost.com/download-329b595a.html (64bit)

1. Sebaik sahaja ia siap dimuat turun, sila klik kanan pada fail skrip tersebut dan berikan kebenaran padanya untuk menjalankan fungsinya sebagai program:


2. Kemudian klik dua kali pada skrip dan pilih 'Run in Terminal':



3. Setelah selesai pemasangan, klik kanan pada mana-mana ruang desktop dan pilih video-wallpaper-script:


4. Klik pada 'Yes' dan pilih sahaja mana-mana fail video yang anda ingini:


5. Fail video yang sesuai untuk digunakan sebagai wallpaper ada di Dreamscene.

Mr.Hac: Tolong jangan terpedaya dengan tetingkap pada paparan skrin yang telah Mr.Hac tunjukkan. Ia memang dalam bahasa melayu tetapi atas sebab telah diubah oleh Mr.Hac sendiri. Skrip asalnya tidak begitu. Hehe! Kalau nak tengok contoh pula boleh cari dalam Youtube dengan kata kunci 'Animated Wallpaper on Ubuntu'.

Skrip ini menggunakan A-Desk untuk menjalankan video sebagai wallpaper. Sebagai alternatif anda boleh cuba gunakan anibg.

Reka Bentuk Baru Youtube


Laman perkongsian video paling terkenal di Malaysia iaitu Youtube kini sekali lagi memperbaharui reka bentuknya dan ia semakin cantik! Sila klik kanan pada gambar dan pilih 'Open Link in New Tab' untuk melihatnya dengan lebih jelas.



Dengan reka bentuk baru ini, ia tampak lebih kemas, teratur, dan 'menyenangkan' mata yang memandang. Bentuk kekotak video juga diperbaharui dan nampak lebih elegan lagi bergaya. Youtube telah melangkah maju setapak lagi ke hadapan berbanding laman-laman lain yang bergenre serupa dengannya seperti Vimeo, Daily Motion dan lain-lain lagi.

Mr.Hac berharap kita akan dapat menikmati lebih lagi kemudahan dan teknologi baru yang akan diperkenalkan oleh Youtube. Apapun cubalah lihat sendiri akan perubahannya.

21 November 2011

Lost®Door - Remote Administration Tool


Ok.. Salam semua.. Pada entri sebelum ini, penulis jemputan baru MHAH iaitu kudauXzone @ kudau telah menceritakan kepada anda mengenai ProRAT, iaitu sejenis Remote Administration Tool yang sangat popular digunakan untuk memantau PC sesiapa sahaja dari jarak jauh.

Dahulu, ada juga Mr.Hac ceritakan serba sedikit mengenai iStealer, sejenis tool seperti keylogger canggih yang akan memusnahkan dirinya sendiri (self-destruct) selepas menjalankan tugasnya. Tetapi pernahkan anda mendengar atau menggunakan program Lost®Door, sejenis Remote Administration Tool (RAT) yang dicipta khas untuk memantau PC dengan sistem operasi Windows?


Dengan menggunakan LostDoor, pelbagai perkara yang dapat kita lakukan kepada komputer yang kita kawal. Antaranya ialah memuat naik, memadam, mengubahsuai data, mengubah registry dan melancarkan virus. NAMUN, anda perlu tahu bahawa RAT ini dicipta untuk tujuan yang sesuai dengan lunas undang-undang seperti memantau komputer anak, memantau komputer pekerja dan sebagainya. TETAPI jika anda menggunakannya untuk mencuri kata laluan, nombor kad kredit, dan lain-lain hal yang melanggar undang-undang dan hak peribadi orang lain, itu bukanlah salah ibu mengandung perisian ini tetapi itu adalah salah anda sendiri!

Jika diperhatikan dari laman web rasminya, kedudukan menu sangat kemas, tersusun dengan cantik, latar belakang juga cantik, tambahan pula ada lagu rancak yang menghiburkan! LostDoor didatangkan dengan dua versi/edisi iaitu percuma dan peribadi (private). Versi percuma kebiasaannya telah dilabelkan sebagai virus oleh kebanyakan vendor antivirus terkenal, dan untuk versi peribadi pula ia hanya untuk anda dan jika ia dikesan sebagai virus/malware, kemaskini akan menyusul untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Anda boleh memuat turun versi percuma atau membeli versi peribadi di laman web rasmi LostDoor
di sini -> Lost®Door - Remote Administration Tool

Linux Gaming Series : Open Arena


Ada sesiapa yang berminat dengan permainan berkonsepkan First-Person Shooter? Ok. Kali ini Mr.Hac memperkenalkan kepada anda semua permainan FPS yang menyeronokkan dan mengasyikkan iaitu Open Arena.


Open Arena ialah permainan sumber terbuka dari pakej Quake III Arena, permainan cross platform yang PERCUMA untuk semua, namun anda tidak perlukan Quake III Arena untuk memainkan permainan ini! Apapun Mr.Hac ingin memfokuskan kepada para pengguna Linux kerana ia telah tersedia untuk dipasangkan. Meskipun Mr.Hac bukan kaki gaming, tetapi setelah memasangnya pada komputer, terasa tidak mahu berganjak pula dari kerusi, walaupun setiap kali bermain dengan mudah dikalahkan musuh! Hahah! Malu betul!

Bagi pengguna platform yang lain seperti Windows dan Mac OS, anda boleh muat turun Open Arena di sini -> Open Arena Download Page

Untuk para pengguna Ubuntu, Pinguy OS dan Zorin pula boleh memasangnya melalui Ubuntu Software Center manakala untuk Linux Mint pula melalui Software Manager.

Berikut adalah video Open Arena dari Youtube:



Amacam? Menarik kan? Jangan risau. Akan ada lagi ulasan permainan untuk Linux akan datang. ^^

PRO RAT (Remote Administration Tool)


Hello dan salam perkenalan dari saya(KudauXzone).com ...
saya amat berterima kasih kepada Admin kerana di beri peluang untuk menulis dan berkongsi pengetahuaan yg saya rasa patut kita pelajari bersama.....

Ok guys...Di sini saya ingin memperkenalkan satu software yang agak cukup terkenal dan cukup hebat bagi yang pernah mencubanya...PRO RAT adalah software RAT (Remote Administration Tool)...Pro RAT RAT (Pentadbiran Alat jauh) yang digunakan sebagai perisian akses pc Jauh.

Hari ini dalam artikel ini saya akan memberitahu anda tentang Pemasangan dan Penggunaan RAT PRO.
Pertama memuat turun PRO RAT DI SINI
Password Default: pro

Ekstrak fail ke desktop anda dengan letakkan ke dalam satu folder. Buka ProRat.exe. Klik butang CREATE kemudian buat pelayan Prorat. Pergi ke (no-ip.com) dan buka satu akaun.
Kemudian, dalam Pro connective notification , masukkan alamat IP (DNS), pautan yang diberikan oleh (no-ip.com) dan membiarkan ruangan yang lain tidak diusik...


Buat satu server dan hantar kepada victim utk diinstall di computer.
Kamu juga boleh BIND server dengan software lain atau tukar icon untuk mengelirukan victim..
Jika Mangsa memasang Trojan anda di Komputer, maka kerja anda 50% siap dilakukan.

Sekarang anda perlu untuk mencari IP Mangsa, anda boleh Cari IP dengan Tools Gathering Maklumat, Dengan mengesan IP mengunakan(other software) Penjejak Laman Web, melalui E-mel atau Google.

Apabila anda tahu IP Komputer Mangsa, Buka Prorat pada komputer anda dan masukkan alamat IP komputer mangsa dalam medan teks bersebelahan dengan IP.

Nombor Port kekal Sama.
Nombor Port: 5110.

Tekan butang Connect anda dan cuba untuk mewujudkan hubungan antara penyerang & Mangsa. Jika Sambungan Ditubuhkan Masukkan Password: 123456.
Sekarang anda boleh gunakan PRORAT untuk menggodam komputer dari jauh dan menggunakan semua pilihan untuk HACK Sistem Mangsa...Enjoy..

Tip Keselamatan: Untuk mengelakkan PRO RAT dikesan oleh antivirus, anda boleh menggunakan perisian Crypter dan juga Binder.

20 November 2011

PROTECT IP Act Breaks The Internet


Please stop this bill that's so crazy that it could shut down Twitter and Youtube!