Cara Install Tuxcut Pada Ubuntu

Tuxcut dan Next-butt Netcut secara zahirnya lebih kurang sama. Sila cari artikel mengenai Netcut dalam blog ini (gunakan kotak carian ya). Memang sebelum ni Mr.Hac nak buat artikel mengenai Tuxcut, kerana apabila lihat kata kunci yang sampai pada blog sebelum ini ialah 'cara install tuxcut pada ubuntu 11.10'. Ahhh.. Aneh sekali! Ntah bila Mr.Hac tulis artikel tu!

Tapi tak mengapa. Memandangkan bro Najashark sudah buat terlebih dahulu artikelnya di sini -> Tuxcut, Alternatif kepada Netcut untuk Linux, jadi Mr.Hac ambil sajalah ya. Benda dah ada kan! Credit goes to him.


Menurut Naja, perisian ini digunakan untuk memantau klien-klien “haram” yang berada dalam rangkaian dan memutuskan sambungan mereka dengan serta-merta. Ya. Lebih kurang sama dengan Netcut. Cuma kelebihan Tuxcut ialah ia mempunyai sistem pertahanan sendiri dari serangan ARP Poisoning berbanding Netcut yang perlukan perisian 'Anti-Netcut'.


Mari kita lihat serba sedikit cara pemasangannya:

1. Muat turun fail Tuxcut, Alternatif kepada Netcut untuk Linux
Untuk Ubuntu, anda muat turun fail dengan extension .deb.

2. Buka Terminal, pasangkan arp-scan

sudo apt-get install arp-scan

3. Pasangkan dsniff

sudo apt-get install dsniff

4. Pasangkan arp-tables

sudo apt-get install arptables

5. Pasangkan Tuxcut

sudo dpkg -i fail .deb anda

Contoh:

sudo dpkg -i TuxCut-3.2_all.deb

kalau ada masalah library error, guna baris perintah ini:

sudo apt-get install -f

And then you're done.

Powered by Blogger.