Cara Membuat Multiboot Pendrive (Linux/Windows)

Bagi mereka yang telah membeli atau mempunyai USB pendrive dengan storan bersaiz besar iaitu 8GB dan ke atas, anda boleh membuat multiboot pendrive yang boleh memuatkan pelbagai OS/Distro seperti Windows 7, Ubuntu, BackTrack 5, Wifiway, openSUSE dan lain-lain lagi dengan mudah sekali. Anda cuma perlu memuat turun tools dari Pendrive Linux untuk Windows iaitu YUMI - Your Universal Multiboot Installer, dan untuk Linux pula MultiSystem.

Proses merakamkan imej ISO (ISO image burning) sangat mudah dan pantas. Anda cuma perlu pilih huruf yang mewakili pendrive anda, pilih imej ISO yang dikehendaki, format pendrive anda (pilihan) dan klik pada 'Create'. Semudah ABC.


Beginilah rupa paparan antaramuka ketika anda mahu membuat pilihan ketika boot.


Bagi pengguna Linux, MultiSystem ialah tool yang sangat hebat. Ia menyokong hampir kesemua distro (kecuali OshiriX2011. Damn!). Anda perlu muat turun fail skripnya, kemudian ekstrak. Klik padanya dan pilih 'Run in Terminal'. Teruskan proses pemasangan sehingga selesai.


Setelah selesai prose pemasangan itu, masukkan USB pendrive anda ke mana-mana USB port, dan jalankan perisian Multiboot melalui Applications > Accessories > MultiBoot atau bagi pengguna Ubuntu dengan Unity, klik pada Dash, dan taip 'multi' lalu pilih MultiSystem dari hasil carian yang terpapar.

Dari sini, pilih USB pendrive anda dan klik 'Validate'.


Kemudian anda boleh seret dan lepas (drag and drop) ISO pilihan anda atau klik pada butang berwarna hijau dengan anak panah ke bawah itu dan cari ISO di direktori anda simpankannya.


Selesai. Sekarang anda boleh reboot, set-kan BIOS untuk boot dari USB, reboot sekali lagi dan pilihlah mana-mana distro yang anda sukai.

Muat turun YUMI -> YUMI

Muat turun MultiSystem -> MultiSystem
Powered by Blogger.