CD/DVD Burning Terbaik


Salam...

NERO… siapa yang tak kenal? Kecualilah anda berfikir Windows adalah tingkap rumah orang kaya. Sah… anda tuli + buta IT! Nero dan Windows sudah terlalu sinonim berabad dalam satu komputer. Nero umpama 'mitos' dan sifat manusia selalunya angguk pada mitos. Yang di namakan mitos kononnya itulah terbaik dan terhebat. Padahal anda cuma di liurkan tentang kehebatannya sehingga membaculkan akal untuk mentafsir unsur luar minda. Ya... Tidak di nafikan Nero adalah pembakar CD/DVD (burning) terbaik tapi itu cumalah tarbiyah paling munasabah di zaman Pak Kadok dulu.

Hari ini sudah terlalu banyak alternatif pembakar cd/dvd yang di lahirkan oleh bijak pandai antarabangsa. Satu antaranya yang kita gunapakai dari dulu sampai sekarang adalah 7Burn. Kalau setakat membakar (burning) cd/ dvd rasanya 7Burn sudah di kira dalam kelas paling hebat. Tanpa risau dengan plugins yang berserabut, bersama gerak kerja cekap, paparan muka yang ramah, kelajuan masuk akal… apa lagi ada pada Nero yang hendak anda ego kan!

Nero lite yang di anggap paling ringan pun bersaiz 32.4MB sedangkan 7Burn versi pemasangan cuma 4.15MB sahaja. Itu belum lagi diambil kira pasca pemasangan pastinya Nero yang berserabai dengan plugins sana-sini... adoi! semakin menyendatlah jawabnya encik abang oii! Selain menjimatkan kapasiti ruang cakera keras, 7Burn juga di yakini amat ringan dan santai seumpama pinang dibelah dua dengan ram bawah 1Gb. Kalau anda sekadar pengguna IT biasa, rasanya 7Burn sudah cukup sempurna untuk memenuhi tututan tatakerja. Lainlah kiranya anda lagak komposer yang banyak kuit-kiut editing... sememangnya 7Burn tiada fungsi tersebut.


7Burn di datangkan secara percuma dalam versi pemasangan (installer) dan mudahalih (portable). Ianya juga menyokong : CD-R, CD-RW, DVD ROM, DVD-RDVD-RAM, DVD+R, DVD+RW, DVD+R Dual Layer, DVD-RW, DVD-RW Sequential, DVD-R DL Sequential, DVD-R Dual Layer, DVD+RW DL, HD DVD-ROM, HD DVD-R, HD DVD-RAM, Blu-ray DVD (BD-ROM), Blu-ray media Sequential, Blu-ray media, Blu-ray Rewritable media. Ah… ha! Tampak sempunakan? Dan jangan lupa terlebih dahulu anda MESTI pasang NET Framework 3.5 atau keatas. Biasanya Windows 7 memang sudah tersedia di dalam kemaskininya. Dan untuk pengguna Windows XP tidak di abaikan. Anda boleh memacu CDBurner XP sebagai jagoan...

Jom… kita ambil alih zaman! Kenapa nak peluk gunung kalau dah tahu tangan tu pendek. Ukur baju di badan pc dulu sebelum nak tegak benang basah barulah pc anda terawat dari simptom hang, semput, demam panas dan batuk-batuk. Anda berhak mendapatkan yang terbaik dengan syarat gunakanlah akal dengan baik-baik…

Sekian.

7Burn (untuk Windows 7)
CDBurner XP (untuk Windows XP)
Powered by Blogger.