Chromium OS Vanilla : A Taste To Be Enjoyed

Vanilla.. Ya.. Ia adalah rasa yang sangat enak jika digandingkan bersama kek atau aiskrim. Tapi bukan vanilla versi itu yang ingin Mr.Hac kenalkan kepada anda kerana itu sudah cukup anda kenali. Sebaliknya apa yang Mr.Hac maksudkan ialah Chromium OS Vanilla, sebuah sistem operasi berkonsepkan pengkomputeran awan. Terdapat pelbagai versi Chrome OS di luar sana dan versi yang ingin diperkenalkan kepada anda ialah dari Hexxeh.

Sebenarnya tiada imej ISO dari Google yang sedia untuk dimuat turun oleh semua orang. Ia tersedia secara lalai dalam Chromebook. Namun jika kita bukanlah orang yang mampu untuk membeli Chromebook, terdapat versi sumber terbuka yang dibangunkan oleh Hexxeh iaitu Chromium OS Vanilla.

Baik pihak Google mahupun Chromium Team kedua-duanya tidak menyediakan fail ISO untuk digunakan oleh para pembangun atau pengguna akhir. Mungkin bertujuan untuk meramaikan lagi orang yang mahu membeli Chromebook. Mungkin..


Secara asasnya Chrome OS adalah sistem operasi yang apabila anda membukanya untuk digunakan, ia hanyalah berbentuk pelayar web Google Chrome. Ini berdasarkan kepada pendapat Google bahawa anda masih lagi akan menunggu beberapa lama, memberi masa kepada komputer untuk boot. Namun apabila anda sudah sampai kepada usable desktop, apa yang anda lakukan hanyalah membuka pelayar web dan melayari laman-laman kegemaran anda untuk melakukan apa yang anda suka sepeti menyunting gambar, mendengar lagu dan menonton video.

Berdasarkan kepada idea itulah terciptanya Chrome OS, masa untuk boot juga dapat dikurangkan. 100% berasaskan pengkomputeran awan, pelayar web, dan tak lebih dari itu. Namun Chrome OS hanya tersedia dalam Chromebook dan kerana itulah terhasil pula Chromium OS Vanilla. Jika anda mahu mengetahui apa perkara baharu yang ditampilkan dalam Chrome OS, dan ingin mencubanya, maka muat turunlah Chromium OS. Setakat ini ia sudah dimuat turun lebih dari 790,000 jumlahnya dan ini bererti pemuat turunnya menghampiri angka 1 juta!

Mr.Hac sudah mencuba dan jika anda mahu bertanyakan pendapat Mr.Hac mengenainya, apa yang boleh Mr.Hac katakan ialah ia adalah satu idea yang bagus, namun tidaklah bagus secara menyeluruh. Masih terlalu ramai lagi kalangan kita yang tidak tahu apa itu pengkomputer awan, dan masih ramai lagi yang mahu muat turun data atau fail lalu menyimpannya dalam cakera keras. Jika anda perkenal dan menyuruh mereka menyimpannya dalam 'awan', mungkin anda perlukan masa sehingga seminggu hingga setahun untuk memberi kefahaman kepada mereka.

Muat turun Chromium OS Vanilla di sini -> Chromium OS Vanilla Builds by Hexxeh

Jika ditanyakan kepada Mr.Hac, apakah Mr.Hac akan menggunakannya lagi, jawapannya ialah, Mr.Hac lebih suka gunakan BrowserLinux 501. Meskipun versi pelayar yang digunakan agak ketinggalan di belakang, namun ia menawarkan fungsi yang serupa dengan Chrome atau Chromium OS. Buka sahaja komputer, terus terpapar pelayar web (Firefox). Apa-apapun, cubalah sendiri ya!

Chromium OS Vanilla didatangkan dalam 3 format iaitu VWware, Virtualbox dan imej USB (IMG). Untuk cara-cara merakamkan (burn) imej IMG ke dalam pendrive, anda boleh baca tutorialnya
di sini -> Cara Merakamkan Imej IMG Ke Dalam Pendrive
Powered by Blogger.