Jom Berlagak Seperti Hacker atau Programmer

Dalam dunia ini anda kena akui, tak semua bos atau pegawai itu betul-betul 'pandai'! Hehe! Kadang-kadang bila sedang tidak sibuk, anda teringin juga nak 'berlakon' atau buat-buat sibuk kan? Ahaaa.. Itu memang boleh dilakukan dan tampilannya iras seperti anda seorang penggodam beretika yang kachak sedang melakukan tugas penting.

Lihat paparan skrin di bawah. Cool..

Anda cuma perlu klik pada 'Hack' untuk memulakan 'tugas' anda dan kemudian taiplah apa saja di keyboard komputer anda itu. Ia akan memaparkan seolah-olah anda sedang menulis bahasa pengaturcaraan untuk sesuatu tugas yang hebat. (Ha.. ha..)



Pedulikan apa orang nak kata. Lain kali kalau anda ada rezeki, maka belajarlah bahasa pengaturcaraan yang sebenar. Ini setakat nak main-main atau suka-suka kenakan kawan, boleh lah!

Pergi sini -> HackerTyper

Powered by Blogger.