Lexa Download Manager

Lexa Download Manager untuk Linux ini dibangunkan oleh inashdeen dari Malaysia (Hebat!). Aplikasi ini menggunakan axel (keterbalikkan dari perkataan Lexa) sebagai enjin asasnya dan menggunakan pengaturcaraan BUC. Pembangun telah mengeluarkan versi 2.0 beta yang memaparkan fungsi lebih banyak dari versi yang sebelumnya.

Pemasangan Lexa amat mudah. Anda cuma perlu muat turun fail pemasangnya di sini -> Lexa DM

Ekstrak fail zip yang telah dimuat turun, buka folder lexa-download-manager-beta-2.0
dan cari fail 'lexa'. Klik kanan padanya, pilih Properties -> Permissions dan tandakan pada 'Allow executing file as program'.


Paparan skrin ketika proses penggunaan:





Secara peribadi Mr.Hac lebih sukakan DownThemAll kerana ia lebih menyerupai IDM. Namun anda boleh mencubanya sendiri dan rasakan perbezaannya.

SUMBER : NAJASHARK

Powered by Blogger.