Linux Gaming Series : Open Arena

Ada sesiapa yang berminat dengan permainan berkonsepkan First-Person Shooter? Ok. Kali ini Mr.Hac memperkenalkan kepada anda semua permainan FPS yang menyeronokkan dan mengasyikkan iaitu Open Arena.


Open Arena ialah permainan sumber terbuka dari pakej Quake III Arena, permainan cross platform yang PERCUMA untuk semua, namun anda tidak perlukan Quake III Arena untuk memainkan permainan ini! Apapun Mr.Hac ingin memfokuskan kepada para pengguna Linux kerana ia telah tersedia untuk dipasangkan. Meskipun Mr.Hac bukan kaki gaming, tetapi setelah memasangnya pada komputer, terasa tidak mahu berganjak pula dari kerusi, walaupun setiap kali bermain dengan mudah dikalahkan musuh! Hahah! Malu betul!

Bagi pengguna platform yang lain seperti Windows dan Mac OS, anda boleh muat turun Open Arena di sini -> Open Arena Download Page

Untuk para pengguna Ubuntu, Pinguy OS dan Zorin pula boleh memasangnya melalui Ubuntu Software Center manakala untuk Linux Mint pula melalui Software Manager.

Berikut adalah video Open Arena dari Youtube:



Amacam? Menarik kan? Jangan risau. Akan ada lagi ulasan permainan untuk Linux akan datang. ^^
Powered by Blogger.