Lost®Door - Remote Administration Tool

Ok.. Salam semua.. Pada entri sebelum ini, penulis jemputan baru MHAH iaitu kudauXzone @ kudau telah menceritakan kepada anda mengenai ProRAT, iaitu sejenis Remote Administration Tool yang sangat popular digunakan untuk memantau PC sesiapa sahaja dari jarak jauh.

Dahulu, ada juga Mr.Hac ceritakan serba sedikit mengenai iStealer, sejenis tool seperti keylogger canggih yang akan memusnahkan dirinya sendiri (self-destruct) selepas menjalankan tugasnya. Tetapi pernahkan anda mendengar atau menggunakan program Lost®Door, sejenis Remote Administration Tool (RAT) yang dicipta khas untuk memantau PC dengan sistem operasi Windows?


Dengan menggunakan LostDoor, pelbagai perkara yang dapat kita lakukan kepada komputer yang kita kawal. Antaranya ialah memuat naik, memadam, mengubahsuai data, mengubah registry dan melancarkan virus. NAMUN, anda perlu tahu bahawa RAT ini dicipta untuk tujuan yang sesuai dengan lunas undang-undang seperti memantau komputer anak, memantau komputer pekerja dan sebagainya. TETAPI jika anda menggunakannya untuk mencuri kata laluan, nombor kad kredit, dan lain-lain hal yang melanggar undang-undang dan hak peribadi orang lain, itu bukanlah salah ibu mengandung perisian ini tetapi itu adalah salah anda sendiri!

Jika diperhatikan dari laman web rasminya, kedudukan menu sangat kemas, tersusun dengan cantik, latar belakang juga cantik, tambahan pula ada lagu rancak yang menghiburkan! LostDoor didatangkan dengan dua versi/edisi iaitu percuma dan peribadi (private). Versi percuma kebiasaannya telah dilabelkan sebagai virus oleh kebanyakan vendor antivirus terkenal, dan untuk versi peribadi pula ia hanya untuk anda dan jika ia dikesan sebagai virus/malware, kemaskini akan menyusul untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Anda boleh memuat turun versi percuma atau membeli versi peribadi di laman web rasmi LostDoor
di sini -> Lost®Door - Remote Administration Tool
Powered by Blogger.