MacMintosh? Mint-Tosh??

Mr.Hac sebenarnya sedang menunggu DVD Mac OS X Snow Leopard dan Lion dari Ashraf a.k.a Katakmalaya, salah seorang penulis jemputan blog ini. Niat di hati mahu mulakan Hackintosh pada komputer pejabat komputer di rumah ini secepat mungkin. Namun mengenangkan beliau sedang mengulangkaji untuk peperiksaan, Mr.Hac yang mula resah gelisah ini cepat-cepat cari jalan lain.

Lihatlah pada tampilan Linux Mint 11 yang telah Mr.Hac pasangkan dengan Macbuntu - Mac OS X Transformation Pack untuk Ubuntu. Dengan mengubahsuai beberapa kod dari fail pemasangnya, Macbuntu 10.10 berjaya dipasangkan kepada Linux Mint 11, yang mana kita sedia maklum ia adalah dari kod sumber Ubuntu 11.04. Mari kita lihat beberapa paparan skrin yang sempat Mr.Hac ambil sebentar tadi.




Cantik? Sangat serupa dengan Mac OS X bukan? Teruja mahu mencuba? ^^
Powered by Blogger.