Masih Relevankah : Komputer Dengan RAM 1GB, Cakera Keras 80GB, Kelajuan Internet 1Mbps?

Dunia It sudah semakin hebat dan berkembang pesat seiring dengan pembangunan ekonomi serta syakhsiah. Masih ingatkah anda pada komputer yang mempunyai pemproses Pentium? Jika dulu anda membelinya dengan harga lebih dari 1k, dengan perasaan bangga anda bawa ia pulang ke rumah. Sekarang? Kalau anda bawa pulang ia ke rumah, anda tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan dengannya (kecuali anda pasang Linux ke dalamnya).


Teknologi semakin meningkat mengikut peredaran zaman. Di negara-negara Asia yang lain, kelajuan internet telah di standardkan kepada 1GBps, dengan harga yang MURAH. Tiada lagi internet berkelajuan rendah seperti 1Mbps. Jika ada pun mungkin hanya untuk anak-anak kecil bermain dengan dunia internet mereka. Tetapi kita di sini, masih mengekalkan internet berkelajuan 1Mbps dan ia masih dianggap 'laju' bagi sesetengah orang. Manakala internet berkelajuan 5MBps pula sangat mahal. Hanya mereka yang berkemampuan sahaja yang mampu menggunakannya.


Kemudian, PC atau laptop sekarang paling 'rendah pakejnya' didatangkan dengan RAM berkelajuan 1GB. Jika dulu, ia dianggap sudah lebih dari cukup. Namun, sekarang sudah ada perisian seperti Virtualbox, VMware, permainan-permainan dengan kepenggunaan grafik yang tinggi, dan ini tidaklah menggunakan RAM yang sedikit jumlahnya. Itu belum dikira berapa ruang cakera keras yang diperlukan untuk memasangnya. Masih ada lagi yang menggunakan cakera keras berkapasiti 80GB. Persoalannya di sini, di manakah kedudukan kita dalam era kemodenan dan pembangunan IT?
Powered by Blogger.