Panduan Memilih dan Membeli Keylogger

Sepertimana yang kita ketahui, keylogger ialah sejenis perisian/perkakasan yang digunakan untuk memantau aktiviti komputer lain dari jauh (Remote). Terdapat juga sesetengah keylogger yang hanya boleh dipasang untuk memantau komputer sendiri sahaja. Oleh itu, sebelum anda membeli mana-mana keylogger, berikut merupakan sedikit panduan kepada anda. Anda perlu ingat terdapat 5 perkara yang anda perlu tetiti iaitu:

1. Integriti syarikat pengedar dan keylogger itu sendiri
2. Sistem sokongan selepas pembelian (e-mel, chat)
3. Fungsi-fungsi dan penggunaan (Remote spying, stealth mode, Webcam capture)
4. Prestasi dan keserasian dengan sistem operasi
5. Harga (Mestilah kena tengok harga kan!)

Keylogger dari jenis perkakas


Keylogger dari jenis perisian


Seperti yang telah disebutkan, 5 perkara utama tadi perlulah anda titik beratkan sebelum memilih apatah lagi membeli keylogger. Memang terdapat pelbagai Home/Free/Public keylogger yang tersedia untuk anda muat turun di dalam banyak blog-blog. Namun anda perlu tahu, INTEGRITI adalah penting. Jika anda mahu menggunakan sesuatu yang murah apatah lagi percuma, adalah disarankan anda kaji terlebih dahulu akan perisian tersebut. Dikhuatiri anda pula yang menjadi mangsa pencipta keylogger percuma itu.

Selain itu, sila ambil berat mengenai sistem sokongan selepas pembelian. Jika ada sudah membeli tetapi apabila anda mengalami waktu-waktu yang sukar tetapi tidak mendapat sokongan (support) dari pembuat/pembekal, mungkin anda telah terbeli keylogger yang salah. Kerana itu dari awal lagi disebut mengenai integriti.

Kemudian lihat pula pada fungsinya. Jika ia hanya mampu merekodkan apa yang ditaip pada papan kekunci (keystroke), maka peluang untuk anda gagal adalah sangat cerah. Ini kerana keylogger dari jenis perisian bukan hanya sekadar merekodkan keystroke tetapi sepatutnya lebih dari itu seperti Stealth Mode (Invisible Mode/Fully Undetectable), merekodkan penggunaan webcam, desktop capture dan lain-lain.

Ok. Seterusnya kita pergi pula kepada prestasi, keserasian dengan sistem operasi dan juga harga. Anda perlu mengkaji dahulu akan prestasinya (lihat pada blog atau forum-forum) dan juga keserasian (compatibility) dengan sistem operasi yang anda gunakan. Jangan pula anda teruja membeli sehingga mengabaikan perkara ini, takut-takut anda terbeli untuk Mac OS X atau Linux. Harga pula perlu berpatutan dengan fungsi-fungsinya. Jika fungsinya tidak melebihi 3 hingga 5, harganya pula patut tidak lebih dari 50 USD.

Baiklah. Cukup setakat ini dahulu. Jika ada apa-apa penambahan, Mr.Hac akan kemaskini entri ini dari semasa ke semasa.
Powered by Blogger.