Pinguy OS : Ubuntu Extreme Makeover

Penuh dengan tweaks untuk 'eye candy' seperti kesan-kesan (effects) ketika menggunakannya, 3D Desktop Cube, dock, conky, dan sebagainya lagi membuatkan desktoplinuxreviews.com menggelarnya sebagai 'Ubuntu On Steroids', manakala Mr.Hac sendiri menggelarnya 'Ubuntu Extreme Makeover'. Ianya adalah Pinguy OS, sebuah revolusi dalam penggunaan sistem operasi yang diubahsuai dan layak digelar hybrid.

Tamatlah sudah riwayat Ubuntu 11.10 dalam komputer, lalu digantikan pula dengan Pinguy OS. Ianya merupakan gabungan antara Ubuntu (versi terbaru) dan juga Linux Mint, yang juga sebuah distro berasaskan Ubuntu. Jika dahulunya Mr.Hac kurang gemar dengan Pinguy, sekarang lain pula halnya, kerana apa yang kita mahukan pada sebuah sistem operasi ada di dalamnya. Lihat pada paparan skrin di bawah. Kemas, cantik, dan antamuka seperti Mac OS X lagaknya.


Menggunakan Mint Update Manager untuk mengemaskini sistem.


Menggunakan Pinta untuk menyunting gambar.


Selain itu, apa sahaja yang anda mahu ada dalam Ubuntu, semuanya sudah tersedia. Namakan sahaja! VLC, XBMC, Rhythmbox, Openshot, Handbrake, Ubuntu Tweak, Wine, Compiz..Ahhh.. Lebih daripada cukup. Anda juga boleh menggunakan Firefox 8 dengan syarat anda masukkan PPA berikut ke dalam Software Sources:

ppa:ubuntu-mozilla-security/ppa

Sedikit pra-tonton paparan skrin 3D Desktop:


Apa lagi yang anda mahukan dari sebuah sistem operasi? Muat turun Pinguy OS 11.04 di sini -> Pinguy OS

Buat masa ini versi 11.10 sudah memasuki peringkat alpha dan rilisan stabil akan dilepaskan dalam tempoh waktu yang terdekat ini. Jadi jangan ketinggalan untuk merasai sendiri pengalaman menggunakannya. Lupa untuk dinyatakan ia lebih 'smooth' dan tidak lagging seperti Ubuntu 11.10 (sedikit lagging dalam Unity Desktop.. Dalam Gnome 3 ok pula..). Ok. Cukup sudah menulis. Kita jumpa lagi di entri seterusnya!
Powered by Blogger.