Pra-tonton Linux Mint 12 Lisa

Kepada para peminat, kipas-susah-mati Linux Mint semua, Linux Mint 12 dengan kod nama LISA akan dikeluarkan pada pertengahan bulan November atau awal bulan Disember. Nantikan keluaran terbaru dari sistem operasi paling menawan hati itu. Namun pada yang kurang sabar, di bawah ada satu paparan skrin untuk tatapan anda. Sila klik kanan pada gambar dan 'Open Link in New Tab' untuk melihat paparan yang lebih besar dan jelas.


Untuk pengetahuan anda, para pembangun Linux Mint akan mengambil konsep 'embrace the change', yang mana mereka akan menggunakan Gnome 3 namun dalam versi mereka sendiri yang digelar sebagai Mint Gnome Shell Extensions (MGSE).

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila layari blog Linux Mint : The Linux Mint Blog

Mr.Hac: Teruja dan tak sabar nak cuba versi 12. Gabungan teknologi baru yang diberi 'nafas lama'. Aneh bunyinya tapi pasti menarik hasilnya. Ianya adalah desktop versi baharu tetapi dengan paparan seakan 'tradisional'. Nantikan rilisan stabil yang pasti menambat hati!
Powered by Blogger.