SMS Percuma Dalam Malaysia dan Seluruh Dunia

Anda tak cukup kredit? Anda berdepan dengan komputer yang mempunyai akses ke internet? Malas nak ke 7 Eleven atau kedai depan rumah untuk cari topup? Ya! Mr.Hac ada jalan penyelesaiannya! Sangat mudah. Sangat menjimatkan. Sangat menyeronokkan.

Dahulu ada satu laman web yang menyediakan servis SMS percuma dalam Malaysia. Namun malangnya setelah sekian lama, SMS yang dihantar lambat sampai dan terhad kepada 120 huruf (kalau tak silap, sebab dah lama tak guna). Anda juga perlu mendaftar terlebih dahulu. Laman yang dimaksudkan ialah MostSMS.com.

Tetapi bagaimana jika anda ada SMS yang perlu dihantar untuk sampai dengan segera? Kena taip dengan panjang pula? Mari Mr.Hac kenalkan anda dengan Gottasend.


Gottasend memberikan anda servis SMS secara PERCUMA ke SERATA PELUSUK DUNIA. Tambahan lagi anda TIDAK PERLU MENDAFTAR, dan anda boleh hantar SMS sebanyak 320 huruf dalam satu penghantaran! SMS yang dihantar pula sangat cepat sampai pada penerima.

Lihat pada gambar di atas, anda cuma perlu memasukkan nombor telefon atau nama samaran anda, masukkan kod negara malaysia (+6), masukkan nombor telefon penerima, taipkan SMS anda dan taip captcha yang terpapar lalu tekan butang 'Gotta Send'. Siap!

Klik di sini untuk mula menghantar SMS percuma!
Powered by Blogger.