Sukakan Windows 7 Tapi Bosan Dengan Virus? Tukar Kepada Zorin OS!

Siapa yang tidak sukakan Windows 7? Dengan segala macam perisian yang boleh disumbat-muatkan ke dalamnya, dengan beberapa lagi tweak untuk faktor 'eye-candy', menjadikan ia OS yang sangat digemari pencinta pirate pengguna Windows. Namun bagi yang mahukan kelainan, atau hendak lari dari masalah serangan virus bertalu-talu, atau tidak mahu lagi mencari anti-virus cracked, anda boleh beralih kepada Zorin OS.

Zorin boleh dikatakan sangat serupa dengan tampilan Windows 7, cuma faedahnya ialah ia PERCUMA dan BEBAS dari WINDOWS VIRUS. Lihat pada paparan skrin di bawah. Sangat kemas dan cantik!




Zorin OS sudah tersedia dengan mode 3D Desktop Environment. Err.. Did I just said 3D?


Sangat mesra kepada pengguna Windows yang ingin berhijrah kepada Linux. Oh ya. Lupa pula hendak beritahu. Ketika proses boot berjalan, Mr.Hac dapat lihat paparan seakan proses boot PCLinuxOS. Namun setelah selesai boot ke desktop, Mr.Hac dapat lihat pula pelbagai kemudahan atau tools yang dibuat untuk Ubuntu. Jelas sekali ia merupakan gabungan antara keduanya (kalau tak silap).

Lihat paparan skrin di bawah. Zorin menyediakan 'Internet Browser Manager'. Chrome sudah tersedia, dan pelayar web yang lain tinggal klik sahaja untuk memasangnya.


Untuk menjalankan perisian Windows, Wine sudah tersedia. Ahhh. Pendek kata anda tinggal pakai sahaja! Berminat mahu mencuba? Klik di sini untuk ke laman web rasmi Zorin -> Zorin OS
Powered by Blogger.