Tails @ T(A)ILS : The Amnesic Incognito Live System

Arghhhh.. Salam semua! Penat dengan bengkel yang tak sudah, Mr.Hac nak lepas geram pada blog ini dengan meng-update bebanyak. Ok tak agak-agak? Hahah! Cukup gelak-gelak! Jom kita terjah apa yang seronok sangat benda yang Mr.Hac mahu bawakan kepada anda kali ini..

Apa Itu Tails?

Seperti tajuk yang tertera, Tails ialah singkatan dari perkataan The Amnesic Incognito Live System. Pertama sekali biarlah Mr.Hac terangkan kepada anda apakah maksud yang tersirat disebalik perkataan itu.

amnesiac, noun:
forgetfulness; loss of long-term memory.

Amnesic bermaksud kelupaan. Disebabkan sistem yang digunapakai tidak akan meninggalkan sebarang jejak pada internet mahupun komputer, maka ia dianggap boleh 'dilupakan'. Kerana itulah namanya 'Amnesic'.

incognito, adjective & adverb:
(of a person) having one's true identity concealed.

Seperti yang kita ketahui, kalau pada pelayar web Chrome @ Chromium (Sebagai contoh) mempunyai 'Incognito Mode' atau pada pelayar Firefox yang dipanggil sebagai 'Private Browsing', yang mana ia tidak akan menyimpan sebarang Cookies pada sesi tersebut. Anonymous Browsing melalui Tails itulah yang digelar sebagai Incognito.

Jadi apakah Tails itu yang sebenarnya? Tails ialah sebuah sistem operasi lengkap yang dicipta dengan tujuan untuk melayari internet secara selamat dan tanpa meninggalkan sebarang jejak. Tak perlulah Mr.Hac terangkan lagi kepada anda betapa baiknya dan bagusnya Anonymous Browsing untuk semua orang. Dah berbuih dah!

Dalam Tails, setiap sambungan internet yang keluar akan 'dipaksa' untuk masuk melalui sistem The Onion Routing atau TOR. Baca artikel mengenai TOR di sini -> Lindungi Identiti Di Internet Dengan TOR

Anda boleh rakamkan (burn) imej ISO Tails ke dalam USB Pendrive menggunakan tools dari Pendrive Linux sama ada Universal USB Installer atau YUMI – Your Universal Multiboot Installer. Bab tutorial cara merakamkan itu kemudian nanti baru Mr.Hac tulis ok. Kalau anda mahu gunakan Unetbootin pun boleh juga!

Ia boleh dimuat turun pada laman web rasminya -> Tails

Sekitar paparan skrin Tails-OS:



Kalau dilihat dari segi tampilannya, dapat dilihat dengan jelas ia adalah berasaskan Debian. Para peminat distro itu pasti akan sukakan Tails meskipun Debian sudah sangat lengkap dengan keluarnya versi baru 6.0.3. Distro ini menggunakan Iceweasel sebagai pelayar web lalai (default) yang mana ia adalah sebuah pelayar berasaskan Firefox. Tampak agak 'outdated' sedikit, namun tidak ketinggalan begitu jauh. Mungkin pembangunnya menekankan kepada versi enjin Gecko-nya (3.5.16) yang dianggap masih relevan kepada pelbagai jenis Addon.

Untuk IM anda boleh gunakan Pidgin, dan untuk e-mel pula anda boleh gunakan Claws Mail. Jadi, tunggu apa lagi? Cubalah!

Powered by Blogger.