Tonton : Setaraf Hulu.com

Pernahkah anda sedang menonton sebuah rancangan kegemaran anda, namun ia bertembung waktu pula dengan satu lagi rancangan yang anda minati? Pernahkah anda mengikuti drama bersiri sehingga ke episod akhir, tetapi pada episod akhir itu anda tidak sempat menontonnya akibat sesuatu perkara yang tidak dijangka? Pernahkah pula anda menyukai sebuah rancangan televisyen, namun tiba-tiba siarannya bertukat waktu dan anda tidak tahu di mana untuk menyemak waktunya?

Kesemua masalah ini dapat diselesaikan melalui satu laman web tempatan iaitu tonton.com.my.
Laman ini setaraf dengan laman dari US iaitu Hulu.com. Namun tahukah anda Tonton lebih baik kerana Hulu tidak membenarkan pengguna dari luar US untuk menonton rancangan kegemaran atau filem yang diminati? Kerana Hulu menyekat IP dari luar US dari melakukan penstriman video yang tersedia, sedangkan Tonton tidak pula begitu! Pengguna dari dalam dan luar negara boleh menggunakan laman web tersebut secara bebas asalkan mereka berdaftar terlebih dahulu.


Mr.Hac sendiri amat meminati rancangan Best In The World (8TV) dan ketika ingin menonton rancangan itu, terlupa pula bila hari dan waktunya. Terus bergegas buka komputer dan layari Tonton. Mudah sekali! Bagi yang belum mencuba lagi, silakan. Jangan memandang rendah pada hasil buatan tangan anak tempatan. Pelbagai rancangan ada tersedia di dalamnya, cuma ia ada 'tarikh luput' iaitu bila terikh akhir rancangan itu akan kekal berada dalam Tonton. Tapi jangan risau. Bagi rancangan yang baru disiarkan, paling tidak setahun dua baru ia dilupuskan.

Cepat mendaftar sekarang sebagai pengguna Tonton dan carilah rancangan kesukaan anda di sana!

Anda boleh layari Tonton di sini -> Tonton
Powered by Blogger.