Ubuntu 11.10 : Baiki Missing Plugins Untuk Banshee

Tutorial kali ini ringkas sahaja. Mulanya Mr.Hac mahu memainkan lagu dalam Banshee. Tetapi tiada bunyi pula yang keluar. Banshee tetap dilancarkan, tetapi lagu tidak 'jalan'. Ah. Rupa-rupanya ada yang hilang. Plugins ada yang kurang. Mari kita tambah!

Buka Terminal seperti biasa dan masukkan baris perintah berikut satu demi satu:

sudo apt-get build-dep banshee

sudo apt-get install gstreamer0.10-plugins-bad gstreamer0.10-plugins-good gstreamer0.10-plugins-ugly

Selesai! Banshee memainkan lagu dengan baik sekali!

Powered by Blogger.