USB Disk Security 6.1.0.432 : Kemaskini


Salam…

Sekadar berkongsikan makluman terkini, USB Disk Security v6.1.0.432 baru saja diluncurkan awal Oktober 2011 yang lalu. Agak lewat sedikit tapi anda kena faham dengan ‘barangan bundle'. Bukannya mudah melolosi onak duri jalan tikus sebelum sampai ke sini. Selepasnya di kuarantin dahulu untuk ujicuba tingkahlaku dan tahap kesihatannya. Dan selepas seminggu ujicuba… barulah rasanya sudah layak untuk kita sampaikan ke tangan anda.

Melihat dan menilai pada USB Disk Security versi terkini… Semacam hanya satu propaganda lebih sudu dari pembuatnya. Rasanya tiada langsung pembaharuan samada dari tetapan (setting), paparan muka (interface) dan fungsinya. Entahlah… kenapa di namakan new version? Yang terleleh dari otak kita adalah ini cuma startegi orang berdagang. Dengan lahirnya versi baru ertinya:
1.Adanya gerak kerja dalam pejabat: maksudnya syarikat dia masih wujudlah tu!
2.Versi baru kuasa pun baru: maksudnya naik hargalah tu!
3.Baikpulih bugs agar lebih stabil: maksudnya saja nak kantoikan anda yang selamba je pakai versi anonlah tu!

Ah! Biarkan luncai dengan labu-labunya. Kepada anda yang belum tahu fungsi USB Disk Security secara ringkas ia berperanan sebagai perisai dan penghapus virus bawaan usb yang dilancarkan ke dalam komputer anda. Anda dipersilakan rujuk pr67am™ untuk info tambahan.

Dan kepada anda yang telah memasang USB Disk Security versi 6.0.0.126, jom kita lakukan perubahan sekarang! Dimaklumi versi tersebut adalah keluaran Febuari 2011, agak lama dah jadi secara santunnya kita galakkan anda naik taraf ke versi terkini. Atau secara metal nya anda mesti tukar ke versi baru dan jangan sendatkan lagi katak bawah tempurung tu… hah!. Anda boleh memasang versi baru melalui 2 cara dengan penuh gaya iaitu : nyahpasang (uninstall) versi lama ATAU terus sahaja kepada pemasangan (install) versi baru.

Syhhh… Don’t di khuatir, hak anda sebagai pengguna berbayar versi syiling kos tetap terpeilhara… Haiissh!

Sekian.

PERHATIAN : Untuk keselamatan perisian, anda di tegah muat turun kemaskini (update) dari server.

Muat turun: USBDiskSecurity 6.1.0.432 ©pr67am™201111
Kata laluan zip: pr67am
Powered by Blogger.