Budak Gigi Rabbit : Jenayah Siber Terancang?

Sebelum anda membaca keseluruhan entri ini, sila baca terlebih dahulu entri blog Budak Gigi Rabbit
di sini -> Kpop?euww (Selepas ini dirujuk sebagai BBGR)

Baca pula ulasan dari Mazidul Akmal Sidik di sini -> 1 ENTRI LEBIH 1700 KOMEN WOW!

Baca juga LAPORAN POLIS yang dibuat oleh saudaranya di sini -> Hazrey.com

Sekarang anda sudah fahamkan fakta-fakta PENTING yang perlu anda ketahui? Baik.. Lets move on. Kita telusuri kes ini bersama Mr.Hac pula, sekali lagi.

Amira Afiqah, seperti gambar di bawah, adalah mangsa kepada KECURIAN IDENTITI (Identity Theft). Gambar beliau telah digunakan untuk tujuan yang tidak baik, iaitu impersonasi identitinya dengan meletakkan gambar beliau dalam sebuah blog, yang mana entri pertamanya adalah satu pengutukan terhadap K-POP.


Ternyata, pengutukan itu membawa padah apabila beliau menerima beribu kutukan dan UGUTAN dari para peminat K-pop yang benar-benar fanatik.

Persoalan yang aneh, kenapa Mr.Hac katakan ia adalah satu kecurian identiti:

1. Blog itu telah dicipta pada 5 Disember 2011. Baru lagi derrr..

2. Entry pertama dipos pada 5.01 petang dan menerima komen yang pertama 10 MINIT setelah ia dipaparkan! HUH??

3. Setakat ini lebih 2000++ komen diterima pada entri tersebut! Wah! Hebat!

Terdapat dua 'kesalahan' yang mungkin berlaku ketika ini. Pertamanya jika benar Amira Afiqah BUKAN pemilik blog BBGR, individu yang paling hampir kepada kes kecurian identiti ini ialah orang yang memberikan KOMEN PERTAMA pada blognya. Kenapa? Kerana bagaimanakah beliau, secara JELAS, dapat menjumpai BBGR dengan entri pertama yang kontroversi itu?

Baiklah. 'Kesalahan' kedua pula, katakan Amira Afiqah dengan sengaja menerbitkan entri itu, kemudian menggunakan kemudahan blog atau laman ping entri untuk PING entri beliau yang komtroversi itu, dan kemudian melakukan pinging secara berterusan, ianya masih tetap mustahil untuk menerima kunjungan luar biasa dari para K-popers ini dari widget pinging pada blog-blog yang menggunakannya, kerana adalah penting untuk anda tahu, para pembangun servis ini pastinya memerlukan masa untuk memproses permohonan blog beliau. Tak lupa juga pasti ada syarat-syarat tertentu yang diperlukan contohnya jumlah trafik dalam sehari.

Masalahnya blog beliau ketika itu baru sehari derrr.. Sempat pula beliau membuat permintaan (Request) pada blog atau laman yang menyediakan servis ping entri. Hebat..

Dapat dilihat ramai peminat K-pop yang tiba-tiba menjadi alim ulama' wal umara apabila menasihati beliau supaya bertaubat, pakai tudung dan bla bla bla. Mungkin mereka terlepas pandang K-pop itu adalah hiburan yang LAGHA dan melalaikan. Ahh.. fikir sendiri. Aku hacker, bukan ustaz.

Tetapi apa yang paling penting ialah UGUTAN yang diterima beliau sangat tidak musabah. Sudahlah kamu membela sesuatu yang LAGHA, kamu ugut BUNUH pula mereka yang membencinya!

Ingat, seperti kata Mazidul Akmal Sidik, negara ini ada UNDANG-UNDANG dan anda boleh diheret ke mahkamah sivil atas kesalahan ugutan jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Tak lupa juga anda melakukan PENCURIAN IDENTITI dengan NIAT JAHAT.

Kepada PEMILIK SEBENAR BBGR, anda tidak akan TERLEPAS dari undang-undang!

Mr.Hac: AMARAN. Jika ada diantara anda merupakan K-popers dan kemudian membuat komen yang tidak sepatutnya di sini, anda tersalah rumah! Mr.Hac tidak akan teragak-agak untuk memberikan identiti anda kepada pihak berkuasa!

If you like this article, please press Google PlusOne button above and hit subscribe! Hahah! Tang mana nak subscribe tuuu.. -> Follow atau langgan FeedBurner!
Powered by Blogger.