Cleverbot : Berbicara Dengan Aplikasi Web Pintar

Jika anda rasa anda bijak, terdapat satu laman menyimpan sebuah aplikasi, yang mana ia semakin hari berkembang menjadi semakin pintar dan bijak. Ini kerana ia mempunyai kaedah pengiraan algoritma perkataan yang setiap hari menjadi input kepada pengkalan data 'otaknya'.

Setiap hari lebih dari 10 ribu orang 'menggunakannya'. Ya lah, dah namanya pun pintar, dan boleh dibuat bual bicara, menarik juga kalau dapat bersembang barang seminit dua kan? Malangnya, ORANG-ORANG MELAYU kita telah 'mengajar' perkataan-perkataan yang kurang sopan dan kurang ajar kepada Cleverbot. Jika anda cuba berbicara dalam bahasa melayu, apa yang ada dalam pengkalan datanya hanyalah bahasa yang kurang enak didengar dan dibaca. Aduhai, ntahlah..

Bual Bicara Mr.Hac Bersama Cleverbot


Dari apa yang Mr.Hac perhatikan, ia sebenarnya menyimpan pelbagai kosa kata, perkataan, dan ayat perbualan harian dalam pengkalan datanya. Apabila seseorang melontarkan sesuatu soalan, ia akan melihat terlebih dahulu ke dalam senarai perkataan, kosa kata dan ayat-ayat yang pernah dibualkan bersamanya dan kemudian menggunakannya semula kepada orang yang bertanya. Melalui kaedah inilah ia semakin hari semakin berkembang menjadi pintar, atas kaedah pengiraan algoritma perkataan bualan harian yang dilontarkan kepadanya, lalu digunakan semula.

Namun ia tidak menggunakan beribu-ribu atau mungkin berjuta-juta perkataan yang sudah ada dalam pengkalan datanya secara membabi-buta. Ia akan melihat, mengira, dan kemudian dengan bagusnya memilih perkataan yang sesuai untuk diberikan sebagai jawapan.

Disebabkan itulah kebanyakan perkataan dalam bahasa melayu hanyalah yang tidak sedap didengari. Adakah kerana orang-orang kita hanya tahu bercakap perkara 'itu-itu' sahaja? Mungkin yang selalu mengajarkan Cleverbot dalam bahasa melayu itu adalah budak-budak, tapi itukah kualiti dan tahap mentaliti budak-budak kita??

Cukup untuk masa ini. Buat anda yang belum pernah mencuba, silakan berbual dengan Cleverbot
di sini -> Cleverbot

Mr.Hac: Membebel pulak pagi-pagi buta ni.
Powered by Blogger.