Eset : Lesen Sah Percuma 6 Bulan

Salam…

ESET...anda kenal? Ya! Ramai yang mengenali Eset sebagai antivirus. Tetapi ramai juga yang tidak tahu Eset merupakan salah satu jenama terbaik di dunia. Kelebihan gemilang pada Eset yang tak tergugat dek mana-mana antivirus lain adalah kerana RINGAN & CEPAT nya (ini pendapat pr67am™). Inginkan kepastian? Anda boleh semak di Start Task Manager dan lihatlah cuma 17.73MB dari RAM yang dirompak...takjub tu! Lagi takjub dengan kecepatan proses scan dan kemaskininya...jangan mimpilah Encik Kapersky nak cekup.

Kepada pengguna dan pencinta tegar Eset...kami akan meluapkan lagi rasa kecintaan anda itu. Tak payah tunggu 'pilihanraya' nak dapatkan produk percuma...lambat cerita! Hari ini anda boleh dapatkan PERCUMA lesen ESET NOD32 Antivirus & Smart Security 5 yang sah untuk tempoh 6 bulan dari pengedar Eset berpangkalan di UK. Dengan syarat anda tukar kerakyatan sebagai warga UK dan US kerana promosi ini hanya untuk dua negara berkenaan sahaja. Fuhh...6 bulan tu...Amboi! Dah macam si Luncai di bagi Labu, amat rugi katakan tidak! Berminat..? Jom kita terbang ke UK...

1. Mula-mula ke SINI untuk mendapatkan proxy. Pastikan anda memilih proxy dari USA dan UK sahaja. Kemudian masukkan proxy tersebut [Mozilla Firefox] Tools > Options > Advanced > Network > Settings > Lihat screenshot...


2. Pergi ke laman promosi ESET dan masukkan data yang diperlukan. Pastikan email anda adalah betul & sah.


3. Kemudian tunggu proses request sampai selesai.


4. Selepas 15 saat anda boleh periksa kotak simpanan email anda dan sila klik pada link yang telah di berikan. Selesai sudah!


Anda boleh dapatkan seberapa banyak lesen dengan mengulangi cara yang sama. Dengan syarat refreshkan ip terlebih dahulu dan gunakan email yang berbeza. Selepas tu buka syarikat piramid dan jual kat kerabat RM10 satu...hahaha...kaya-kaya!

Muat turun Eset 5;
ESET NOD32 Antivirus 5 [32 Bit, English]
ESET NOD32 Antivirus 5 [64 Bit, English]
ESET Smart Security 5 [32 Bit, English]
ESET Smart Security 5 [64 Bit, English]

p/s: Jangan risau, tamat 6 bulan bukan penamat lesen sah Eset anda...syyhhh! ;-)
Powered by Blogger.