Firefox 9 Rilisan Stabil : Apa Yang Baru?

Seperti yang kita ketahui, sepatutnya hari ini Firefox 9 rilisan stabil dilepaskan kepada umum, seperti paparan skrin di bawah:


Tetapi setakat ini ia masih belum lagi dilepaskan pada laman web rasminya. Namun, untuk pada pengguna Linux khususnya Ubuntu dan terbitan darinya (derivative), anda boleh memasang Firefox 9 menggunakan PPA di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:mozillateam/firefox-next

sudo apt-get update

Dan untuk memasangnya gunakan baris perintah di bawah:

sudo apt-get install firefox

Atau naik taraf dari versi yang lama kepada Firefox 9:

sudo apt-get upgrade


Mr.Hac juga memasang versi Nightly 11.0 Alpha 1 dengan menggunakan PPA berikut:

sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-mozilla-daily/ppa

sudo apt-get update

sudo apt-get install firefox-trunk


Dalam Firefox 9, ia bakal mengimplementasikan teknologi yang digelar sebagai 'type inference'. Teknologi ini bakal membuatkan enjin Javascript Firefox untuk memproses kod Javascript dengan lebih pantas lagi, dan ini akan membuat Firefox lebih laju menerjemahkan laman atau aplikasi yang menggunakan Javascript.

Silakan mencubanya dan berikan pendapat anda pula.
Powered by Blogger.