[Giveaway] Advanced SystemCare PRO 4 : Terbaik!


Salam...

Ladang durian meruntuh lagi. Jom kita kutip ketika ia masih lagi membau. Simpan dan peram, kelak esok jadilah gulai enak yang bisa dijamah ketika lapar. Pipi dah tersorong-sorong, sayang sekali dek oiii! ...nak katakan tidak pada yang bulat bergolek didepan mata.

Sekali kilas ikan di hulu anda tentu tahu maksud tajuk entri diatas. Dua kali kilas ikan di hilir anda sudah kenal lagak IObit Advanced SystemCare. Di antara perisian System Tweaks popular dalam sejarah komputer dunia. Yang pastinya merupakan diantara perisian paling ramai penggunanya di muka bumi ini. Ianya juga dianggap di antara yang terbaik dalam kelasnya.

Rasanya tak payah saya huraikan fungsi perisian yang satu ini. Ramai yang sudahpun tahu atau tengah menggunakannya sekarang. Kepada yang belum tahu anda boleh rujuk [ Analyzer Programmer ]. Hari ini saya cuma ingin berkongsikan satu lagi lesen sah percuma bersama pembaca [ My Hackers Are Here ].

Lesen sah berharga USD19.95 ini hanyalah untuk Advanced SystemCare PRO 4 sahaja dan anda TIDAK BOLEH menaiktarafnya (upgrade) ke versi terkini Advanced SystemCare PRO 5. Kenapa? Tak memadai lagi...? Baiklah pr67am™ nak buat kenyataan disini bersandarkan pengalaman sendiri. Beberapa bulan lepas saya menggunakan Advanced SystemCare 4. Memang terbaik dan komputer pun menjadi lebih ringan dan aman. Tetapi selepas dinaiktaraf ke Advanced SystemCare 5 terasa agak annoying dan berlaku bebanan kerja dalam sistem svchost.exe. Kesimpulannya Advanced SystemCare 5 bukan dicipta untuk core duo dengan ram bawah 1.5GB. Atau mungkin ia belum lagi mencapai fasa akhir ciptaannya.

Sebenarnya Advanced SystemCare PRO 4 sudah dikira ciptaan terbaik. Namapun dah final version. Adat orang berdagang saja nak jual lesen baru. Atau saja mencipta versi baru demi menawan enjin kuasa baru seperti i5 dan i7. Kepada anda yang mempunyai komputer yang masih lagi dibawah kuasa alaf baru, Advanced SystemCare PRO 4 amat disyorkan. Berminat? Sila daftar dengan nombor siri ini:

F31C7-DC165-BBBD3-1F7FA


Ini adalah lesen sah percuma yang dibenarkan untuk Awam oleh pengedar produk tersebut. Bermakna anda tidak perlu rujuk melalui email. Tetapi dingatkan juga tawaran ini berakhir sehingga 31 Disember 2011. Agaknya selepas tarikh itu...tak boleh activated lagi kot...

Terjelepok depan monitor je dah dapat USD19.95 percuma. Haisshh…Siapa yang nak bagi? Semakin kaya-rayalah Tawkey Piramid kita. Jual dan jual lagi...siap buka cawangan kat Sg. Wang pulak...hehehe...

Sekian.

Muat turun: Advanced System Care PRO 4
Powered by Blogger.