[Giveaway] Ashampoo WinOptimizer 7 & 8 : 24 Jam Sahaja!


Salam...

Siapa kata kita tidak boleh guna aplikasi mahal yang ASLI dengan percuma? Bila tiba hujung tahun…inilah waktu paling ditunggu oleh pr67am™ atau mungkin termasuk anda juga. Saat membeli-belah tanpa RM tiba lagi. Terlalu banyak produk menawarkan promosi gempak yang tak masuk dek akal sampai tak larat nak sambar semuanya. Ada kalanya tempoh promosi yang diberikan amat terbatas, tak lebih dari 24jam. Dan yang paling dahsyat…dalam masa 1jam pun ada..alahai melepas IDM! Hanya bermodalkan email yang sah…anda sudah boleh mendapatkan lesen penuh yang sah. Mudah je kan! Andainya ada bijak memanupulasi tempoh promosi ini, tahun depan anda boleh bebaskan Windows anda dari crack. Jadi…bijak-bijakkanlah diri anda!

Kali ini jenama Ashampoo buat promosi lagi dengan menawarkan Ashampoo WinOptimizer 7 & 8 dengan memberi lessen sah percuma versi penuh tanpa had. Satu lesen bernilai USD49.99…Wow! Pada harga melampau tersebut membuatkan saya menggaru-garu kepala…Apa yang hebatnya tentang perisian ini? Untuk makluman Ashampoo WinOptimizer 8 lebih kurang sama fungsinya seperti Tune Up, Advanced SystemCare, CCleaner dan sedarjah dengannya.


Promosi ini hanyalah untuk tempoh 24 jam sahaja pada tarikh 19 Disember 2011 mengikut waktu Eropah Tengah. Dan mengikut waktu Malaysia pula ianya tengah bermula sekarang.

CEPAT! Kedua-dua perisian ini hanya untuk tempoh 24 JAM SAHAJA. Anda lakukan pemasangan perisian terlebih dahulu barulah melalui proses meminta lesen sah percuma unlimited full version dari Ashampoo melalui email.


**[Update] Untuk mendapat Ashampoo WinOptimizer 8: [ pr67am™ ]
**Walaupun link promosi telahpun tamat...tapi selepas diperiksa, pemberian lesen sah dari Ashampoo masih berjalan beberapa jam lagi. Saya telahpun upload perisiannya untuk anda pula mencuba. CEPAT...sebelum berputih mata! Selamat berjaya!

Untuk mendapat Ashampoo WinOptimizer 7: [ pr67am™ ]

p/s ; Yang penting dapatkan siri nombor dahulu…pemasangan penuh boleh dilakukan kemudian.

Entri ringkas nak kejar giveaway lagi...lagi…lagi!
Sekian.
Powered by Blogger.