[Giveaway] Outpost Security Suite Pro 7.5.1 : 1 Year


Salam...

Yang pipih melayang-layang…yang bulat pun datang. Kisah percuma barangan. Kisah percuma yang berulang-ulang tapi berbeza tayangan. Agaknya cerita giveaway ini meluapkan rasa bosan memanjang. Tapi prinsip pr67am™ amat senang. Rezeki datang jangan dibiarkan terbang. Ini bukan cerita orang berdagang. Pun bukan mainan anak wayang. Sekadar berkongsikan rasa senang. Nyah kepada petualang. Diam kepada yang sudah kenyang. Sila datang kepada yang masih sayang..

Anda kenal Outpost Security Suite Pro 7.5.1? Sebuah produk keselamatan yang dikeluarkan oleh Agnitum yang diasaskan di St Petersburg, Russia pada Febuari 1999. Produk pertama di cipta oleh Jammer dan Tauscan yang pernah memenangi anugerah Pilihan Editor berdasarkan kedudukan tertinggi oleh PC Magazine US sebuah majalah IT berpenggaruh pada May 2000. Asal terciptanya perisian ini adalah untuk mengesan dan menangkis serangan dari penggodam.


Outpost Security Suite Pro 7.5 menggabungkan 4 elemen asas yang penting iaitu Antivirus + Anti Spyware + Firewall + Anti Spam. Disamping itu ada 10 lagi fungsi penting yang mampu dilakukan oleh perisian ini. Termasuk perlindungan yang ketat ke atas talian internet anda. Sehingga anda rasa selamat melakukan aktiviti rutin di talian seperti muat turun, email, berbual, berkongsi fail dan sebagainya. Dengan kuasa teknologi SmartDecision yang merupakan fungsi imbasan (scanning) generasi ke4, kerja imbasan ke atas komputer anda lebih cepat dan tepat.

Mempunyai Antimalware yang kuat dan cekap bertindak ketika anasir yang diragui cuba menceroboh ke dalam talian anda. Sekatan yang cekap itu amat perlu untuk menangkis serangan Virus, Worm, Keylogger, Spyware, Phishing dan lain-lain. Bertindak sebelum merawat...Dan jangan terasa leceh bila terlalu banyak amaran disampaikan sehingga anda rasa rimas dan tidak lancar melakukan akitiviti seperti biasa. Annoying! Itulah namanya rimas tetapi selamat.

Bertuahlah kepada pengguna tegar perisian ini. Dari pemerhatian pr67am™ inilah diantara Antivirus yang paling selalu menawarkan promosi. Kalau tak ingat kali terakhir ialah pada Ogos 2011 lepas yang juga menawarkan promosi 1 tahun percuma. Tak payah nak termengah-mengah mencari crack lagi dah...


Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba atau pengguna Outpost Security Suite Pro 7.5.1 anda boleh rujuk [ pr67am™ ]. Menawarkan lesen sah percuma versi penuh yang berharga USD59.95 untuk satu tahun. Segera! Sebelum anda ketinggalan dan menangis tak sudah-sudah...

Sila masukkan Kupon Kod promosi ini; 76VA6-V3P2S-CC4CW-8S44G-S6F9U ke dalam ruangan: Aktions-Code: Kemudian anda isilah nama dan email macam biasa. Selamat Berjaya!

Sekian.

**UPDATE: Kali terakhir saya mencuba kupon kod pada jam 3.12pm dan berjaya mendapat lesen sah. Justeru itu lahirlah entri ini. Nampaknya sekarang key disabled bermakna tidak boleh lagi digunakan. Apa masalah sayapun tak tahu? Forum di luar sanapun berselisih pendapat.
Minta maaf pada semua! SILA ABAIKAN entri ini sehingga saya temui solusi yang baru dan akan dikemaskini disini kelak. Insyallah...!
Powered by Blogger.