Lindungi Akaun Gmail Dengan 2 Step Verification

Saban tahun kita mendengar kes jenayah siber yang kian meningkat sehingga puluhan ribu angkanya. Ini bukan jumlah angka yang kecil. Antaranya yang sering berlaku ialah phishing, keylogging dan sebagainya. Melalui kaedah ini, pelbagai jenis akaun boleh dicuri maklumat sulitnya dan yang selalu menjadi sasaran ialah kata laluan. Akaun Gmail tidak terkecuali dari ancaman ini. Disebabkan itulah pihak Google membawakan kepada kita kaedah perlindungan 2-Step Verification untuk melindungi akaun kita dari diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Andai kata, kata laluan anda jatuh ke tangan orang yang salah sekalipun, akaun anda masih tidak dapat diceroboh lantaran ia dilindungi dengan satu lagi lapis perlindungan iaitu pengesahan nombor yang akan dihantar ke telefon bimbit anda. Ikuti tutorial berikut untuk melakukannya.

1. Pergi ke pautan ini -> https://accounts.google.com/b/0/SmsAuthConfig

Klik pada Start setup.


2. Masukkan nombor telefon bimbit anda ke ruang yang disediakan.


3. Klik Send code.


4. Klik Next untuk meneruskan tetapan.


5. Klik pada TURN ON 2-STEP VERIFICATION.


6. Di sini anda boleh menetapkan satu lagi kata laluan untuk pelbagai aplikasi yang tidak menyokong fungsi ini seperti klien e-mel Microsoft Outlook, Thunderbird, dan sebagainya. Anda boleh langkau langkah ini jika anda tidak mahu menetapkannya lagi.


7. Selesai. Kini setiap kali anda log masuk, anda akan diminta untuk memasukkan pula nombor pengesahan yang akan dihantarkan ke telefon bimbit. Anda boleh mematikan servis ini pada pautan yang sama digunakan untuk mengaktifkannya (Pautan yang diletakkan di atas tadi).

Powered by Blogger.