Moovida Media Center : Hab Hiburan Anda

Masih ingatkah lagi anda pada XBMC? (Atau anda boleh juga rujuk DI SINI). Mesti la ingat kan! Ok. Jika anda berasa teruja dengan hab hiburan, pusat media peribadi anda itu, mari kita mencuba sesuatu yang baru, iaitu Moovida Media Center.


Ahhh.. Ingin saja Mr.Hac menulis panjang mengenainya. Namun jari telunjuk agak sakit pada petang ini, mungkin terlalu banyak menaip agaknya! Apa yang boleh Mr.Hac katakan, jika anda sukakan XBMC, anda patut mencuba Moovida kerana ia juga menawarkan sesuatu yang baru kepada pengguna. Best of all, ia adalah perisian cross platform dan juga percuma!

Bagi pengguna Windows, anda boleh muat turun fail pemasangnya pada laman web rasmi (Rujuk pautan di atas) dan pada pengguna Ubuntu, anda boleh pasangnya melalui Ubuntu Software Center atau Synaptic Package Manager. Bagi Linux Mint pula anda boleh pasang melalui Software Manager.

Silakan mencubanya hari ini dan berikan pendapat anda pula!
Powered by Blogger.