[Mozilla] gTranslate : Kamus Firefox

Salam...

Dunia tanpa sempadan. Hidup tanpa batasan. Bodoh bukan lagi alasan. Aliran bukannya perbezaan. Bahasa bukan halangan. Selagi mahu di situ ada jalan. Dimana ada persoalan di situ jualah tersimpannya jawapan. I don’t know jangan dijadikan kesimpulan. Yang pasti jangan dibiarkan diri anda tercungap keseorangan. Carilah peneman...Ya! gTranslate bisa merungkai segala permasalahan.


Anda pengguna Mozilla Firefox? Jangan sesekali lupa sisipkan gTranslate sebagai extension mesti ada pada pelayar anda... gTranslate adalah kamus yang bekerja secara real time mampu menterjemahkan 52 bahasa utama dunia. Yang kembang hidungnya...Bahasa Melayu juga termasuk dalam senarai tersebut. Berasaskan Google Translation Services yang cuma bersaiz 41.7KB di jamin tidak akan melembabkan prestasi Mozilla Firefox anda.

Cara guna yang teramat mudah. Cuma highlight kan pada perkataan atau ayat target kemudian klik kanan. Pergi ke logo gTranslate dalam klik kanan tersebut...Nah! Siap...Sampai disini untuk lanjutan anda juga boleh terus ke laman Google Translate dengan klik pada terjemahan tersebut. Ringkas, mudah, ringan, pantas dan santai...terungkai sudah kebuntuan bahasa. Jangan di tipu lagi Belalang dek nujum anda...biarkan gTranslate mainkan peranannya.


Sebenarnya ada satu lagi extension yang fungsinya sama seperti gTranslate. Anda pilihlah salah satu daripadanya : gTranslate atau Gesture Translate. Pilihan di tangan...dan gunakanlah tangan kanan. Mudahan dengan adanya gTranslate anda tidak lagi buta dalam meraba makna yang tak sudah-sudah.

Sekian.

Rujukan Tambahan: Ace Translator
Powered by Blogger.