Multimedia : Apa Yang Perlu Anda Tahu

Mutimedia telah menjadi satu keperluan pada masa kini, ianya digunakan dimana-mana sahaja, daripada aplikasi yang berbentuk hiburan sehingga ke bentuk pendidikan. Malah, kewujudan internet telah meningkatkan lagi permintaan untuk kandungan multimedia.

Apa itu Multi?
Multi dalam bahasa inggeris bermakna pelbagai.

Apa itu Media?
Media merujuk kepada mana-mana elemen yang digunakan untuk berkomunikasi.

Apa Itu Multimedia?
Multimedia adalah kombinasi perkakasan dan perisian computer yang membolehkan anda untuk mengintergrasikan video, animasi, audio, grafik, dan sumber kajian untuk membangunkan persembahan yang berkesan pada komputer desktop yanh berpatutan. (Fenrich,1997)

Multimedia dicirikan oleh kehadiran teks, gambar, bunyi, animasi, dan video; sebahagian atau semua yang telah dianjurkan ke dalam beberapa program yang koheren. (Philips,1997)

Multimedia ialah mengkombinasikan pelbagai elemen media seperti teks, bunyi, gambar, animasi, video dan kandungan berbentuk interaktif. Ianya digunakan untuk mewakili dan menyampaikan maklumat. Contohnya; persembahan yang melibatkan audio dan video boleh dianngap sebagai persembahan multimedia manakala Perisian pendidikan yang melibatkan animasi, bunyi, dan text dipanggil Perisian Multimedia. Apabila pengguna akhir iaitu pengguna projek multimedia dibenarkan untuk mengawal “Apa”, “Bila” dan “Bagaimana” terhadap elemen yang dihantar dan dibentangkan, ianya menjadi multimedia interaktif.


Apa itu Projek Multimedia?
Projek Multimedia adalah projek yang menggabungkan jenis-jenis media seperti bunyi, video, teks, gambar, grafik, dan lain-lain kepada persembahan. Projek multimedia adalah berbeza-beza mengikut kerumitan dari penghasilan poster atau screen cast kepada pengguna, penciptaan filem atau cerita berbentuk digital berdasarkan topic yang dikaji. Alat digital yang semakin berkembang telah memudahkan lagi penghasilannya.

Apa itu Multimedia Interaktif?
Projek Multimedia hanyalah memberi maklumat kepada penonton melalui penggunaan pelbagai elemen media; berbanding dengan Multimedia Interaktif, ianya membenarkan pengguna untuk berinteraksi dan mengawal maklumat. Contohnya, pengggunaan kiosk yang meluas, pengguna boleh mengawal apa dan bila maklumat dipaparkan, kaedah ini memerlukan perisian komputer yang dibangunkan sendiri. Pembangunan perisian interaktif meningkatkan lagi potensi kerumitan projek sehingga tahap 100% menyusahkan.

Apa itu Multimedia Kiosk?
Multimedia Kiosk adalah mana-mana terminal komputer yang besar dan sering diletakkan di tempat awam, dimana orang awam boleh menggunakannya. ATM adalah salah satu Multimedia Kiosk, sebagai contoh, Pengguna tidak perlu lagi beurusan di kauter sebaliknya, pengguna hanya perlu menggunakkan kad debit dan keluarkan wang. Ianya boleh didapati di mana-mana sahaja seperti pasar raya, pusat membeli- belah, lapangan kapal terbang, dan kedai serba guna.

Via: Xlawsknowledges
Powered by Blogger.