Pasang Kazam Screencaster Pada Ubuntu 11.10 (PPA)

Sebelum kita teruskan entri ini, eloklah Mr.Hac pesan awal-awal kepada pemilik blog theart untuk MENGHENTIKAN KEGIATAN COPY PASTE anda dari blog ini.. Aku penat mencari idea dan itu bukan kerja mudah apabila aku perlukan sehari suntuk untuk mendapatkan jawapan kepada pelbagai masalah. HENTIKAN AKTIVITI KAMU ITU.

Aku juga tahu ada satu lagi blog yang URL-nya 'hackers-malaysia.blogspot.com', juga menyalin entri di sini. Seronok nampak?? Makanlah duit haram kamu ketika kamu mampu..

Baiklah. Dalam entri sebelum INI, kita belajar cara memasang Kazam Screencaster yang gantang pada Ubuntu 11.10 dengan cara yang agak sukar bagi para pemula. Tetapi Alhamdulillah, ada seorang pengguna Ubuntu 11.10 telah membuat PPA untuk Kazam Screencaster ini dan melengkapkan kesemua dependencies agar ia boleh dipasang tanpa masalah.

Ya, memang tiada masalah. Mr.Hac telah mencubanya pada Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot dan ia berfungsi seperti selalunya.


Anda boleh memasangnya melalui Terminal dengan menggunakan baris perintah di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:vanhoof/kazam-scratch

sudo apt-get update

sudo apt-get install kazam

Terima kasih kepada Chris Van Hoof untuk PPA anda ini!
Powered by Blogger.