Pasang Macbuntu Pada Ubuntu 11.04/Linux Mint 11: MacMintosh/MacPingtosh Tutorial

Hahah.. Jangan gelak ok lepas baca nama tu. Tu nama yang Mr.Hac bagi sendiri pada Linux Mint dan Pinguy OS yang telah dipasang dengan Macbuntu - Mac OS X Tranformation Pac untuk Ubuntu dan derivatives OS darinya (Linux Mint, Zorin, Pinguy OS). Setakat ini, Mr.Hac hanya pernah mencuba pada Linux Mint 11, Ubuntu 11.04, dan Ubuntu 11.10. Tiada masalah. Untuk Pinguy OS 11.04 juga mungkin tiada masalah, kecuali versi 11.10 yang mana Gnome 3 telah menggantikan Gnome 2 secara keseluruhan. Itu, rasanya memang tiada harapanlah nak pasangkan Macbuntu kerana Macbuntu bergantung juga kepada Compiz. Seperti mana yang kita tahu, Compiz tidak serasi dengan Gnome 3! So i still wanna keep my Gnome!

Tak payah buang masa lagi, kita terus kepada kaedah pemasangannya.

1. Mula-mula sekali, anda perlu muat turun Macbuntu di sini -> Macbuntu

2. Tempatkan fail itu ke dalam folder Downloads (Ikut suka sebenarnya, tapi dalam tutorial ini kita letakkan di situ ok)

3. Buka Terminal dan masukkan baris perintah di bawah:

cd ~/Downloads
tar zxvf Macbuntu-10.10.tar.gz
cd Macbuntu-10.10

4. Kita perlu menyunting fail pemasangnya. Masukkan pula baris perintah di bawah:

sudo gedit install.sh

5. Ubah baris UBUVER kepada versi yang kita gunakan. Contohnya jika anda menggunakan Linux Mint 11, ia adalah dari kod sumber Ubuntu 11.04. Ubahlah seperti di bawah. Sila lakukan perkara yang sama pada fail uninstall.sh dan upgrade.sh.

UBUVER=”11.04″
UBUNTU=”Ubuntu $UBUVER”

6. Cari seksyen seperti di bawah:

chk_system()
{
echo “”
echo “Checking Ubuntu version…”
s=`cat /etc/issue | grep -i “$UBUNTU”`
if [ ! -n "$s" ]; then
echo “Failed. System not supported, script will end here”
echo “To ignore their compatibility with current OS try ./install.sh force”
echo “Exiting…”
exit 1;
fi
echo “Passed”
}

7. Cari baris seperti di bawah dan tambahkan 'Passed' seperti contoh ini:


chk_system()
{
echo “Passed”
}

Jangan lupa lakukan juga perkara yang sama pada fail uninstall.sh dan upgrade.sh.

8. Simpankan ia (Save) dan masukkan perintah di bawah ke dalam Terminal:

./install.sh force

9. Pasang seperti biasa. Pilihlah kepada setiap pilihan lalai (Default Option) dan ketika pelayar web anda terbuka untuk memuat turun Addon, muat turun sahaja apa yang diperlukan. Cara pemasangannya amat mudah. Anda cuma perlu buka pelayar Firefox, dan pasang Addon melalui fail tersebut. Siap!

Jadilah ia seperti di bawah:


Powered by Blogger.