Qupzilla : Qt-based Multi Platform Web Browser

Mr.Hac adalah antara pengguna tegar pelayar web Mozilla Firefox dan telah menggunakan beberapa versi dalam satu komputer, iaitu versi stabil dan Nightly. Terbaru, Nightly versi 12.0a1 telah dilepaskan, dan Mr.Hac kemaskini versinya dengan mudah kerana pemasangan dibuat menggunakan PPA.

Qupzilla, sebuah lagi pelayar web Qt-based berasaskan enjin Webkit memasuki arena dunia pelayar web dan para penggunanya.


Direka khas untuk pengguna pelbagai sistem operasi, ia menawarkan ciri-ciri yang menarik seperti integrasi terbina dalam dengan Adblock, Speed Dial, Privacy Settings, dan Tema. Contoh tema yang menarik ialah tema Mac OS X seperti paparan skrin di bawah:


Beberapa lagi paparan skrin untuk tatapan anda:



Tak lupa juga, ia menggunakan memori yang sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan Firefox dan Chrome. Selain itu, ia melepas ujian Acid 3 dengan skor 100/100.

Pelayar web ini boleh dimuat turun di sini -> Qupzilla

Untuk Ubuntu dan terbitan darinya, anda dengan mudah boleh memasang Qupzilla menggunakan PPA:

sudo add-apt-repository ppa:nowrep/qupzilla

sudo apt-get update

sudo apt-get install qupzilla

Powered by Blogger.