Silent Hackers Ditutup Untuk Sementara Waktu

Beberapa hari yang lalu, Mr.Hac ada SMS dengan sahabat dan juga founder forum untuk pembelajaran sekuriti dan penggodam Malaysia, Silent Hackers Group (SH) iaitu Hatzwan (Hatz). Mr.Hac ada meminta kebenaran dari beliau sebenarnya untuk buat pengumuman ini, akan tetapi beliau meminta kembali kepada Mr.Hac agar tidak menerbitkan entri ini dan entri-entri berkenaan SH lagi. Atas sebab itulah blog ini agak senyap sunyi dari berita mengenai forum SH, walaupun sebenarnya Mr.Hac dah lama tahu mengenainya!

Tetapi kali ni Hatz, sori bro. Aku terpaksa. Aku dah tak larat nak jawab dalam e-mel. Bukan satu tapi berpuluh yang tanya pasal SH. Tu dalam forum. Yang 'menangis' dalam blog ni jangan cerita la. Rasa macam nak berdarah dah jari ni menaip.


Jadi kepada semua admirer Mr.Hatz (hehe), atau pengikut setia forum SH, ini adalah pengumuman yang muktamad, dan datang sendiri dari pengasasnya iaitu forum akan DITUTUP UNTUK SEMENTARA WAKTU. Ya. Untuk sementara waktu sahaja! Janganlah bimbang atau gusar. Ia ditutup pun atas kesibukan Hatz dengan jadual kerjanya yang padat.

Beliau juga ada meminta kepada Mr.Hac untuk membuka semula dan 'menjaga' forum SH sepertimana asalnya. Namun maaflah, itu merupakan tanggungjawab yang sangat berat untuk digalas. Mr.Hac bukan pakar sekuriti sepertinya. Isk! Mungkin selepas ini ia akan dibuka semula dan 'dijaga' oleh pakar IT dari kalangan rakan-rakannya.

Kepada semua, harap bersabar. InsyaAllah forum akan dibuka semula. Cuma bila masanya itu tak dapat nak dipastikan lagi. Jika anda perasan, forum SH telah dihalakan (redirect) ke blog My Hackers Are Here (MHAH). Terima kasih Hatz kerana menjadikan MHAH sebagai 'muka depan' SH.

Mr.Hac: It is an honor and a privilege for me and my blog to be the 'front page' for Silent Hackers Group. Thank you my bro. Nanti kita jumpa ok!
Powered by Blogger.