Ultimate Edition 3.0 : Gempak, Gemok, Gila lah!

Salam semua. Haha! Jangan gelak kuat sangat bila baca tajuk tu! Memang sengaja Mr.Hac mengejanya begitu supaya anda tidak berasa 'tertekan' sangat atau 'serius' bila membaca entri mengenai Linux.

Mr.Hac membawakan kepada anda satu lagi distro Linux yang amat sesuai untuk para pemula. Kenapa? Kerana ia penuh dengan aplikasi-aplikasi serta perisian-perisian yang sedia terpasang untuk anda gunakan. Ia adalah Ultimate Edition 3.0, sebuah distro Linux yang berasaskan Ubuntu 11.04 Natty Narwhal. Menggunakan paparan Gnome Desktop (2.32) sepenuhnya, ia didatangkan dengan ciri-ciri kesan visual yang hebat hasil penggunaan Compiz contohnya 3D Desktop Cube, Burn, Beam Up, Dream, Magic Lamp, Wobbly Windows, Leaf Spread, Explode dan sebagainya yang sekiranya ingin disebutkan semua di sini, panjang berjela jadinya!

Mr.Hac katakan ia 'Gempak' kerana ia penuh dengan perisian-perisian hebat, 'Gemok' (Gemuk) kerana saiz ISO yang mencapai 3.5GB dan 'Gila lah' kerana ia penuh dengan tweaking dan kesan visual, wallpaper serta theme yang cantik lagi menarik untuk anda gunakan. Jika anda sukakan tema yang gelap, distro ini banyak tema seperti itu untuk anda!

Tonton video di bawah untuk mendapatkan gambaran mengenai distro ini.




Buat mereka yang ingin bertanya, sebelum anda bertanya lebih baik Mr.Hac jawab dulu. Video ini telah direkod menggunakan Desktop Recorder (gtk-recordMyDekstop), disunting menggunakan perisian Openshot Video Editor, dan ditukar format Mp4 kepada Webm menggunakan Arista Transcoder.

Anda boleh muat turun fail ISO UE 3.0 di sini -> Ultimate Editon 3.0

Oh.. Lupa nak disebutkan, bahawa UE 3.0 juga ada versi GAMERS, dengan LXDE Desktop sebagai tampilan untuk prestasi gaming yang terbaik (kerana LXDE, seperti yang kita tahu sangat 'ringan'). Ia mempunyai lebih dari 50 jenis permainan yang anda boleh cuba sendiri setiap satu darinya. Tak termampu untuk Mr.Hac ulas satu demi satu!

Anda boleh muat turun UE 3.0 Gamer di sini -> Ultimate Editon 3.0 Gamers
Powered by Blogger.