[Windows] Advanced Batch Converter : Image File Formats


Salam sekalian jelata…

Anda masih di sana? Ya! Kita pun masih disini… Tanpa anda - entri tak bernadi jadinya. Tiada penulis yang nak jadi ayam bertelur sebiji sudah meriuh minyak di kuali. Kalau boleh biarlah sebiji itu menetas jadi ayam dan menetas lagi jadi telur ayam. Apa yang kita sampaikan seharusnya menjadi maklumat yang akan anda faham, buat, guna dan sebar. Ya! Sebarkan kepada si Pungguk yang masih mimpikan Datuk Siti tu. Hmmm…

Apabila di sebut gambar termasuk Atuk sekolah jawi zaman Pak Malau pun tahu. Apabila di tanya format gambar…. Hah! Tiba-tiba je terasa kutu miang membunting 9 bulan di kepala. Tahukah anda terdapat ratusan jenis format imej di muka bumi ini. Ilmuan tahun akhir jurusan photography pun belum tentu boleh hafal satu-satu. Tahukah anda lain format lainlah kaedah gunanya, lain format lainlah cara pembukanya. Dan bagaimakah caranya merungkai imej dengan format yang di luar subjek rutin?

Advanced Batch Converter adalah satu daripada aplikasi yang akan menjawab kusut. Perisian bersaiz kecil 5.5MB tetapi sendinya hampir sempurna. Advanced Batch Converter merupakan sebuah perisian yang mampu buat banyak perkara ke atas sekeping gambar anda. Seperti menukar format, mengubah saiz, watermark, menangkap, memotong, menambah kesan dan mewarna serta beberapa lagi. Dengan kemampuan meyokong lebih 180 format imej itu sudah menunjukkan riak kokoknya. Bagaikan tiada kekurangan fungsi format dalam perisian ini selayaknya anda tidak terfikir memaling muka kepada alternatif.

Perisian di datangkan terus dari kilang dalam versi pemasangan. Khabar baik… Advanced Batch Converter layak di gunapakai oleh semua warga Windows tanpa mengira status. Dan berita dukacitanya… anda perlu bayar kos USD69.95 sebagai pengguna berdaftar. Haiissh… Macam tak celup dek akal. Mahal melampau..!

Sekian.

Muat turun: AdvancedBatchConverter ©pr67am™201112
Kata laluan zip: pr67am
Powered by Blogger.