[Windows] KMPlayer 3.1.0.0 : Suatu Anjakan Zaman

Salam…

Hidup tanpa 'pemain media' ibarat tidur malam tanpa bantal peluk. Tanpa peneman dan tiada penghiburnya. Tidak kira apa jenama pemain media yang anda gunakan yang pasti salah satunya mesti ada dalam komputer. Walaupun di dalam sistem Windows sudah sedia ada dengan pemain media lalai seperti Windows Media Player rekaan Microsoft namun ia cumalah pencacai yang banyak pertikaian dengan Codec.

Apa itu Codec? Singkatan Code-Decoder yang juga disebut sebagai Compressor-Decompressor. Fungsinya sebagai pengubah data dan pemampat saiz video, audio dan gambar yang besar lalu memindahkannya ke dalam pemain media agar dapat dimainkan. Sekiranya anda gagal memainkan beberapa format media seperti MPEG, WMV, RMVB, MKV dan seumpamanya, maka anda di desak paksa untuk rela menukar kepada pemain media yang lebih terbilang.

Apakah pemain media yang sempurna? Semestinya pemain media yang siap tersisip bersama Codec yang lengkap seperti VLC, Gom Player, Media Player Classic dan sepertinya yang tidak akan berkata TIDAK ketika dicucuk aneka format media. Don’t di khuatir! Sempurna tapi percuma...itulah pilihan akal yang sempurna.


The KMPlayer adalah pilihan pr67am™ yang telah dipergunakan bertahun dulu. Kenapa The KMPlayer?
1. Percuma
2. Tiada masalah Codec
3. Boleh membuka format imej termasuk ISO, BIN, IMG,NRG dan juga gambar PNG dan GIF.
4. Boleh diserasikan bersama pemain media utama seperti Real Player dan Quik Time Player.
5. Antaramuka (GUI) yang ekslusif. Berkaca-kaca (aero glass) bak orang kaya.
6. Fungsi On-Off. Dimana anda boleh memainkan dan mematikan dan menyambung semula.
7. Aneka fungsi tetapan walaupun agak annoying tapi itulah kecanggihan namanya.

The KMPlayer ciptaan Korea dimana pengasasnya Young Huee Kang telah berhenti pada 2010 selepas KMPlayer dijual kepada Pandora TV. Yang kemudiannya menyambung legasi bersama Daum.net dan mencipta pula PotPlayer. Kali terakhir KMPlayer dikemaskini ialah pada Febuari 2011. Dan pada 12 Disember 2011 The KMPlayer 3.1.0.0 telah dilancarkan bersama kemaskini TERBESAR tapi masih lagi di peringkat Beta. Rasa teruja, menarik dan mendebarkan itulah pandangan pertama pr67am™ melihat antaramuka nya yang serba baru. Nampaknya KMPlayer juga tidak ketinggalan menyelusuri zaman dimana kebanyakkan aplikasi sekarang sedang merangkak ke Web 3.0.

Anda cuba, korek dan rasai sendiri. Lebih nyaman, ringan, stabil dan tiada lags seperti versi lama. The KMPlayer 3.1.0.0 dengan lesen ad-support didatangkan bersama PandoraTV dan Toolbar Ask.com. Annoying betul! Tapi anda boleh sepak penyesak itu semasa proses pemasangan. Pendek cerita - Anda mesti cuba dan nikmatilah anjakan zaman. Tak nak cuba?… tengok aje pun boleh!

Sekian.

Muat turun: The KMPlayer 3.1.0.0 Eng
Powered by Blogger.