[Windows] KuaiZip : Aplikasi Zip/Rar Sempurna


Salam...

Alah bisa...tapi kalau dah biasa akan jadi perkara biasa juga akhirnya. Merangkak dari tempurung itulah paling payah. Mengubah minda dan perpepsi sememangnya memerlukan semangat dan aderenalin yang luar biasa. Tidak salah berakit-rakit dahulu yang senang pasti menyusul kemudian.

Perisian zip / rar merupakan aplikasi mesti ada dalam komputer kita. Berfungsi untuk memampat saiz fail yang besar supaya menjadi lebih kecil dan mudah disimpan. Begitu jugalah fungsi sebaliknya untuk membuka atau merungkai fail yang mempunyai sokongan zip / rar. Sekiranya anda kaki muat turun anda pasti selalu menemui format fail sedemikian. Harus diketahui fail yang telah dimampat ke dalam format zip / rar juga merupakan salah satu langkah paling terjamin untuk melindungi fail anda dari gangguan virus. Dan satu lagi fungsi penting yang boleh dilakukan oleh aplikasi zip / rar ialah mengunci atau memasang kata kunci ke atas fail kesayangan anda dengan selamat.

7-Zip, WinZip, WinRAR adalah diantara perisian yang gah di pasaran. Sebenarnya banyak lagi yang sepertinya di luar sana tapi mungkin kerana kekurangan beberapa fungsi atau tidak mesra guna maka kurang mendapat tempat di hati pengguna. Pada September 2011 yang lepas lahir satu lagi perisian dengan fungsi yang sama. KuaiZip ciptaan dari China yang dilepaskan 100% percuma untuk semua pengguna Windows di muka bumi ini.


Serius saya katakan selepas berbulan menggunakan KuaiZip memang tidak mengecewakan. Dengan kemampuan menyokong lebih daripada 40 format fail seperti KZ, ZIP, 7Z, ACE, ARJ, BZ2, CAB, GZ, ISO, JAR, LZH, TAR, UUE dan Z. Rasanya dah cukup dalam satu untuk melancarkan semua kerja. Satu lagi kelebihan terbaik KuaiZip ialah fungsi virtual drive yang tidak ada pada 7-Zip. Dengan adanya virtual drive maka kita boleh mount fail imej untuk CD/DVD yang biasanya berformat *.iso, *.mdf, *.mds, *.nrg. Serius lagi...semenjak adanya KuaiZip maka selamat tinggallah PowerISO dan yang sedarjah dengannya.

Banyak lagi fungsi lain sebenarnya yang ada pada KuaiZip. Anda boleh rujuk [ pr67am™ ] untuk mendalami pengajian disana. Jangan kata semua produk China tak berkualiti...KuaiZip memang terbaik! Cakap siang toleh kiri dan kanan, cakap malam - kahsian...mengigaulah sorang-sorang!

Sekian.
Powered by Blogger.