28 February 2011

Aplikasi Ringkas : Safety Folder Version 1.0 dari MYHAC


Salam semua pengunjung, pelawat, pembaca, khususnya kepada follower tegar blog Mr.Hac ni..

Hari ni Hac nak bagi korang semua sebuah application (aplikasi) yang telah direka, dan dibuat oleh 2nd Admin My Hackers Are Here a.k.a MyHac iaitu Bro juaratempur..
Mr.Hac cuma tolong ubah coding sikit-sikit untuk nampak lebih kemas dan Mr.Hac telah compilekan ia menjadi aplikasi exe.

Ok..aplikasi ni memang ringkas..mudah untuk digunakan..ianya berfungsi sebagai sebuah folder, yang selamat dari ancaman virus yang merebak melalui pendrive..

Cara menggunakannya:

1. Muat turun aplikasi Safety Folder di sini --->
Safety Folder Version 1.0 by MyHackersAreHere @ MyHac

2. Ekstrak fail rar tersebut dan korang akan jumpa satu fail exe yang bernama 'Safety Folder'.

3. Klik dua kali pada fail Safety Folder.exe, dan sebuah folder bernama MYHAC akan muncul.

4. Masukkan semua fail penting korang ke dalam folder MYHAC.

5. Sekali lagi klik dua kali pada fail Safety Folder.exe

6. Korang akan diminta untuk memasukkan huruf 'Y' atau 'y'..Jadi sila masukkan huruf Y atau y..

7. Folder MYHAC tadi akan di-hidden-kan. apabila ia telah hidden, secara automatik folder MYHAC tadi telah selamat dari ancaman virus yang cara perebakannya adalah melalui pendrive..jadi korang tak perlu risau lagi tentang fail-fail penting yang korang bimbang akan dijangkiti oleh virus..bagaimana cara ia berfungsi? itu jangan tanya..istimewa punya kitorang (Mr.Hac & juaratempur) cipta..hehehe..

8. Untuk menampilkan kembali folder MYHAC, klik dua kali pada Safety Folder.exe, dan korang akan diminta untuk memasukkan kata laluan iaitu : mrhac

9. Folder MYHAC tadi akan muncul kembali..

Ini ialah Give Away Mr.Hac dan Team MyHac yang pertama..korang tak payah la nak tayang banner ke, nak itu ini ke..tak payah..
PERCUMA aje kami bagi..cuma...(ada 'cuma' ye Mr.Hac?)..heheh..
cuma korang sebar-sebarkan la mengenai aplikasi ini kepada rakan-rakan yang lain..biar semua orang dapat manfaatnya..ok?
kalau nak copy entry ni pun boleh..takde masalah..

Sebarang komen dan cadangan, sila masukkan kat bawah..




26 February 2011

Anti Office Blocking Software (Siri Kedua)


Assalamualaikum para pelawat, para pembaca dan The Hykerz sekalian..

Entry Anti Office Blocking Software dah masuk siri kedua kali ni..
Untuk kesekian kalinya Hac tak mahu menulis panjang-panjang..takut pembaca dan pelawat tak terbaca pula..biarla Hac ringkaskan entry hari ni..

Ok..entry kali ni Hac nak kenalkan korang semua dengan sebuah laman web pembangun Circumventor yang terkenal iaitu Peacefire.org.

Apa itu Circumventor?
Circumventor ialah sebuah halaman (page) yang berasaskan web (web-base) yang 'mengambil' sebuah laman web yang disekat dan 'membawanya' melalui sebuah laman yang tidak disekat untuk membolehkan pengguna melihat laman web tersebut..



Untuk mencuba halaman ini, korang boleh pergi ke sini ---> Peacefire



Korang hanya perlu memasukkan URL halaman yang telah disekat oleh Websense untuk memasukinya..
(Penerangan lebih lanjut mengenai Circumventor hanya akan dibuat pada entry yang lain)




25 February 2011

Silent Hackers : Forum Hackers Malaysia Yang Terbaik!


Yaaa..salam semua..Mr.Hac kembali lagi!

malam ni (ye la..masa Hac taip ni dah malam) Hac nak perkenalkan korang semua dengan satu FORUM HACKERS MALAYSIA yang terbaru (maksud Hac, Hac baru jumpa!) iaitu SILENT HACKERS..






Hac galakkan korang mendaftarkan diri di forum ni kalau nak belajar kaedah hacking yang lebih extreme sebab kalau korang belajar dari blog Hac ni, Hac ajarkan yang basic-basic je (merendah diri la pulak)..

Jadi..korang jangan buang masa la ye..jom kita sama-sama belajar hacking kat sana..benda menarik macam ni kena sebarkan!



Sila klik disini ---> Silent Hackers Community

24 February 2011

Anti Office Blocking Software (Siri Pertama)


Assalamualaikum semua..

Setelah sekian lama Hac tak buat apa-apa post (lama ke?), hari ni Hac kembali lagi dengan entry terbaru yg lebih hangat daripada biasa (err..Hot FM marah tak aku guna tagline dorang?)

Hac datang kembali bersama entry baru yang penuh dengan kemarahan, yang kemuncak! Hac siap mintak tunjuk ajar dari otai iaitu dgodam untuk menyelesaikan masalah global yang dah mula menyerap masuk ke dalam negara Malaysia..Hac rasa betul-betul diperbodohkan..apakah masalah itu Hac? Hmm..masalahnya ialah, pejabat telah memakai blocking software yang lebih hebat dalam memerangi laman web yang tiada kaitan dengan pekerjaan!!

Semua laman seperti Facebook, Orkut, Myspace, Shoutmix, Nuffnang, semuanya telah disekat oleh pejabat..Hac berani cakap tiada apa cara yang Hac tak cuba..segala macam perisian, kaedah, tips dan helah, yang telah Hac gunakan namun kesemuanya menemui jalan buntu..Hac ada merujuk kepada beberapa pakar godam luar negara, namun masih belum dapat jawapan..

Buat masa ni, Hac belum jumpa lagi satu-satu kaedah yang paling mudah untuk seseorang yang hanya tahu asas pengkomputeran, untuk membenarkannya melayari laman yang telah disekat melainkan penggunaan perisian (software).
Sebelum ni Hac pernah membuat post tentang Ultrasurf dan Hotspot Shield..
tapi kali ni Hac nak tulis entry tentang Toonel pula..

Ok..perisian pertama yang akan Hac perkenalkan kat korang semua ialah Toonel.net..
Toonel.net telah ditulis sepenuhnya dengan menggunakan skrip/kod Java (sapa kata Java tak power tu?)
pada asalnya ia dicipta untuk menjimatkan penggunaan bandwidth bagi yang membayar untuknya (contohnya pengguna broadband, Streamix, P1 Wimax, dan lain-lain..).
Namun kaedah ia berfungsi telah menyebabkan ia menjadi perisian anti Blocking Software secara pasif..
Ia mengkompresi/memadatkan hampir kesemua lalu lintas (traffic) seperti HTTP, Email, FTP, dan data TCP/IP yang lain melalui satu 'terowong' (tunnel) dalam perisian Toonel.net. Ia mengurangkan sumber kuasa yang dipindahkan antara pelayan dan pelanggan (server and client) yang menjadikan kadar penggunaan bandwidth lebih menjimatkan..Data yang terenkrispsi melalui terowong Toonel.net ini telah menyebabkan sambungan internet menjadi lebih selamat..korang juga boleh gunakan ia untuk anonymous surfing..

Untuk web browser, korang perlu setting dahulu..
Proxy : 127.0.0.1
Port : 8080

Kat mana nak cari setting-setting ni? ada dalam web browser la~
Heheh..setiap browser tak sama..macam Hac, Hac menggunakan Maxthon 3.0..ia lebih mudah kerana sudah mempunyai 'button' untuk setting proxy..

Untuk Internet Explorer, klik Tools > Internet Options > Connections > LAN Settings > Use a proxy server for your LAN

Untuk Mozilla Firefox klik Tools > Options... > Advanced > Network > Connection > klik pada Settings...

Untuk Google Chrome klik button tools  (bentuk spanar) > Options > Change proxy settings > LAN Settings > Use a proxy server for your LAN

Untuk Maxthon klik Menu > Proxy > Settings > Use custom Proxy Setting

Jadi dah jumpa setting browser masing-masing? Mari kita muat turun perisian ni..

Sila klik di sini ---> Toonel.net

Kelebihan Tool.net :

- Tidak perlukan pemasangan (installation)
- Saiz yang sangat kecil (117KB)
- Mudah alih (portable)

Kekurangan Tool.net:

- Versi lama yang sudah tidak dikemaskini lagi
- kelajuan internet yang berkurangan/perlahan
- Nak tonton Youtube? - tidak digalakkan kerana video loading agak lambat

Sebarang pandangan, komen, cadangan, sila lontarkan suara minda anda yang bernas di bawah..





22 February 2011

Tips Memilih Kata Laluan Yang Selamat


Salam semua..Ok la..malas dah nak tulis intro panjang-panjang ni..seperti yang dijanjikan, Hac nak bagi korang entry dari blog dgodam..Entry ni la yang paling mudah Hac nak ambil sebab yang pertama, Hac tak perlu nak terjemah, yang kedua Hac tak perlu nak tulis panjang-panjang, sebab ianya adalah sebuah video..oleh itu, sila la tonton video dibawah dalam TV FULL HD..sebab ape? saje je buat ayat camtu..gempak sikit..hahaha..kredit kepada dgodam atas ehsan beliau untuk entry Hac kali ini..










Mematikan Proses 'Not Responding' Dengan Trik Mudah


Assalamualaikum semua..The Hykerz dan pembaca sekalian, Mr.Hac harap korang semua ok-ok la hendaknya..

Orait..entry ni, Hac nak berikan kredit kepada Devil-404 kerana entry ni Hac ambil dari blog dia..Hac dah lama bertegur sapa dengan Devil-404 ni..cuma yang buat Hac agak terkejut, umurnya baru belasan tahun (dah lupa berapa belas tahun) tapi dah jadi seorang yang pakar dalam bidang pengkomputeran (lebih tepat lagi seorang hacker)..

Oleh itu Hac nak kenalkan korang semua dengan beliau melalui entry Hac kali ni..

Kaedah yang beliau ajarkan sangat mudah..mulakan dengan klik kanan pada desktop dan pilih
New > Shortcut
Isikan pada kotak tetingkap shortcut itu dengan baris perintah berikut:

Taskkill /F /FI “NOT RESPONDING"

kemudian klik Next..namakan shortcut ini dengan nama Kill Not Responding dan klik Finish..
Korang akan mendapati ada satu shortcut baru telah berada pada desktop..
Setiap kali apa-apa program mengalami crash, cukup sekadar klik dua kali pada shorcut ini untuk mengakhiri proses tersebut..

Untuk lebih faham, sila klik di sini ---> Kill Not Responding

P/S: Entry akan datang Hac akan ambil entry dari blog dgodam pula..tungguuuuuu...(Hac nak merapatkan silaturrahim sesama hackers aje..)




Hack Akaun Administrator Daripada Akaun Guest


Salam semua The Hykerz dan pembaca-pembaca sekalian..

Pada entry hari ni, Hac akan ceritakan kaedah mudah untuk menggodam akaun administrator hanya dari akaun guest..
Sebelum ni Hac pernah menulis kaedah hacking akaun administrator
di sini ---> Tips Hacking Untuk Permulaan

Itu la antara artikel/entry terawal Mr.Hac di arena blogging ini..Kali ni Hac nak berkongsi satu lagi cara mudah untuk kita godam akaun administrator ni supaya kita mendapat kesemua hak-hak istimewa yang hanya boleh digunakan oleh akaun administrator..

Konsep Kaedah Godam:

Tekan kekunci shift 5 kali dan komputer akan menunjukkan kekotak dialog sticky key.Ia berfungsi biarpun pada skrin logon. Tetapi jika kita mengganti sethc.exe yang bertanggungjawab untuk Kotak dialog sticky key, dengan cmd.exe, dan kemudian kita 'keluarkan' sethc.exe dengan menekan butang shift 5 kali pada paparan logon, kita akan mendapatkan command prompt dengan hak istimewa administrator kerana tiada pengguna yang telah log masuk. Dari sini kita boleh godam kata laluan administrator, bahkan dari sebuah akaun Guest.

Berikut adalah kaedah untuk melakukannya:

Anda harus berada dalam akaun tetamu (Guest) dengan write access ke system32.

* Pergi ke C: / windows/system32
* Cari Cmd.exe, salin dan tampal (copy and paste) pada desktop.
* Cmd.exe rename menjadi sethc.exe
* Salin (copy) sethc.exe kepada folder sistem 32 tadi, dan ketika ketika tetingkap meminta untuk overwrite file tersebut, klik 'Yes'.



Kemudian log out dari akaun Guest, dan ketika tetingkap untuk memilih akaun pengguna (user account) ditampilkan, tekan kekunci Shift 5 kali..

Kekotak dialog sticky key, yang sepatutnya terbuka ketika kekunci shift ditekan sebanyak 5 kali, telah digantikan dengan Tetingkap Command Prompt dengan hak penuh akaun Administrator akan terbuka..



Setelah itu, taip 'net user administrator 12345' (tanpa pembuka dan penutup kata) dimana 12345 adalah kata laluan yang akan digunakan..sekiranya ada 'error', sila tukar 12345 kepada kata laluan yang lebih kompleks/sukar untuk diteka..habis taip, tekan enter..

Korang akan nampak "The Command completed successfully"..tutup tetingkap Command Prompt tadi dan login dengan akaun administrator beserta kata laluan yang baru tadi..Selesai!

Tips Ekstra:

Selanjutnya korang juga boleh mencipta lebih akaun pengguna dari Command Prompt dengan menaip 'net user namauser/add' dimana namauser ialah nama akaun pengguna baru yang ingin korang cipta..(nama tu boleh letak apa-apa aje)

Seterusnya korang sorokkan akaun tersebut dengan cara:

pergi ke registry editor dan cari key berikut:

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\SpecialAccounts\UserList
 
(untuk pergi ke registry editor, pergi ke butang start, run... dan taip regedit)

Buat satu DWORD value yang baru, dan rename ia kepada nama akaun pengguna yang korang dah cipta tadi..valuenya tukarkan kepada 0..selesai! akaun tu dah disorok bersama dengan akaun administrator..
kalau nak tukarkan ia supaya tidak disorok (un-hide), hanya ubah valuenya kepada 1..

Seperti biasa jangan lupa tinggalkan komen dan pandangan korang yang membina kat bawah ya.. :)






21 February 2011

E-Book Hacking Percuma Dari Mr.Hac (Siri 2)


Salam semua The Hykerz dan para pembaca yang dikasihi..

Kali ni Hac nak bagi korang semua muat turun sebuah e-buku (e-book) yang Hac dapat..dapat dari mana? Tu jangan tanya..heheh..yang penting korang boleh muat turun secara percuma sahaja..nama E-book tersebut ialah:
The Hacker's Underground Handbook..







E-book ni pada asalnya boleh dibeli di sini --- > The Hacker's Underground Handbook dengan harga USD24.95..korang darab la dengan 3.5, baru dapat harga Ringgit Malaysia (kalau tak silap Hac 3.5 atau 3 laa..)

Tetapi di blog Hac, korang boleh muat turun secara percuma aje..nak bayar jugak? boleh..korang klik aje button follow kat bawah tu..Hac dah cukup berterima kasih dah..hehehe..

Ok..jangan buang masa ye..jom sama-sama kita sedut e-book ni! (Hac letakkan dalam akaun 4shared Hac sebab akaun mediafire mengalami masalah)



Klik Di Sini ---> The Hacker's Underground Handbook





20 February 2011

E-book Hacking Percuma Dari Mr.Hac


Assalamualaikum semua The Hykers, pembaca setia My Hackers Are Here dan para pelawat yang budiman..

Hari ni, Hac nak kongsi dengan korang semua satu e-book yang Hac jumpa tadi..err..buka Hac yang karang e-book ni tapi orang lain..Hac tukang download aje..heheh..






Tapi e-book ni boleh kata terbaik dalam kelasnya la kerana ia menceritakan hampir keseluruhan perkara mengenai programming fail batch..
dan nama e-book ini ialah BATCH FILE PROGRAMMING..
E-book ini telah ditulis oleh Premkumar.S..Kredit diberikan sepenuhnya kepada beliau serta uploader asal e-book ni..

Tapi sebelum Hac memberikan korang akses kepada e-book itu, pertama korang harus tahu apa itu Batch File Programming.

file Batch pada dasarnya adalah urutan/aturan perintah DOS yang disimpan di dalam sebuah fail teks dengan sambungan "BAT". Ketika dijalankan, batch mengeksekusi setiap baris dalam fail batch seolah-olah mereka menaip di konsol. Jadi pada dasarnya, ia adalah fail-fail yang mengandungi perintah DOS yang biasanya korang taip pada command prompt.


Batch file digunakan untuk melakukan tugas-tugas yang berulang. Daripada menaip dalam perintah berulang kali untuk melakukan tugas-tugas tertentu, korang boleh membuat file batch yang melakukan kesemuanya secara automatik dengan melakukan satu set perintah sekaligus.


Jadi mengapa harus seorang hacker tahu pengaturcaraan batch? Hac akan memberikan beberapa idea untuk korang pilih sendiri:


Serangan:

-DNS Poisoning
-Packet flooders
-Dictionary attacks
-Creating Viruses
-Service Disabler
-Clearing Logs



Gangguan:

-Bombers (Fork, Broadcast)
-Msg Annoyers
-Flooders (user, folders)
-Extension changer (ex. html -> exe)
-Keystroke remapper

Jom..jangan buang masa lagi..jom download e-book ni cepat!


Klik Di Sini ---> Batch File Programming


Jangan lupa bila dah klik untuk download tu, tinggalkan la komen ye..terima kasih semua.. :)




Perisian i-Visit v1.2 by George : Perisian Penjana Trafik !


Salam kepada semua The Hykerz dan para pembaca blog My Hackers Are Here..

Untuk entry kali ni, setelah Mr.Hac mengkaji serba sedikit mengenai perisian yang dapat menjana trafik 'palsu' untuk blog, kali ni Hac nak bawakan kepada korang satu perisian yang sama fungsinya..cuma, untuk entry sebelum ni, Hac ceritakan tentang Magic Traffic Bot..malangnya, perisian itu seperti tidak menjalankan fungsinya dengan baik apabila trafik tidak naik seperti yang diharapkan (seperti rungutan Kata Aku kepada Mr.Hac..heheh..)

Tetapi, untuk perisian yang Hac ingin kenalkan kepada korang sebentar lagi, Hac dah pun uji keberkesanannya dan ternyata ia membaca trafik yang membuak-buak bagaikan air lautan mencurah ke pantai ke blog korang (eerrr..boleh ke guna ayat sastera ikhtisas macam ni? metafora beb..)

Perisian tersebut ialah i-Visit version 1.2 yang telah dicipta oleh George..perisian ini menggunakan proxy yang berbeza untuk 'melawat' atau 'ping' blog/website korang dengan menggunakan Bot..dan ternyata ia memberi kesan serta-merta setelah digunakan..kalau tak percaya, boleh rujuk kepada stats dalam blog..di bahagian paparan antaramukanya (interface), korang boleh terus settingkan URL blog korang yang hendak 'dilawati' oleh bot perisian ini dan juga URL REFERER..jadi, kalau korang tak tau nak setting URL REFERER tu, hanya biarkan ia kepada setting 'default' iaitu google.com
Paparannya mudah untuk difahami oleh orang yang baru nak mula pakai PC sekalipun..jadi jangan la risau..

Bukan apa..Hac cuma nak bantu blog yang baru nak naik, supaya sama-sama naik dengan blog yang kononnya OTAI dengan SEO, entry menarik, dan sebagainya..OTAI ke PETAI??
Trafik ko je la yang naik sebab ada ramai blogger-blogger
yang nak dapat tips SEO dari blog ko la kononnnya?
Hac panas hati dengan orang macam ni..tu sebab la Hac usaha jugak cari perisian yang terbaik agar dapat kita semua sama-sama naik menuju puncak kejayaan..perrghhhh...ayaaattt..hahahah..lupakan aje la kata-kata Hac ni..

Hmm..ok..Jom kita muat turun perisian terbaik dari blog Mr.Hac..ok?
Sila klik pautan dibawah:


Klik Di Sini ---> i-Visit v1.2


PERHATIAN: Proxy yang berada dalam senarai akan 'mati' setelah beberapa hari..oleh itu, kalau korang nak proxy yang baru, yang boleh digunakan lagi, sila e-mel kepada Mr.Hac di:


saiful.putra86@gmail.com

P/S: Maaf la kalau bosan baca entry ni tanpa gambar, sebab entry ni tidak memerlukan sebarang gambar..heheh..(macam cerita kembar siang pulak..'Filem ini tidak memerlukan sebarang tagline'..)





18 February 2011

Hotspot Shield


Assalamualaikum semua..The Hykerz apa macam? ada baik? heheh.. (macam loghat ape ntah)

Ok..tengok tajuk kat atas, Mr.Hac nak kenalkan dengan korang semua, perisian Hotspot Shield..perisian ni, sama macam Ultrasurf..fungsinya adalah untuk 'memecahkan' firewall pejabat anda, dan melangkaui segala sekatan yang ada..contohnya, kalau tak boleh bukak youtube, facebook, nuffnang, twitter, dan SHOUTMIX sebab pejabat dah sekat (block), gunakan Hotspot Shield ni dan korang semua akan dapat bukak kembali..


Kelebihan Hotspot Shield: Hac gunakan Hotspot Shield ni pun sebab Hac dah cuba macam-macam sebelum ni untuk bypass restriction office..jenuh cuba Real Hide IP, Platinum Hide IP, Super Hide IP, Hide The IP, Auto Hide IP dan Hide IP NG..malangnya tiada satu pun yang berkesan melainkan Ultrasurf..tapi sejak dua menjak ni, Ultrasurf seolah-olah 'enggan' untuk bukak blog My Hackers Are Here..mungkin, blog ni URLnya mengandungi perkataan 'hack', jadi ia tak boleh nak 'retrive' URL blog ni disebabkan telah bertentangan dengan prinsip syarikat pembangun perisian Ultrasurf tu..oleh sebab itu la Hac mencuba perisian Hotspot Shield ni pula..dan ia nampaknya berkesan..!!

Kekurangan Hotspot Shield: Ia perlu di-install terlebih dahulu..berbanding dengan Ultrasurf yang lebih 'Green Software' iaitu tidak perlukan pemasangan (installation) dan boleh terus digunakan sebaik habis dimuat turun..kemudian, Hotspot Shield ni mengandungi iklan yang agak mengganggu jugak la kadang-kadang..kalau Ultrasurf, tiada sebarang iklan yang akan ditayangkan..namun, disebabkan Ultrasurf tak boleh lagi bukak blog Hac, Hac dah tiada jalan lain melainkan pakai juga la..



Apapun, korang semua boleh cuba perisian tu dengan meng-klik link dibawah:


Klik Di Sini ---> Hotspot Shield





Kenali Autorun


Salam semua pembaca dan kepada The Hykerz..semoga korang semua ceria selalu..

Hari ni, Mr.Hac nak cerita sikit pasal autorun..
Ape ke mendenya autorun tu Mr.Hac?

Hmm..ok..autorun ni ialah fail yang menjalankan program, dokumen, atau fail yang lain apabila cd atau pen drive dimasukkan.

Bagaimana nak cegah virus dan autorun dan merebak dalam pendrive?

Caranya mudah sahaja..ikut langkah-langkah dibawah:

1. Cipta 1 folder baru dalam pendrive.

2. Rename folder tersebut kepada 'autorun.inf'.

3. Dalam folder yang dah direname kepada autorun.inf itu, cipta 2 lagi folder baru.

4. Rename folder-folder tersebut kepada 'setup.ini' dan 'setup.inf'.

Selesai!

p/s : pastikan pendrive korang bersih dari virus terlebih dahulu sebelum melakukan apa yang Hac ajar ni..

Bagi yang tak faham, Hac dah sediakan link untuk korang muat turun aje folder autorun.inf tersebut..



Klik Di Sini ---> autorun.inf


Tapi Mr.Hac nak bagitau, folder ni dah di-hiddenkan awal-awal..oleh itu korang kalau extract fail ni, memang tak nampak ape-ape la!
kalau nak nampak, macam biasa la..gunakan registry file 'Show Hidden Folder' yang ada dalam folder C.P.R yang Hac bagi dulu tu..apa? dah hilang? hmm..
nah..muat turun balik, dekat bawah ni:



Klik Di Sini ---> C.P.R



Bila nak sorokkan balik fail tu, korang gunakan registry file 'Hide Folder'..itu aje..senang..



Kenapa perlu cipta folder macam tu?

Ok..macam ni..fail autorun yang akan menjalankan fail virus dalam pendrive akan dinamakan 'autorun.inf'..apabila satu folder dengan nama yang sama dibuat, fail autorun 'jahat' yang akan menjangkiti pendrive tidak dapat 'menamakan' dirinya dengan nama yang sama seperti folder tersebut! mudah sahaja..namun, malangnya ada juga virus yang bijak, yang akan mencipta fail-fail setup di dalam folder yang telah dibuat untuk TETAP menjalankan autorun jahat tu tadi..jadi, kita ambil langkah awal dengan membuat 2 lagi folder didalam folder autorun.inf tersebut dengan menamakan ia sebagai 'setup.ini' dan juga 'setup.inf' kerana fail setup yang telah dibuat oleh virus akan menamakan dirinya, dengan nama itu..jadi ia juga tidak dapat bertindak apabila namanya telah digunakan! ia tiada fungsi lagi kerana untuk menamakan dirinya sebagai 'setup2.ini' atau 'setup2.inf', fungsi asal tidak akan berjalan..

Faham dengan tutorial kali ni? ok..jangan lupa tinggalkan komen dibawah..

Kredit kepada: 2nd Admin, juaratempur




17 February 2011

Muat Turun Google Sniper Beserta Dengan Video


Salam kepada semua The Hykerz dan para pembaca sekalian..

entry kali ni Hac nak bagi kredit dekat Inpirational Efeks sebab bagi cadangan @ request dekat Hac untuk memasukkan entry ni..(ye la kadang-kadang blur jugak tak tau nak tulis apa, atau nak tulis yang mana satu pada masa tu)

Walaupun entry kali ni tiada kena mengena dengan Hacking, tapi blog My Hackers Are Here ni akan memenuhi arena tip n trik komputer sebab kalau duk cerita bab hacking aje, pembaca dari luar belum tentu berapa peratus..heheheh..

Jadi kita kembali kepada tajuk entry..sebenarnya entry ni diminta baru sekejap tadi aje..Hac tak sempat nak kaji sampai habis..(ye la..baru berapa minit aje sebelum ni entry ni di-request)

Hmm..oleh itu, Mr.Hac hanya mampu bagi pautan untuk korang semua muat turun e-book Google Sniper beserta dengan videonya sekali..dan Hac minta maaf la sebab tak sempat nak muat naik ke dalam akaun mediafire Hac..ni fail yang berada dalam akaun enterupload..laju jugak la kalau download..


Google Sniper with Additional Videos part 1 (Klik di sini)


Google Sniper with Additional Videos part 2 (Klik di sini)



Ok..jangan lupa tinggalkan komen ya..





Kaedah Untuk Login Ke Blog Dengan 100 Akaun Gmail!


Assalamualaikum semua The Hykerz dan pembaca sekalian..

Kali ni, Hac nak kongsi kaedah seperti tajuk di atas, setelah akaun gmail
Stori Mori Torkonang Juo telah digodam dan beliau tidak lagi dapat mengakses ke blognya sehingga memaksa beliau untuk buat kembali blog tersebut dengan alamat blog yang berbeza disini..SADIS! Jadi entry kali ni Mr.Hac dedikasikan untuk beliau..kesian beb..




Jadi untuk mengelakkan hal ini berlaku lagi, Hac nak ajar korang semua cara nak login ke blog korang dengan 100 akaun gmail beserta dengan taraf admin daripada akaun gmail yang asal..
haa? boleh ke? boleh la!

Jom kita mulakan pembelajaran!


- Buat akaun Gmail lagi satu (khas untuk kecemasan)

- Bila dah siap, mulakan dengan login ke akaun blog anda di http://www.blogger.com
(masukkan emel asal)

- Masuk ke Settings > Permissions

- Tekan 'Add Authors' dan masukkan alamat emel Gmail baru yang korang dah buat sebentar tadi

- Tekan 'Invite'

- Setelah tu LOGOUT dahulu akaun gmail asal yang masih AKTIF ketika itu..

- Kemudian login ke akaun Gmail kedua tadi (akaun Gmail yang baru tu la..ok?)

- Korang akan menerima satu emel yang mengandungi pautan (link) yang menuju ke jemputan (invitation) dari blog korang sebagai penulis jemputan (author)

- korang klik pautan tu dan korang akan dibawa ke satu borang (form), isi borang tu, dan klik untuk terima undangan dari 'owner' asal blog tadi (yang semestinya korang la kan?heheh..)

- Ok..sekarang korang dah boleh login dengan 2 Gmail akaun setelah akaun Gmail kedua tadi berjaya dibawa ke dashboard..haha..

- Untuk menukar akaun emel kedua tu kepada Admin (yang semestinya dapat mengakses ke semua tempat dalam blog) LOGOUT dahulu akaun kedua tadi dan login semula dengan Gmail asal..

- Seperti biasa pergi pada Settings > Permissions

- Klik pada 'grant admin privileges', pada nama akaun gmail kedua tadi..

-NAH! sekarang korang dah ada dua akaun Gmail yang dapat mengakses kesemua tempat dalam blog korang!

- Kalau nak masukkan 100 alamat emel, ulang proses diatas sebanyak 99 kali dengan 99 lagi akaun Gmail!


Amacam? puas hati dengan penerangan Mr.Hac kali ni?
kalau puas hati sila la follow..heheheh..




16 February 2011

Cipta Virus Dengan Perisian Virus Generator


Salam semua The Hykerz dan para pembaca..

hari ni Mr.Hac nak kongsikan benda yang mudah aje..
sebab hari ni Mr.Hac agak pening sikit..malas nak fikir benda yang rumit..
tapi sebelum tu, Mr.Hac nak ambil kesempatan untuk berterima kasih atas header baru yang telah dibuat dan disiapkan oleh abgteror..korang nak header free tak? abgteror sedia menolong tanpa bayaran..kalau tengah taip entry, selit aje nama dan link ke blog abgteror sebagai 'bayaran' dan tanda terima kasih kepada beliau..heheh..


Nak header cun pegi kat sini ---> abgteror Page's



Ok..berbalik kepada Virus Generator, terlebih dahulu, korang pegi muat turun perisian VIRUS GENERATOR pada pautan dibawah:

Klik Di Sini ---> Virus Generator

Dengan menggunakan perisian yang Mr.Hac bagi ni, korang semua tak perlu jadi pakar coding atau pakar programming untuk mencipta sejenis virus..Perisian ini dapat bekerja dengan baik pada Windows Vista, dan XP..windows 7 pun boleh juga kerana Mr.Hac dah mencubanya pada netbook Mr.Hac yang menggunakan Windows 7 Professional..

Korang dah muat turun perisian Virus Generator tu?

Ok..yang pertama, jalankan fail 'In Shadow Batch Virus Generator.exe' (klik dua kali)..

Terdapat banyak pilihan yang boleh korang pilih seperti:

1. Menjangkiti berbagai jenis extension..
2. Memasukkan virus ke dalam startup menu, dan mematikan berbagai jenis proses..
3. Mematikan sistem sekuriti PC seperti firewall, windows defender, antivirus..
4. Menamakan semula (rename) berbagai jenis extension dan dapat menyebarkan virus melalui perkongsian fail..
5. Mencipta satu lagi akaun admin dan menukar kata laluan akaun pengguna (user account)
6. Menyekat laman web, memuat turun fail trojan ke komputer mangsa, mematikan (shut down) komputer mangsa dan pelbagai lagi fungsi virus yang korang boleh pilih..

Selepas dah puas hati memilih pilihan untuk fungsi virus, beralih kembali ke 'Creating Options' dan tekan 'Save as Bat'..

Sekarang virus korang dah pun siap!

nak lebih profesional lagi, korang convert atau tukarkan format batch (bat) kepada exe dengan perisian Bat To Exe Converter dibawah!

Bat To Exe Converter (Klik di sini)

Peringatan: Tutorial ini hanya untuk tujuan pendidikan sahaja..sila skrol ke bawah dan baca PENAFIAN dari blog Mr.Hac ni..jangan sesekali mencuba virus ini di komputer korang sendiri! kalau jahanam Mr.Hac tak tanggung!




Eset Smart Security 4.2.71.2 Including Username and Password Finder


Assalamualaikum semua The Hykerz dan pembaca-pembaca blog MyHac..

(Entry ni ialah update daripada entry yang Mr.Hac tulis semalam..Mr.Hac nak bagi pautan kepada installer yang bermasalah semalam tu..apa-apa kesalahan Mr.Hac minta maaf la ye..)


Hari ni Hac nak kongsikan dengan korang semua satu perisian Antivirus, Antispyware, dan juga Antispam yang terbaik pernah Hac pakai selama ni..

Perisian yang Hac nak kongsikan kali ni ialah Eset Smart Security Versi 4.2.71.2 (Versi Paling Baru) yang telah Hac muat turun sendiri dari laman web rasmi ESET..mesti korang musykil macam mana Hac boleh muat turun sedangkan kita perlu memasukkan lesen yang telah dibeli barulah boleh memuat turun perisian tersebut..




Jawapannya mudah sahaja..Hac menggunakan satu lagi perisian kecil yang dinamakan TNOD Username and Password Finder..fungsi perisian ini adalah untuk memuat turun kesemua lesen yang masih sah untuk digunakan dan dikumpulkan dalam satu log..

Jadi mengapa perlu kita menggunakan perisian antivirus crack sedangkan kita boleh memakai perisian yang 100% installer asli dari laman pembangunnya..Eset Smart Security adalah sangat ringan berbanding antivirus + internet security yang lain..ia tidak melambatkan sistem komputer dan apabila proses virus scan sedang berjalan, korang boleh buat kerja macam biasa tanpa pengurangan prestasi kelajuan PC..tambahan pula, Eset pemegang rekod sangat kurang FALSE ALARM atau FALSE POSITIVE iaitu kesalahan dalam pengesanan virus..selain itu, masa untuk boot juga adalah sangat pantas..jadi, berkenaan prestasi, Eset sememangnya antivirus yang sangat ideal..

Proses scanning juga adalah sangat-sangat pantas berbanding dengan antivirus yang lain..keseluruhan proses kadangkala hanya memakan masa 45 minit sahaja berbanding 2 hingga 3 jam oleh antivirus terkenal..ia juga mempunyai personal firewall yang boleh disetting mengikut kehendak kita sendiri..Eset ada sesuatu perkara yang unik iaitu ia seolah-olah ada 'otak' yang akan menganalisis virus baru yang belum dikesan oleh mana-mana antivirus..mungkin kekurangan yang boleh dilihat pada Eset Smart Security hanyalah ia tiada parental lock/parental protection namun berkemungkinan besar pada masa akan datang kita akan dapat melihat ciri-ciri ini pada perisian Eset Smart Security..

Hac sarankan tolong jangan percaya kepada majalah-majalah, mahupun perbandingan antivirus terbaik yang dibuat oleh laman web yang mengaku laman bebas, yang membuat ujian untuk perbandingan tentang mana satu antivirus yang terbaik..ini kerana mereka semua ini tidak boleh dipercayai..mereka dapat komisen yang tinggi hasil dari promosi yang dibuat..kalau boleh mereka semahu-mahunya meletakkan Eset no 10 atau tiada langsung agar menampakkan antivirus yang lebih tersohor seperti Norton, Kaspersky, Bit Defender, F-Secure, Mcafee dan lain-lain..

Hmmm..Mr.Hac tak nak cerita panjang-panjang lagi, korang semua boleh muat turun perisian antivirus Eset Smart Security versi 4.2.71.2 beserta dengan Password Findernya sekali yang telah Hac muat naik dalam akaun mediafire..

cuma Hac nak ingatkan, jangan bimbang..nanti kalau lesen tersebut sudah tidak valid lagi atau sudah tamat tempoh penggunaannya, korang hanya perlu muat turun lesen yang baru menggunakan perisian TNOD tersebut..mudah kan?
Ok..sila klik pada pautan di bawah:


Klik Di Sini ---> Eset Smart Security 4.2.71.2.msi

Klik Di Sini ---> TNOD Username and Password Finder 1.4.0.15


Kalau ada yang tak tahu cara nak guna, sila tinggalkan komen di bawah ye..





14 February 2011

Muat Turun Web Browser Terhebat dan Paling Laju Di Sini!


Assalamualaikum The Hykerz dan pembaca-pembaca yang sangat Mr.Hac hargai..

Pada hari ni Mr.Hac nak berkongsi dengan kalian semua tentang satu jenis web browser yang paling hebat Mr.Hac pernah jumpa! Ia lebih hebat dari Google Chrome, Mozilla Firefox, apatah lagi Internet Explorer!
Mr.Hac berani jamin sebab Mr.Hac sendiri dah cuba pakai dan ternyata ia sangat berbeza kerana ia sangat laju, dan sangat memudahkan segala urusan kerja hacking Mr.Hac..

Apakah nama web browser tersebut? ianya adalah Maxthon 3.0!
sebab apa Mr.Hac cakap ia memudahkan kerja hacking? sebab ia mempunyai Notepad Terbina Dalaman secara atas talian (online) dan bagi seorang hacker yang tegar, tiada yang lebih penting dari NOTEPAD!
kemudian kalau Google Chrome, ia mempunyai Ad Block untuk menyekat laman yang menampilkan iklan secara popup atau tampalan yang perlu dipasang (install) terlebih dahulu..namun bagi Maxthon, ia sudahpun mempunyai Perisian Penyekat Iklan Dalaman yang diberi nama AdHunter! ia tidak perlu dipasang lagi!
dan lagi yang lebih menarik, saiz web browser ini sangat kecil..saiznya setelah dipasang pada PC hanyalah 49.99MB berbanding 145MB oleh Google Chrome..wah! dahsyat!




Maxthon 3.0 mempunyai pilihan (options) yang sangat banyak sehingga korang tak mampu menidakkannya..korang semua boleh tetapkan enjin carian seperti bing, google dan lain-lain untuk dijadikan 'default search engine', boleh tetapkan proxy sendiri, penampilan dan fungsi yang menyamai Chrome, tidak crash dengan kerap seperti Chrome, tidak lembab seperti Internet Explorer, sangat sesuai untuk HACKERS apatah lagi CRACKERS dan lain-lain, dan lain-lain, dan lain-lain.....(banyak sangat kalau nak buat list beb!)



Jadi korang semua jangan buang masa lagi! cepat pergi muat turun dan cuba browser terhebat ini sekarang! (direkomenkan oleh MY HACKERS ARE HERE!)



Klik Di Sini ---> Maxthon 3.0


Jangan lupa lihat juga entry Hac yang ini ---> Web Browser Terbaik, Terhebat, Terpantas!

Hack Speed Trap!


Assalamualaikum The Hykerz dan para pembaca blog MyHac semua..
kali ni Hac nak ajar cara nak melakukan deteksi terhadap Kamera Pendeteksi Kelajuan (Speed Camera)
hanya dengan menggunakan setting yang ada pada telefon bimbit korang semua..tapi model yang dapat melakukan pendeteksian (berfungsi sebagai radar) terhadap speed camera ni hanya model NOKIA aje..bukan Cokia ye...heheheh..mungkin ramai yang dah tahu cara yang Hac nak ajarkan ni, tapi mungkin juga ramai yang tak tahu kan? bukan apa..hari tu Hac kena saman sebanyak RM900 (3 saman) disebabkan memandu terlalu laju di jalan raya..160kmj mana ada laju kan? hmmm..oleh itu Hac pun cari jalan supaya nak elakkan saman lain kali..bukan niat di hati Hac nak pandu melebihi had laju kebangsaan..tidak..tapi Hac bimbang kalau-kalau di lain hari Hac TER-bawak laju..mana la tahu, kot-kot kecemasan ke..kan?
cuma yang Mr.Hac dapat tau, tetapan ini hanya berkesan kepada telefon bimbit Nokia jenis lama atau jenis yang tiada screen color tu..haa..(laku la handphone yang macam tu lepas ni)





Jadi apa lagi? mari kita mulakan ya..

1. Tekan menu
2. Cari settings > Phone settings > General
3. Setelah itu cari Security settings > Phone and SIM card
4. Kemudian cari Closed user group
5. Pilih ON
6. Masukkan nombor 00000 (5 kali nombor 0)
7. Tekan Ok
8. Tekan 'Back' sehingga korang sampai kepada skrin utama. Imej dengan 3 dot dan garisan (bentuk seperti radar) akan muncul pada bahagian atas skrin dan 00000 akan berada di sebelahnya.



Apabila korang berada di jalan raya dan tiba-tiba berhadapan dengan polis yang menggunakan speed camera, telefon bimbit korang tu akan berbunyi (beeping). Satu nasihat Hac kalau boleh jangan la bawak kenderaan tu laju-laju macam Hac..nanti kena saman..lagipun kan memandu laju tu berbahaya? (jadi baik la pulak Mr.Hac ni..hehehe..) apa-apa pun tetapan (settings) ni kalau boleh patut digunakan ketika terdesak sahaja..Mr.Hac juga dapat tau ada satu lagi aplikasi yang bertindak serupa namun untuk entry kali ni biar la Mr.Hac ajar satu dahulu..sekian dahulu buat masa ini..apa-apa komen, sila tinggalkan dibawah ya..



13 February 2011

Mengesan Laman Palsu/Phishing Dengan Menggunakan Java Script


Salam kepada semua The Hykerz dan para pembaca yang Mr.Hac ingati sekalian..

Ramai orang berfikir bahawa java script sebagai satu bahasa komputer tahap rendah sedangkan java script adalah sangat berkuasa..kebanyakan orang juga ramai yang tidak tahu menggunakan java script dan juga tidak tahu akan kemampuannya yang sebenar..mereka hanya tahu java script dapat mencipta shoutbox, edit halaman blog, buat widget haiwan dan sebagainya..tapi semua itu hanya membazirkan masa kerana ia tidak membantu korang semua untuk mencungkil kebolehan sebenar java script..






Tahukah korang semua yang Mr.Hac boleh hack akaun facebook korang hanya dengan mencipta Fake Login Page,
yang betul-betul serupa dengan login page facebook?
nak tahu tak macam mana nak mengesan laman palsu tersebut?

kalau nak, hanya perlu salin (copy) kod java script dibawah dan letakkan (paste) pada bar alamat (address bar) di web browser korang..paste betul-betul selepas 'alamat ujian' korang tu berakhir..sebagai contoh kalau korang nak uji http://www.myhackersarehere.com, paste kod java script yang Mr.Hac bagi tu selepas [dot]com iaitu:



http://www.myhackersarehere.com<------ paste kat sini..



Dibawah ini ialah kod yang korang perlu salin dan tampal (copy and paste):



javascript:alert("The actual URL is:\t\t" + location.protocol + "//" + location.hostname + "/" + "\nThe address URL is:\t\t" + location.href + "\n" + "\nIf the server names do not match, this may be a spoof.");



Ni adalah contoh gambar ye..








12 February 2011

Entry Khas : Tutorial Kaedah Penggunaan Perisian Trafik, Versi Terkini, dan Penemuan Terbaru Mr.Hac!


Assalamualaikum kipas-susah-mati MyHac..hehehe..
salam sejahtera kepada semua THE HYKERZ dan para pembaca sekalian..

entry kali ni agak gempak sikit sebab Mr.Hac ada jumpa 'benda' baru..apa benda tu?
haaa...sabar ya..nanti Mr.Hac kongsikan sebentar lagi..

disebabkan agak ramai juga yang request entry kali ni, jadi Mr.Hac tak dapat nak elak lagi..
Mr.Hac ingat bila bagi aje software, korang reti godek-godek sendiri..tapi ye la..bukan semua orang faham kat mana nak tekan ke, taip apa-apa ke, kan..

so biar Mr.Hac mulakan dengan perisian yang diberi nama
Magic Traffic Bot..sejak dua menjak ni bila kecoh dengan isu iframe sampai beberapa individu yang pernah berjasa kepada My Hackers Are Here telah terkena tempias dengan beberapa blogger yang buat artikel menghentam penggunaan iframe, telah membuatkan Mr.Hac berusaha mencari alternatif kepada masalah tersebut..kadang-kadang Mr.Hac meluat dengan sesetengah blogger yang bajet otai bila bercakap dengan nada menghentam, tapi dia tak tau bahawa orang yang dia hentam tu siapa..ada yang betul-betul berjasa kepada Mr.Hac contohnya Mr.Haw..ni cakap TERUS TERANG la ye..kalau Mr.Hac tak kenal dengan dia, Mr.Hac pun tak pernah dapat idea atau terfikir nak cari perisian yang korang dah DOWNLOAD SEBELUM NI..kalau Haw tak bagi Hac trafik, Hac pun kadang-kadang rasa macam seksa jugak la nak pegi kesana kemari promote blog..memang la benda tu wajib kan, untuk blog baru..tapi dengan trafik tu sedikit sebanyak naik juga la semangat Hac..

perghhh..panjang giler intro...orait..mari kita mulakan..
buka perisian Magic Traffic Bot..
pada Target Url korang masukkan alamat blog korang beserta dengan http://www
pada Referral Url korang masukkan pulak alamat mana-mana blog atau laman yang selalu berada dalam carta stats 'referring url' blog korang..
pada Insert User Agents tu adalah jenis web browser yang 'kononnya' pelawat blog korang guna..
pada Crawl Depth pula adalah kedudukan BOT yang akan korang hantar..kalau Hac, Hac akan biar aje dengan default setting iaitu Home Page Only..
kemudian setkan berapa kali bot tu nak ping blog korang pada Repeat atau Number Of Pings..mulakan dengan jumlah yang paling kecil..ni saranan Hac la sebab takut-takut ada sesetengah PC yang kurang power, takut jamm pula kan..
Ok..dah habis semua tu, tekan Start..
tunggu sehingga prose pinging selesai..
rujuk video kat bawah ni untuk lebih kefahaman..video ni memang takde suara..mingkin pemilik video ni pemalu agaknya..heh~






Untuk pengetahuan semua, perisian MASSIVE URL PINGER sudah pun memasuki versi 1.2..
dan perisian ini telah ditukarkan namanya kepada PingStudio Version 1.2..heheheh..comel sikit kan.. :D
sebenarnya perisian ni Hac muat turun daripada Forum Hackers dari luar negara..memang Hac dah daftar kat dalam forum tu..sebab tu la Hac boleh buka link yang dorang bagi hanya kepada ahli forum sahaja..jadi, korang kena berterima kasih la kat Mr.Hac ye..heheheh..kat bawah ni Hac bagi link untuk korang muat turun perisian PingStudio Version 1.2 yang telah dimuat naik ke dalam akaun Mediafire Mr.Hac.. :)

Klik Kat Sini ---> PingStudio Version 1.2 by My Hackers Are Here

Fungsi PingStudio ni lebih kurang sama aje dengan yang lama (Massive Url Pinger) cuma ada satu column lagi yang ditambah iaitu ruangan untuk korang masukkan proxy..buat masa ni, versi ini hanya menyokong sebanyak satu proxy sahaja..tapi untuk versi akan datang, korang jangan bimbang..pembina perisian ini akan menambahkan bilangan proxy kepada UNLIMITED..ok..


kemudian, Mr.Hac terjumpa pula dengan satu perisian ni..gunanya macam mana? haha!
ia berfungsi sebagai bot jugak (lebih kurang la), dengan mengklik iklan yang ada pada page korang mengikut sela masa yang ditentukan..lagi banyak klik, lagi banyak duit kan? hehehe..
ia menggunakan proxy awam (public proxies) untuk membuat pengklik banner advertisement 'tiruan' ibarat pengklik yang sebenar..wow! heheh..
tapi Hac nak ingatkan, ni semua bukan Hac bagi dengan tujuan untuk mencari keuntungan ye..ni semua Hac bagi, hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja..please..Hac tak nak kena ban dengan nuffnang pula..korang download, semata-mata untuk belajar, itu ok..tapi kalau nak kejar untung, Hac pangkah orang macam ni..hmmm..

kat bawah ni link untuk korang muat turun perisian Headstrong WebClicker version 2.56 (versi terbaru)..

Headstrong WebClicker version 2.56

untuk pengetahuan korang perisian ni Hac baru aje jumpa..jadi nak buat tutorial memang susah sikit la..cuma yang termampu Hac bagi ialah video tentang kaedah penggunaannya..korang semua kaji sendiri la ye..tonton sampai faham..ok! perisian ni dah siap bagi crack dah..korang boleh guna semua fungsi (full features) dengan crack yang diberi..hanya perlu apply sahaja..bagus kan?





kepada sesiapa yang suka betul dengan blog Mr.Hac, sokong la Hac dari belakang..Hac tak tau cara korang nak sokong..itu terpulang..tapi Hac akan sentiasa tampilkan artikel yang terbaik lagi berfaedah untuk pembelajaran semua..
akhir kata sebelum Hac mengundur diri, Hac nak bagi kata-kata semangat iaitu:

SO YOU THINK YOU CAN HACK? (hahaha..pinjam ayat sehati berdansa.. :P )




10 February 2011

Perisian Trafik Bot : Pemberi Trafik Yang Sebenar!


Salam The Hykerz dan semua pembaca..

Sebenarnya entry kali ni Mr.Hac taip khas untuk Kata Aku sebab dia yang request entry ni..maksud Mr.Hac, dia yang minta Mr.Hac perisian ni..pada mulanya Mr.Hac keberatan nak share sebab nanti jatuh la saham Mr.Hac bila ramai yang dah jadi pakar trafik! heheheh..tapi akhirnya Mr.Hac akur, yang perisian ni tak akan dibawa masuk ke kubur! (haa..amek kau!)

Mengikut cerita asal pembina perisian ni, kebanyakan pembina laman sesawang (website) berlumba-lumba membuat satu laman yang sangat cantik, membuat post yang sangat bagus, tetapi akhirnya kecundang apabila tiada pelawat yang datang ke laman mereka..disebabkan trafik terlalu penting, mereka sanggup membeli trafik, namun harga yang ditawarkan adalah mahal..
tiada siapa yang sanggup untuk kehilangan dana mereka bukan?
jadi disebabkan itulah pembina laman sesawang gemar melihat kepada webstats untuk melihat 'siapa' atau 'laman' mana yang 'merujuk pelawat' datang ke laman mereka..
(referring visitors to their website)
mereka selalu berasa teruja untuk melihat siapa yang 'menghantar' pelawat yang sering datang ke laman yang telah mereka bina..
oleh itu terciptalah perisian ini yang dinamakan Magic Traffic Bot..

Perisian ni berfungsi sebagai 'bot' untuk merangkak (crawl) dan merayap ke laman yang telah kita pilih pada settingnya..bot tu apa? bot ini singkatan daripada perkataan 'ROBOT' yang perilakunya bertindak seolah-olah manusia yang melakukannya..faham ke?
ok katakan la satu laman web ni, ada 100 orang yang klik setiap hari, bermakna laman tu dapat 100 hits setiap hari..korang pun create satu blog kononnya nak samakan la hits tu..jadi dengan menggunakan perisian ni, ia akan menghantar 'bot' tersebut yang bertindak mengklik laman yang telah korang cipta tu sebanyak mana yang korang telah tetapkan pada setting..contohnya 100 kali ping, maka 100 kali la yang korang dapat..

Perisian ni pada asalnya nak popularkan atau nak bagi kualiti backlink kepada 'Referring Url' yang telah ditetapkan pada settingnya..
tapi aku ni terfikir benda lain..
daripada duk susah-susah nak bagi trafik kat orang lain, kenapa tak bagi kat diri sendiri aje...
aku dah uji dan ternyata memang ada pertambahan pada trafik..aku buat 'Reffering Url' tu senang aje, iaitu http://www.google.com
heheheh..menarik kan?


Jadi ringkasnya, siapa yang nak perisian ni, terutamanya Encik Kata Aku, nah..aku hadiahkan perisian ni..banyak dah yang aku dah muat turun dan uji...kebanyakannya ada error, dan ada virus trojan dropper padanya..tapi yang ni, setakat yang aku dah cuba ok la..
kalau masih ada perisian anti-virus mengesannya sebagai virus, aku berani cakap itu adalah FALSE ALARM atau FALSE POSITIVE ALARM..apa itu false alarm @ false positive? aaaaa..entry kemudian la pulak aku cerita ye? aku sebenarnya ada beberapa lagi perisian yang serupa dengan Magic Traffic Bot tapi setakat ni yang aku tengok mungkin ini yang paling ok..SETAKAT NI laa..kalau korang nak jugak perisian tu aku boleh bagi..tengok kat bawah ni..


Nah ENCIK KATA AKU..klik link kat bawah ni..

Klik Kat Sini ---> Magic Traffic Bot


Klik Kat Sini ---> Massive Url Pinger Version 1.1 and Referer Faker



Url Pinger tu untuk ping website korang ke senarai 3000+++ website yang akan menjana backlink berkualiti untuk website korang..Referer Faker tu pula gunanya lebih kurang sama macam Magic Traffic Bot..





Cipta Virus Pemusnah Dalam 1 Minit!


Assalamualaikum The Hykerz sekalian..
korang dah bersedia nak belajar cara-cara nak jahanamkan PC
orang yang korang meluat tengok muka dia hari-hari? mencipta virus yang mudah tapi mampu memusnahkan?
(ini hanya sekadar tutorial sahaja..korang betul-betul nak aplikasi kan, itu hak korang ye)

AMARAN : JANGAN LANCARKAN VIRUS INI DI KOMPUTER ANDA SENDIRI ATAU ANDA AKAN KEHILANGAN WINDOWS!

Begini kaedahnya:

1. Buka Notepad

2. Taipkan erase C:\WINDOWS
3. Savekan namanya sebagai NAMA-APA-APA-YANG-KORANG-SUKA.cmd
4. Hantarkan Virus ini kepada mangsa..
apabila ia dilancarkan, keseluruhan windows akan di-delete oleh Virus ini..
daripada command tu pun korang dah boleh baca apa yang diarahkan..
ERASE C WINDOWS..
maknanya PADAM/DELETE WINDOWS C..


senang aje benda ni..jangan sakitkan kepala..
aku bagi benda yang senang-senang je orang nak faham..sebab apa? sebab Admin blog ni yang lagi sorang (Admin pemantau iaitu juaratempur), beliau yang tegur aku..katanya bukan semua orang yang bukak blog ni mahir dalam ICT..jadi kalau boleh setiap artikel/entry haruslah tepat dengan tema blog ni iaitu 'Simple Hacking Tips n Tutorial'..jadi aku nak 'make it simple', aku fikir-fikir balik betul jugak..
oleh itu kepada sesiapa yang tak faham, tanya la ya..kalau Mr.Hac boleh jawab, Mr.Hac akan jawab..kalau Mr.Hac sendiri pun tak reti, Mr.Hac akan cakap 'tak tau' aje la ye..


bukan apa..ada sesetengah orang mungkin tak faham macam mana nak cipta registry file daripada notepad..benda tu hanya perlu Salin-Tampal-Simpan@Simpan Sebagai (Copy-Paste-Save@Save As) dari blog aku ni..tapi aku fikir-fikir balik logik jugak Admin juaratempur cakap tu..bukan semua faham kan..oleh itu, apa-apa masalah, tanya aje la..tapi jawapan belum tentu aku boleh bagi sebab aku pun bukannya pandai sangat..heheh..


sekian sahaja la kali ni..apa-apa hal, sila komen kat bawah ya..



09 February 2011

Tips Melajukan Internet Tanpa Menggunakan Perisian Version 2


Salam The Hykerz sekalian..heheheh..
(official plak aku guna nama ni untuk Followers blog MyHAC..)

Entry kali ni aku nak ajarkan benda yang senang aje..SANGAT senang..
kita mulakan terus la ye? malas aku nak intro panjang-panjang..takut korang tak terbaca pulak..


Mula-mula sekali Klik:


> Start

> Kemudian klik Run...

> Taip gpedit.msc

> Akan keluar satu tetingkap 'Group Policy'

> Klik pada Local Computer Policy

> Computer Configuration

> Administrative Templates

> Network

> QoS Packet Scheduler

> Kat sebelahnya cari Limit reservable bandwidth,
Klik kanan, Properties, Enabled
(Kalau pakai Window 7, lain sikit 'words'nya..yang aku punya kalau klik kanan, bukan Properties, tapi 'Edit'..)

> Setkan pada 'Bandwidth limit (%)' tu kepada maksimum value iaitu 100

> Selesai!




Troubleshooting


Baru-baru ni aku cuba cara ni pada PC aku di pejabat..kemudian timbul satu masalah apabila 'Group Policy' atau gpedit.msc aku tak boleh digunakan @ tak boleh dibuka disebabkan ada komplikasi dengan ActiveX controls..aduh..aku pun godek punya godek, akhirnya aku pun jumpa la penyelesaian kepada masalah tersebut..nampaknya ia merupakan 'Bug' atau 'Pepijat' yang terdapat dalam fail pengemaskinian (update) Adobe Flash Player..hmm..tengok gambar kat bawah ni:


Errr...gambar ni contoh aje..aku cekau dari google..jadi jangan tanya kenapa bahasa dia ntah apa-apa..



nampak macam rumit jugak la..tapi aku terangkan secara mudah la ya kaedah untuk delete bug @ pepijat tersebut..jangan risau..natang ni bukan virus..cuma ala-ala kesalahan coding aje~

Korang bukak REGISTRY EDITOR daripada Start > Run... > taipkan regedit

korang cari Folder 'Zones' mengikut turutan berikut:

HKEY_CURRENT_USER > Software > Microsoft > Windows > CurrentVersion > Internet Settings >Zones

Cari satu folder yang ada 'Graphic Number', yang biasanya berberntuk segi empat, DELETE folder tersebut..DONE..masalah pepijat tu dah selesai..korang boleh godek-godek balik apa yang patut..
tengok gambar kat bawah untuk lebih kefahaman:



Ini ialah gambar 'Bug' atau 'Pepijat' tersebut



Apabila dah delete, ia sepatutnya akan jadi normal seperti gambar dibawah:



Jadi bila dah delete, korang cuba setting macam yang aku ajarkan tadi ok..
kalau tak laju lagi internet korang, sila rujuk Version Pertama entry ni di sini:


Hack Server Anda! - Tips Melajukan Internet Tanpa Menggunakan Perisian





08 February 2011

Pemberian Trafik Percuma : Bagaimana Mereka Melakukannya??


Salam semua sahabat-sahabat MyHAC atau aku gelarkan korang sebagai Hyckerz..ok tak nama fan tuh? ke nak nama lain? heheh..
ye la..macam Slipknot, nama fans dorang Maggots, Cromok pulak Cromers..so fans MyHAC ialah Hyckerz la..
(ehem..MyHAC dah ade fans ke?? hehehe..ni kes syok sendiri tau! jangan tiru~)

Ok-ok..cukup-cukup la aku merepek..
sebelum aku habiskan posting entry aku kali ni, aku nak korang pegi cari makna-makna bagi perkataan di bawah:

1. bot
2. ping
3. Internet Protocols


dah cari? kenapa aku suruh korang cari? sebab aku tak sempat nak tulis panjang-panjang..heheh..


ok la..aku dah puas mengkaji dan mencari melalui pelbagai sumber terutamanya melalui Hackers Seach Engine..
ape? Hackers pun ada search engine tersendiri? mesti la! hahaha..hari ni sehari suntuk masa aku habiskan mencari maklumat berkenaan kaedah yang blogger-blogger kontemporari gunakan untuk 'memberi trafik percuma' kepada sesiapa yang menampalkan 'banner', atau 'backlink button' yang akan di-linkkan kepada pemunya blog tersebut..hahaha..ada yang kata pemunya blog tu CURI trafik dari mereka-mereka yang menampalkan banner atau backlink button tadi..hmmm..bagi Mr.HAC, ini isu panas..jadi biarla Mr.HAC menjelaskannya secara terperinci..


Begini..aku telah menjumpai lebih dari 5 perisian yang menawarkan fungsi yang serupa..namun untuk entry kali ini, aku akan jelaskan hanya satu sahaja..aku jumpa satu perisian yang dinamakan sebagai 'Fake Referral Link'
(NAMA SEBENAR PERISIAN DIRAHSIAKAN..kenapa?? nanti aku jelaskan!)
Bagaimana ia berfungsi?? sebelum tu aku nak korang tahu yang walaupun namanya FAKE tapi TRAFIK yang masuk ke blog korang adalah BENAR...
Perisian ini berfungsi dengan cara melakukan 'lawatan' atau istilah orang sekarang ping kepada setiap url yang berada dalam senarai data basenya..ianya boleh di-setting dengan menetapkan satu REFERRAL LINK (sebagai contoh aku letak refferal link tu link blog aku ni haa..) dan kemudian aku senaraikan semua url blog yang dah tampal banner dari blog aku..
selepas tu aku boleh tetapkan berapa kali aku nak 'ping' senarai url blog-blog tersebut, berapa ratus kali, atau berapa ribu kali trafik yang nak masuk, aku punya suka, aku punya setting,
 dan aku juga boleh menetapkan sela masa atau jangka/jarak masa (interval) bagi setiap ping yang telah dilakukan..
ia juga mampu berkomunikasi dengan Nuffnang, Google Stats dan lain-lain lagi..
Internet Protocols (IP) yang melawat ke blog korang memang akan datang dari SELURUH DUNIA..perghh..kalau korang dah cari makna BOT, korang akan lebih faham la..
dahsyat? hahaha..aku dah jumpa yang jauh lebih dahsyat dari tu..tapi hari ni cukup la aku jelaskan hanya satu aje..
takut-takut korang tak faham pulak..


Kenapa aku rahsiakan nama perisian tu? sebab aku tak nak dikemudian hari SEMUA BLOGGER yang dah baca entry ni BERLUMBA-LUMBA NAK JADI MACAM MATAHAW DAN OHDAUS!!
korang kena faham..dorang buat semua tu, biarpun ada code 'blog tumpang' di blog kita, biarpun page kita kena load dua kali disebabkan oleh code tersebut, tapi dorang memang BAGI KORANG TRAFIK!! sebab pemberian trafik tu kena buat secara manual terlebih dahulu dengan membuka perisian, dan kemudian auto ping akan menjalankan tugasnya..
aku ada bukti! korang tengok gambar kat bawah ni..







ni merupakan screenshot dari salah satu jenis perisian yang aku jumpa..aku tak tipu ok..
aku bukan jenis suka cakap kosong..
aku tak nak korang semua berlumba-lumba nak jadi PEMBERI TRAFIK sampai korang lupa tanggungjawab korang sebagai seorang blogger untuk jaga blog korang..daripada korang jadi pemberi trafik, lebih baik la jadi macam aku..aku TERIMA aje trafik yang bro HAW bagi kat blog aku ni..tu lagi senang..apa? korang nak aku pulak bagi trafik? hmmm..bagi aku, korang amek la trafik dari Matahaw atau ohdaus tu ok..aku lebih senang jaga blog aku ni..
bukan keje senang yeop nak bagi trafik kat orang sebab PC kena laju!
malas la aku..perisian ni boleh didapati di Forum Hackers Antarabangsa yang terkenal..korang kena daftar dulu baru boleh muat turun..apa urlnya?
korang cari sendiri ok!


jadi apa komen korang? korang PUAS HATI tak dengan penjelasan aku kali ni?
sila tinggalkan komen kat bawah ye..





Penukaran Alamat & Domain My Hackers Are Here @ MyHAC


Salam semua..heheheh..kali ni hanya nak bagitau yang alamat blog ni bakal ditukarkan lagi kepada www[dot]myhackersarehere[dot]com
aku dah pun bayo untuk domain baru tu..tunggu aje la ye bile secara rasminya alamat blog ni ditukar..

kalau ikut pada ceritanya, ni kali ke 3 blog ni tukar alamat..dulu aku letak hackersishere..bila aku semak kembali grammar, ternyata aku tersalah letak 'is' yang kemudiannya digantikan dengan 'are'..
namun hackersarehere[dot]blogspot[dot]com dah ada orang guna..jadi aku pun fikir punya fikir, tu yang dapat myhackersarehere[dot]blogspot[dot]com tu..'my' tu mewakili Malaysia la..
dan juga bererti 'Hacker-hacker Aku Ada Kat Sini!'..heheh..

Kali kedua iaitu semalam..aku tengah bosan takde buat apa, aku tengok url blog ni panjang sangat (ayat nak tukar la tu)..bila taip kat dalam shoutbox
(C-BOX terutamanya sebab C-BOX kena taip semula semua maklumat) aku rasa jenuh pulak..lalu aku pun ambil keputusan tukarkan alamat dan domain blog ni kepada www[dot]myhac[dot]co[dot]cc

Aku tengok ramai betul yang bagi komen dan 'rachon' (racun) diriku supaya beli aje domain sendiri..bila aku fikir-fikir balik, logik juga..terima kasih la kepada Pendekar Berkuda, Melvister, dgodam dan juga darxniq yang telah berjaya merachon aku..heheh..

aku dah fikir panjang, aku terus aje sambar domain di Jiwa Host..
hari ni hari terakhir promosi untuk mendaftarkan domain sebanyak RM18 dengan kod promosi CNY10 beb! perbaharui setiap tahun RM27 aje! pegi sambor cepat! heheheh! :P





07 February 2011

Penukaran Alamat, Domain dan Shoutmix My Hackers Are Here


Salam semua sahabat-sahabat My Hackers Are Here @ MyHAC!
ahaaa..aku dah register nama baru bagi blog ni..MyHAC tu isteri aku yang bagi nama sebab asalnya aku nak letak MyHAR..tapi lama-lama fikir betul jugak cakap dia..tak beberapa sedap..heheh..akhirnya aku letak la MYHAC.CO.CC..haa!
sebab ape tukar domain blog? atas salah satu sebabnya nak bagi nampak profesional sikit..hahah! lagi satu, bak kata Pendekar Berkuda dan Melvister, kalau pakai domain, akan memudahkan enjin pencarian seperti google, yahoo, ask, dan lain-lain untuk mencari alamat blog kita..

hanya nak buat sedikit pengumuman, kepada mereka yang dah follow blog ni, pagi tadi aku duk godek-godek setting pada blog ni..kemudian dengan pantasnya masa berlalu, akhirnya aku berjaya jugak tukarkan alamat blog, serta domain blog ni daripada myhackersarehere.blogspot.com (panjang tu) kepada myhac.co.cc

Nampaknya blog ni dah selangkah ke hadapan sebelum aku dah cukup finance untuk pakai domain berbayar, domain impian aku iaitu [dot] com..apa? domain ni percuma ke? ya! domain yang aku pakai sekarang ni sememangnya percuma! dan ia setanding dengan domain berbayar yang lain seperti [dot] com, [dot] org dan lain-lain lagi..hmm..korang nak aku buat tutorial untuk tukarkan domain ni ke? kalau nak, sila la bagi komen kat bawah..kalau ramai yang minta, aku akan buat post tersebut ye..

Untuk kawan-kawan yang baru mengenali My Hackers Are Here, sebelum ni shoutbox (shoutmix) tu aku letakkan secara tersorok di atas page dengan satu button untuk di-klik sebelum menampilkan shoutbox tersebut..namun, atas sebab-sebab masalah java script dan mungkin atas sebab komplikasi dengan domain baru ni (blog baru nak menyesuaikan diri dengan domain ni kot..heheh..), aku amek keputusan untuk letakkan shoutmix secara biasa sahaja (tampal aje kat tepi blog ni..)

Jadi kawan-kawan semua, serta khususnya follower, nak ke pakai domain macam
My Hackers Are Here @ MyHAC ni? heheh..kalau nak, sila bagi komen lah ye! :)





Keylogger : Semua Fakta Yang Anda Perlu Tahu


Keylogger kadangkala dirujuk sebagai Perisian Pengintip iaitu sejenis program kecil yang digunakan untuk memantau segala aktiviti komputer yang menjadi sasaran (local atau remote PC). Keylogger teramat mudah untuk digunakan sehingga seseorang yang hanya mempunyai asas pengkomputeran boleh menggunakannya..apabila ia telah memasuki satu-satu komputer, segala aktiviti keystroke (taipan kekunci keyboard) akan dapat direkodkan dan dihantar kepada pemunya keylogger tersebut..

Terdapat 2 jenis keylogger iaitu:

1. Keylogger dari jenis perisian
2. Keylogger dari jenis perkakasan


Keylogger dari jenis perkakasan (sebagai contoh USB keylogger) sudah jarang sekali digunakan kerana keylogger dari jenis perisian lebih mudah digunakan tambahan pula ia menyokong aplikasi untuk memasangnya (install) secara remote sahaja dan ini bererti anda dapat memantau aktiviti mana-mana komputer di seluruh dunia..(ayat aku skema sikit hari ni sebab konon-konon buat kerja la depan bos..heheh)



Dapatkah keylogger dikesan oleh mangsa?


adalah amat sukar mengesan keylogger sebaik sahaja ia dapat masuk ke komputer si mangsa kerana ia bergerak/berfungsi dalam keadaan STEALTH MODE iaitu ia menyembunyikan diri dari task manager, startup dan sebagainya..


Bolehkah mangsa mengesan tuan pemunya keylogger?

sekali ia memasuki PC, terlalu sukar untuk mengesan tuan pemunya keylogger..


Bagaimanakah cara untuk melindungi diri dari menjadi mangsa?

Keylogger yang ringkas dapat dikesan oleh antivirus yang paling lemah sekalipun..namun, kebanyakan yang menggunakan keylogger bertindak bijak apabila melakukan proses enkripsi pada keylogger tersebut seperti Crypting, Binding, Hexing, dan sebagainya sehingga ia menyebabkan kesukaran kepada antivirus untuk mendeteksi keylogger..Oleh itu untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa, My Hackers Are Here menyarankan anda supaya menggunakan perisian yang dipanggil sebagai Sandboxie..Sandboxie menjalankan setiap program komputer anda di dalam satu bahagian yang terasing pada partisi cakera keras anda..jadi ini dapat mengelakkan sebarang perubahan kekal pada komputer..pengguna Firefox boleh menggunakan versi percuma Keyscrambler yang meng-enkripsi setiap keystroke yang telah ditaip..oleh itu anda tidak perlu lagi bimbang kerana penyerang akan mendapat keystroke yang telah di-enkripsi oleh Keyscrambler tadi..



Keylogger manakah yang terbaik?


Setakat yang dijumpai oleh aku, ada blogger (juga seorang hacker) mengatakan terdapat 2 jenis keylogger yang terbaik (dapat melepasi Antivirus) setakat ini iaitu:

1. Snyperspy
2. Winspy


Bagaimanakah caranya untuk mengesan Keylogger yang telah digabungkan bersama fail yang lain?

Keylogger dapat digabungkan dengan hampir apa jua jenis fail..anda boleh menggunakan Bintext atau Hex Editor..cuma Bintext atau Hex Editor ini tidak berkesan terhadap sambungan internet yang ter-enkripsi oleh itu anda boleh menggunakan alternatif daripada sebuah perisian yang dinamakan sebagai Resource Hacker yang boleh memberitahu anda sama ada fail yang dicurigai itu telah digabungkan bersama dengan keylogger ataupun tidak..

06 February 2011

Cipta Virus Palsu


Salam semua sahabat-sahabat MyHAR @ My Hackers Are Here..hari ni aku nak ajar sikit camne nak cipta satu virus palsu untuk menakut-nakutkan (bergurau) kawan korang..heheh..pasti lucu..aku rasa mungkin ramai yang dah tahu cara nak cipta virus palsu jenis ni tapi tak lengkap blog Hacker ni rasanya kalau tak buat post tentang kaedah nak cipta virus palsu ni sebab kebanyakan blog hackers yang lain aku tengok ada aje posting yang sama..ok..mari kita mulakan ye..

korang pegi kat desktop, klik kanan > New > Shortcut

akan keluar satu tetingkap..apa yang perlu korang buat ialah taip di situ:

shutdown -s -t 900 -c "Ini adalah amaran dari Virus Hackers"

dekat ruang pembuka dan penutup kata tu adalah 'mesej' yang korang nak sampaikan kepada mereka yang klik pada 'Virus' korang tu..yang aku taip kat atas tu hanya contoh aje..korang nak taip benda lain, tu korang punya suka la ye..heheh..

kemudian klik > Next > dan taipkan nama 'Virus' palsu korang tu..bagi aje la ape-ape nama..asalkan orang tak cam..last sekali macam biasa la, klik Finish..kalau korang klik, ia akan menampilkan 'mesej' untuk shutdown PC korang dan paling malang sekali apabila tetingkap tu tak ade button 'X' untuk mematikannya..


Jadi macam mana? kaedah untuk menyahaktifkan Virus Palsu ini ialah dengan pergi kepada Start > Run > taipkan shutdown -a > klik OK > Settle..tetingkap 'Virus Palsu' korang akan hilang dengan sendirinya..


Kat bawah ni aku sertakan sekali video untuk korang lebih memahami kaedahnya dan dalam video ni pun ada ajar cara-cara nak tukarkan icon Virus Palsu tu supaya ia nampak lebih memperdayakan..hahaha..enjoy!









04 February 2011

Hack Server Anda! - Tips Melajukan Internet Tanpa Menggunakan Perisian


Salam..entry kali ni aku post khas untuk Eszol a.k.a raar sebab dia yang request entry ni..
(kalau korang nak request kat aku pun tak ada masalah..janji jangan la malu-malu..)
enjoy ok!

Orait..jangan buang masa..mari kita mulakan! :)


# Buka Registry editor.
pergi ke Start -> Run dan taip regedit.

# Setelah tetingkap Registry Editor terbuka, pergi ke key:
HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ InternetSettings. (Perhatian..kalau korang takde forder InternetSettings tu, korang hanya perlu 'create new key' aje..)

# Sekarang klik kanan pada tetingkap di sebelah kanan anda dan tambah satu DWORD Value yang baru.
Tukar namanya kepada MaxConnectionsPerServer.
# Klik kanan pada MaxConnectionsPerServer untuk mengedit nilai Dword.
Pilih sebuah base. Jika Hexadecimal, letak nilainya menjadi 99. Jika korang memilih untuk Decimal, set kepada 153.

# Buat satu lagi DWORD dan beri nama MaxConnectionsPer1_0Server. (korang copy aje la dari sini)
Di sini juga, masukkan nilai yang disebutkan di atas.

# Restart Internet Explorer/Google Chrome/Firefox/dan lain-lain web browser lagi la..
selepas itu, perhatikan kelajuan internet korang..

TRIK UNTUK DNS:

Korang dapat meningkatkan cache DNS dengan Registry Tweak yang sederhana.

# Buka Notepad dan copy-paste
kod berikut dan simpan dengan nama fail dnscache.reg.

Ini adalah apa yang korang perlu salin:



Windows Registry Editor Version 5.00
[HKEY_LOCAL_MACHINE \ SYSTEM \ CurrentControlSet \ Services \ dnscache \ Parameters]
"CacheHashTableBucketSize" = dword: 00000001
"CacheHashTableSize" = dword: 00000180
"MaxCacheEntryTtlLimit" = dword: 0000fa00
"MaxSOACacheEntryTtlLimit" = dword: 0000012d



setelah korang savekan fail notepad tadi (.txt) kepada fail yang dinamakan sebagai dnscache.reg (.reg), fail notepad itu akan bertukar kepada fail registry..apa yang korang perlu lakukan ialah klik pada fail registry tersebut, dan kemudian akan keluar satu tetingkap yang meminta untuk korang sama ada mahu memasukkan registry tersebut ke dalam windows atau tidak..korang hanya perlu klik 'Yes'..semua masalah dah setel..ok? (apa yang penting korang perlu tukar extension fail txt kepada reg..kalau tak nampak extension, pergi dekat My Computer > Tools > Folder Options > View > Hidden files and folders > Klik pada Show hidden files and folders > Un-thick pada Hide extensions for known file types

itu aje..dah nampak extension? itu yang korang perlu tukar..daripada .txt kepada .reg
penting tu..nanti icon fail pun akan bertukar kepada fail registry..buat seperti yang aku bagitau kat atas, setel..




02 February 2011

Trafik Matahaw : Evolusi Blogger Tempatan!


Aku rasa blogger bernama Haw, pemilik kepada blog Matahaw ni tak perlu diperkenalkan lagi..kalau ada juga yang masih belum kenal, klik aje dekat nama blog dia yang aku taip tu ye..
hmmm..aku pun diperkenalkan kepada Matahaw oleh Kak Sharifah Nor..kredit bagi kat akak nohhh..
aku malas nak taip panjang-panjang, jom kita layan gambar dulu ok..

P/S: Korang klik pada gambar tersebut untuk tengok saiz yang lebih besar dan jelas..thanks..:)



Ni statistik setakat minggu lepas



Ni statistik untuk hari ni 
(paling tinggi cecah 50 orang untuk tempoh 1 jam)



Ni jumlah Uniques Visitor pada pukul 5.27 petang tadi



Ni pula jumlah Uniques Visitor pada pukul 10.27 malam tadi..
(korang kira la sendiri berapa banyak yang bertambah dalam waktu tersebut)



Ni adalah jumlah Referring URLs..
penyumbang terbanyak adalah dari Matahaw..


dan setakat aku menulis pada waktu ni, jumlah UV yang dah masuk ke blog aku ialah sebanyak 286..
apa? sikit? aku kata BANYAK..nak tau sebab apa? sebab untuk pengetahuan korang, masuk pukul 12 malam ni, blog aku baru BERUSIA 17 HARI..hahaha..kalau tak percaya boleh rujuk dalam Halaman Pengenalan pada blog ni, bila tarikh ia mula dibuat oleh aku..ramai aku tengok yang dah buat posting khas untuk berterima kasih kepada Haw..tapi dalam post aku kali ni, aku bukan sahaja nak berterima kasih kepada beliau, tapi juga nak mengulas serba sedikit trafik yang dijana oleh blog beliau..

aku ada buat beberapa pemerhatian yang terperinci terhadap beberapa website yang mampu memberi trafik yang tinggi kepada usernya seperti Free Viral Traffic, Trafficzap Exchange, ohdaus (blog), dan juga blogexplosion namun semuanya tidak ada yang sama seperti trafik yang dijana oleh banner Award dari Matahaw..

sebagai contoh, Free Viral Traffic, Trafficzap Exchance serta blogexplosion nampaknya seperti menggunakan kaedah Multilevel Internet Downline Marketing..yang paling penting semuanya adalah PERCUMA..korang hanya perlu promote kepada beberapa orang rakan untuk register dibawah referring ID korang, dan kemudian korang hanya perlu perhatikan trafik korang bertambah hari demi hari selepas kawan-kawan korang memperkenalkan sistem tersebut kepada kawan-kawan mereka yang lain..ada faham ke? heheh..
kemudian, ohdaus pula, aku tengok seperti menggunakan kaedah free backlink system..aku kurang arif mengenai sistem ni tapi yang pasti ianya juga PERCUMA..bagus betul tuan pemilik blog ohdaus tu..aku kagum sangat-sangat! namun, trafik yang dijana oleh Banner Award dari Matahaw nampaknya berbeza dan agak aneh..kenapa? hmmm..sebab yang aku musykil tu, ada sekali trafik yang masuk tu datang dari SALT LAKE CITY, UNITED STATES, tapi feedjit aku tulis 'arrived from matahaw.blogspot.com'..huahaha!
lalu aku jalankan pemerhatian dan sedikit kajian...aku cuma dapat andaikan secara hipotesisnya, yang Encik Haw ni memang sangat pandai dalam bidang IT (heheh..kipas lipas bang!)..ye la, kalau tak pandai, masakan dia boleh bagi trafik yang sangat tinggi kepada blogger-blogger baru (blog ni baru, tapi aku blogging dah lama..lalala~)..

aku andaikan macam ni:

Haw menggunakan sistem janaan trafik secara AUTO iaitu tanpa kehadiran Haw sendiri yang memantau program/perisian yang beliau gunakan kerana trafik tetap masuk seperti biasa biarpun dah pukul 2-3 pagi..

- Auto Traffic System
- Aku andaikan, korang anggapla sistem tu dapat membuka 50 URL yang SAMA (contohnya http://myhackersarehere.blogspot.com), dengan 50 IP yang berbeza (random IP daripada tempat atau negara yang berlainan), dan juga 50 REFERRING URLs yang SAMA (iaitu http://matahaw.blogspot.com)..
Logik tak? hahaha..korang pikir la sendiri..perhatian, ini cuma ANDAIAN aku aje..kalau salah, korang jangan salahkan aku pula..aku cuma menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang blogger yang secara sukarela mengkaji sistem yang Encik Haw guna tu dan kemudian menyampaikannya pula kepada korang semua sebagai perkongsian maklumat baru(panjangnya ulasan)..
- Yang aku perasan, makin banyak kawan-kawan korang yang datang ke blog korang, makin tinggi janaan trafik dari matahaw..(haha..PETUA ni...)
- Apa peranan AWARD BANNER MATAHAW tu aku tak pasti..mungkin sama juga fungsinya dengan banner dari ohdaus, dengan menjana backlink ke blog korang, tapi sistem auto ni lagi aneh la..aku masih meneruskan kajian..jangan marah aaa..(psss..aku nak tanya kat bro Haw tapi aku segan..heheh..)

Apa-apa pun , kepada blogger yang masih belum mengenali Haw, aku sarankan korang pegi la jumpa dia (bukak blog dia la..)..aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat Haw sebab kalau aku tak kenal dia, mustahil blog yang baru berusia 17 HARI ni dapat trafik yang sangat membanggakan dan dapat jugak BE Nuffnang..opss! terlebih sudah~ :p

kepada yang nak pegi ke blog Haw a.k.a Matahaw, sila klik aje pada Award Banner kat sidebar blog aku ni, ataupun klik link dibawah..kesian..eh..sekian..trimas!


--->>> Matahaw






01 February 2011

Perisian Untuk Menyorokkan IP Asal


Salam sahabat-sahabat My Hackers Are Here semua..pagi tadi aku ada buat posting mengenai perisian Invisible IP Map..namun, perisian tersebut aku cuma sempat cuba selama 1 malam sahaja..oleh itu, aku tak dapat kenal pasti lagi sama ada ia ada masalah atau tidak sehinggalah baru kejap tadi masalah tu dah timbul bila setting 'option.ini' tu dah tak valid lagi dah..lagipun version yang aku dapat tu dah lama dah..2.7..version terbaru ialah 2.9..
jadi, pada sesiapa yang dah download tu, aku bagi alternatif untuk korang semua ok..cuma perisian-perisian yang aku bagi kali ni pun aku belum sempat nak cuba habis-habisan lagi untuk kenal pasti punca masalah..

Aku nampak setakat ni, Super Hide IP 2.1.1.6 Portable yang betul-betul ok la
(ni pun version lama, tapi masih boleh pakai lagi..dan ia portable..maknanya tak perlukan installation..cuma kena pakai PATCH aje untuk buat ia jadi FULL VERSION..JANGAN UPDATE NOHHH...)
Version Super Hide IP yang terbaru pun ada, cuma kena install aje la..takde la portable macam version lama tu..aku akan sentiasa cari perisian-perisian macam ni..jadi jangan la risau...satu tak boleh pakai, aku cari lagi untuk korang..kat bawah ni link kepada perisian-perisian tersebut:



Super Hide IP 2.1.1.6 Portable (Klik di sini)


Super Hide IP 3.0.5.2 Portable (Klik di sini)


Super Hide IP 3.0.6.8 Silent Installation (Klik di sini)


Super Hide IP 3.0.6.8 Portable (Klik di sini)


Super Hide IP 3.0.6.8 by My Hackers Are Here (Latest) (Klik di sini)


Auto Hide IP 5.1.2.2 Portable (Latest) (Klik di sini)


Kalau ada masalah dengan link-link di atas, tolong maklumkan kepada pihak My Hackers Are Here (Melalui shoutbox pun boleh..)
Kalau ada masalah dengan perisian tu pula, boleh la sama-sama kita kaji kat sini..


-Kredit diberikan kepada Uploader asal




Cara Untuk Menukar IP dan Melayari Laman Web Secara Anonymous


Masih ingat lagi tentang Ultrasurf? ape? tak baca pun? jangan macam tu..kita kena jadi masyarakat yang berilmu, dan masyarakat bermula dari seorang individu..siapa individu tu? korang la!
jadi pada yang belum baca, aku sarankan pegi baca dulu kat bawah ni:


Ultrasurf (Klik di sini)

ok..sekarang aku nak ceritakan tentang perisian yang aku baru cuba guna semalam..ternyata perisian ni sangat membantu, bagi yang tak mahu IP nya dikesan oleh hackers mahupun crackers, sila ambil perhatian terhadap perisian yang akan aku perkenalkan ini..
perisian ni dinamakan INVISIBLE IP MAP..


Apa Kepentingan Menyorokkan IP Asal dan Memakai IP Baru?

Ok..pada mereka yang tak tahu, Internet Protocol (IP) ni ibarat alamat tetap kepada sambungan internet ke PC korang..kalau rumah ada alamat tetap sekian-sekian, IP juga begitu..kalau kita boleh cari rumah saudara dengan alamat yang diberikan kepada kita, IP JUGA BOLEH memberi fungsi yang sama..sekiranya seorang hacker atau lebih teruk lagi cracker dapat mengesan IP korang, banyak benda yang kurang baik boleh mereka lakukan..mereka boleh mengkaji perilaku korang seperti laman yang selalu korang lawati dan kemudian memanipulasikan perilaku tersebut kepada apa-apa perkara yang mereka fikirkan boleh dilakukan seperti mendapatkan kata laluan untuk akaun-akaun tertentu dan sebagainya..







Apa Fungsi Utama Produk Ini?

Perisian ini sangat pintar kerana ia dapat menunjukkan kepada umum seolah-olah korang sedang melayari internet bukan dari tempat yang korang berada pada waktu itu dengan menukar IP korang kepada IP yang menjadi pilihan..perisian ini akan memberi anonymous proxy server yang baru setiap kali korang klik pada 'Get IP Locations'..manfaat utama dari perisian ini ialah korang tak dapat dikesan oleh sesiapa ketika melayari internet..selain itu, sekiranya ada laman web yang telah disekat oleh organisasi tertentu seperti pejabat kerajaan, sekolah, yang telah menyekat facebook, youtube, dan sebagainya, perisian ini akan dapat melakukan bypass terhadap sekatan tersebut..ini bererti sebaik sahaja perisian ini digunakan, korang akan dapat membuka laman web yang telah disekat..banyak lagi fungsi yang aku tak sempat nak explore semalam tapi yang paling penting ia dapat memberi pilihan IP yang sangat banyak..kalau korang pilih IP dari negara China atau Hong Kong, secara automatik google.com pun akan bertukar tulisannya kepada tulisan china..heheheh..


Paparan Utama



Map Menu: Ini ialah fungsi utama perisian ini..dari sini, korang boleh tukar IP (Map Outlook dan Location List), check IP setelah ditukarkan kepada yang baru (Open What is my IP site), lihat IP lebih terperinci dengan melihat kepada peta (View your position on more detailed map), dan boleh juga semak kembali sama ada server tersebut berfungsi atau tidak (Recheck IP Locations).

IP Information: Memberi maklumat terperinci tentang IP asal dan IP yang baru seperti nama bandar, negara, tempat, dan sebagainya.

Yang lain-lain tu tak penting sangat..guna apa yang aku terangkan pun dah cukup..


Invisible IP Map (Klik di sini)


Bagaimana Cara Nak Aktifkan Perisian Ini?


Ooo..ni senang saje..dah habis download? dah install? ok..gantikan fail 'option.ini' yang ada dalam folder C:Program Files > Invisible IP Map dengan fail 'option.ini' yang ada dalam folder yang korang dah download tu..dah..itu aje..simple..dah dapat pakai full software..:)


Troubleshooter


Ini berdasarkan kepada kajian aku malam tadi..hahaha..kalau korang punya web browser paparkan skrin 'Cannot connect to proxy server', apa yang korang perlu lakukan ialah sama ada:

1. Refresh web browser korang tu.

atau

2. Tutup dulu web browser, pegi dekat menu Invisible IP Map, klik pada 'Open What is my IP site'..tunggu sampai website tu dah habis loading dan menunjukkan IP korang dah ditukar, kemudian baru lah boleh melayari internet seperti biasa..kalau kalau korang pakai browser lain selain Internet Explorer, secara mudahnya tutup aje IE yang dah terbuka tu, kemudian buka aje web browser pilihan korang (macam aku, aku prefer Google Chrome).

Kalau connection lambat, kemudian ada yang tak boleh habis loading atau menayangkan 'cannot connect to proxy server', korang hanya perlu refresh/reload, atau tukar aje IP lain yang lebih pantas, atau yang lebih compatible dengan website Malaysia ni..

itu sahaja buat masa ni...kesian..eh...sekian...:)